Dapatkan Sekarang!

Sistem Statistik Microsoft - Microsoft Gatineau

Feed & RSS, Tips Blog, Uncategorized 2 Comments »

Hmm.Berita nie lepas aku surfing hari nie, baru tau yang nie dah lama. Apa yang aku cakap adalah pasal sistem statistik yang dibangunkan oleh Microsoft untuk pembangun laman web. Lebih kurang seperti Google Analytics, tetapi ianya tidak diberikan secara percuma seperti Google berikan, sebaliknya anda perlulah menjadi klien untuk media pengiklanan Microsoft AdCenter dengan bayaran sebanyak $5 sekali seumur hidup. Aku kurang berminat dengan tawaran nie, dan mungkin akan setia dengan Google Analytics disamping dengan sistem statistik yang disediakan oleh cPanel dan SlimStat yang aku gunakan. Walaubagaimanapun, aku telah sempat mencuri beberapa screenshot dari laman BlogNation:

Microsoft Gatineau
Gambar : Antara muka Microsoft Gatineau

Microsoft Gatineau
Gambar : Contoh Report Microsft Gatineau

Kalau anda berminat, anda boleh request invitation untuk menyertainya dari laman Microsoft adCenter.

Jenis-jenis pembaca RSS

Feed & RSS 5 Comments »

Ok! Post kali ini adalah khas untuk menjawap soalan dari sabri serta pembaca-pembaca blog lain. Pada sewaktu mula-mula mengenali RSS, saya juga keliru… tentang cara menggunakan RSS dengan betul.. main hentam sahaja. Namun begitu, lama-kelamaan, saya mula faham.

Baiklah.. sebelum saya cerita mengenai RSS Reader.. saya cerita dulu basic tentang RSS.

RSS ini sebenaernya, berfungsi seperti seakan-akan email. Ia memerlukan dua pihak, jika email.. kita ada pihak yang “menghantar” dan juga pihak yang “menerima”.

Bagi RSS pula.. ia mestilah ada pihak yang “menerbit” , dan juga pihak yang “melanggan”.

Website & Penulis Blog adalah merupakan pihak yang akan menerbitkan RSS.

Pembaca dan orang2 yang subscribe RSS sesuatu blog atau website pula.. di panggil sebagai “pelanggan” (kalau dalam bahasa omputihnya, disebut “subscriber”).

Ok.. untuk membolehkan pelanggan-pelanggan ini melanggan RSS bagi sesebuah website, mereka perlulah mempunyai aplikasi khas yang dipanggil RSS Reader.

RSS Reader ini pula terbahagi kepada 2 jenis.
1 ) Web based
2) Dekstop based

Ala.. sama macam membaca email..  kan ada yang web based dan ada yang dekstop base!
Kalau jenis yang web based ni.. kita boleh access akaun kita dan baca dimana-mana komputer, janji.. komputer tu ada internet.

Kalau yang dekstop based pula, kita hanya boleh baca kat komputer itu sahaja.. kalau pergi kat komputer lain.. dah tak boleh baca.

So.. boleh faham kan antara konsep web based dengan dekstop based?

So.. begitulah juga halnya dengan RSS Reader. Ada yang jenis web based dan ada yang jenis desktop base.

Antara RSS reader  berasaskan web (web based) yang popular, ialah seperti bloglines.com, feedsbucket.com,  my yahoo news, google reader dan banyak lagi.. boleh lihat disini untuk senarai RSS Reader berasaskan web. Kelebihan web based reader ini, seperti yang saya cakapkan diatas.. anda boleh baca kesemua RSS yang anda telah subscribe dari mana-mana PC yang mempunyai sambungan internet.

Berbeza dengan RSS Reader berasaskan Desktop, anda pelu install terlebih dahulu perisian tersebut di komputer anda, dan anda hanya boleh membaca semua RSS yang anda telah langgan di komputer tersebut sahaja.

RSS reader berasaskan desktop ini pula terbahagi kepada 2 jenis.
1) Aplikasi rss reader semata-mata - contohnya seperti awasu.com , feeddemon.com dan banyak lagi

2) Built-in di dalam web browser. - yer, tahukag anda, kebanyakkan web browser sekarang sudah built-in sekali dengan fungsi RSS reader, IE7 , Firefox dan Opera. Semuanya telah siap sedia mempunyai RSS Reade.

Bagi saya? Saya gemar menggunakan RSS Reader yang terdapat sekali di dalam Opera.  Berikut adalahgambar RSS Reader saya yang menggunakanOpera.

reader.jpg

Untuk melihat senarai Aplikasi RSS Reader , boleh lihat disini

Oklah… itu sahaja penerangan saya mengenai RSS Reader… harap semua pembaca dapat memahaminya.. kalau tak faham juga.. lihat gambarajah kat bawah.

rssreaderchart.gif

Sekian.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in