Dapatkan Sekarang!

Tajuk Power

Blog Trafik, Tips Blog 6 Comments »

Satu perkara yang ramai penulis blog seringkali abaikan ialah mengenai meletakkan tajuk yang “POWER” bagi post mereka. Teknik menggunakan tajuk yang power sebenarnya mampu menarik lebih banyak pembaca blog untuk membaca blog anda.

Penggunaan tajuk yang power bagi setiap post anda ini amat kritikal sekiranya anda menggunakan..
1) Fungsi “Headline Animator” dari feedburner sebagai signature anda di forum-forum
2) Menyenaraikan blog anda di bloglah.org atau mana-mana digg website

Selain itu, tajuk power juga serba sedikit akan mempengaruhi dan menarik subcriber RSS anda untuk membaca post anda. Jangan ingat, jika orang sudah subscribe blog anda, maka mereka akan baca kesemua post tulisan anda. Saya sendiri sudah subscribe hampir 30 blog di internet… dan terus-terang.. kadangkala.. saya tak terlarat untuk membaca semuanya. Jadi, untuk itu, saya akan melihat terlebih dahulu tajuk-tajuk yang terdapat di dalam list RSS reader saya.. jika dirasakan menarik.. barulah saya akan klik dan baca.

Dan.. satu perkara lagi… saya sememangnya lebih suka jika saya dapat membaca keseluruhan post tersebut di RSS reader saya. Jika hanya separuh ataupun hanya sekadar ringkasan.. kena tunggu saya betul-betul lapang baru saya akan lawat website blogger tadi untuk membaca post yang penuh. Itupun kalau saya ingat la.. kalau terlupa? Mintak maaf banyak-banyak….

Jadi.. jangan kedekut-kedekut untuk memberikan full posting pada subscriber RSS anda. :) . Tidak perlu risau mengenai orang tidak melawat blog anda. Perlu diingat, anda menulis blog adalah untuk dibaca oleh orang ramai.. bukannya untuk dilawat.. :) dengan memberikan full post di dalam feeder RSS anda, ia sebenarnya akan dapat menarik lebih ramai pembaca setia dan juga sekaligus dapat menjimatkan bandwith website anda.

Apa-apa pun.. tajuk mesti POWER! Yosh!

Video, Digg, Ping & …

Blog Trafik, Tips Blog 1 Comment »

Menulis blog menjadi kegemaran ramai. Setiap hari, ada sahaja blog baru dicipta. Terdapat juga beberapa orang yang mempunyai lebih dari satu blog. Tetapi persoalan sekarang ialah samaada blog anda mendapat pengunjung ataupun tidak. Jika blog anda tiada pengunjung, maka usaha anda adalah sia-sia.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda. Kebiasannya, kita disarankan untuk menggunakan signature di forum dan emel, berkunjung ke blog-blog kawan dan sebagainya. Di sini saya akan berkongsi beberapa cara lain yang tidak berapa digunakan oleh blogger Malaysia, tetapi agak berkesan untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh menggunakan laman-laman video seperti YouTube atau Metacafe untuk mendapatkan pengunjung. Terdapat beberapa laman yang menawarkan muat turun video klip secara percuma. Anda boleh muat turun video berkenaan dan edit dengan meletakkan URL blog anda di atas video klip berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh melihatnya disini. Para penonton yang terhibur dengan video anda, akan mengambil inisiatif untuk membuka URL yang terdapat pada video berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh menyertai dua laman Malaysia yang sedang meningkat popularitinya, iaitu Digg Malaysia dan Fakapster. Untuk menggunakan servis Digg Malaysia, anda perlu melawat laman berkenaan dan menulis mengenai artikel terbaru di blog anda. Perkara ini perlu dilakukan setiap kali anda menulis artikel baru di blog anda. Tetapi, Fakapster merupakan servis ping, dimana laman itu akan diberitahu secara automatik setiap kali anda menulis artikel di blog anda. Anda cuma perlu menambah sedikit kod di blog anda.

Selamat mencuba!

Apa itu “Technorati”?

Asas Blog, Blog Trafik No Comments »

Jika Google dan Yahoo terkenal sebagai enjin pencari internet. Technorati pula lebih dikenali sebagai enjin pencari khusus untuk blog. Sehingga Disember 2006, index Technorati telah mencecah lebih 50 juta weblogs.

Technorati ditemui oleh Dave Sifry yang berpengkalan di San Francisco, California, USA.
dan pernah memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknikal dan Persembahan terbaik.

Bagi anda yang telah membina blog bolehlah “claim” blog anda di Technorati Signup dengan “claim” itu nanti blog anda akan lebih mudah untuk dijumpai oleh pelayar-pelayar internet sekaligus meningkatkan lagi traffik anda.

MyBlogLog Peningkat Trafik Blog Cara Baru

Blog Trafik, Tips Blog 10 Comments »

Kini, MyBlogLog telah menjadi satu barang yang sedang hangat di gunakan di seluruh dunia. Boleh di katakan melebihi separuh daripada bilangan blog di Malaysia yang sering saya lawati, menggunakan MyBlogLog. Apakah itu MyBlogLog?

MyBlogLog merupakan satu laman web yang mampu mewujudkan satu komuniti yang cukup besar. Laman web ini secara umumnya lebih tertumpu kepada para blogger dan ia mampu di jadikan sebagai salah satu ‘tools’ bagi anda melakukan viral marketing.Oleh kerana MyBlogLog masih baru di tubuhkan, widgets yang di sediakan masih belum cukup banyak. Namun begitu, mereka sedang menambahnya dari semasa ke semasa. Salah satu tools yang sering digunakan ialah tools untuk kita mengetahui pembaca terkini ataupun di panggil sebagai ‘Recent Readers‘.

Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog ataupun laman web yang anda ada untuk mengenali anda dengan lebih dekat.

Sebagai permulaan, saya telah cuba melawat 5 buah blog yang terdapat tool tersebut dan saya berjaya menarik pelawat-pelawat yang ada pada blog-blog tersebut, menjadi sebahagian daripada pelawat di dalam blog saya. Tool tersebut memang cukup hebat dan anda patut mencubanya. Jika mahu mendaftar, anda boleh melawat http://www.mybloglog.com

Selain itu, saya pernah mencari cara untuk meletakkan avatar pada setiap komen yang para pelawat saya tinggalkan. Terima kasih kepada komuniti MyBlogLog dan Wordpress kerana menyediakan kepada saya plug-in untuk saya melakukan sedemikian.Jika anda mahu meletakkan avatar MyBlogLog kepada setiap komen anda, anda boleh muat turun plug-in di http://www.napolux.com.

Saya fikir anda patut mencubanya …

Mari ber”Trackback”..

Blog Trafik, Lawak Rileks, Tips Blog 2 Comments »

Heart Shaped Blog

Selalunya, apabila anda membaca sesuatu post yang menarik di dalam blog seseorang, anda lebih gemar untuk meninggalkan sedikit komen ringkas terhadap isu yang diutarakan di dalam blog tersebut. Tetapi, jika anda mempunyai komen yang agak panjang untuk isu tersebut, dan merasakan, adalah lebih elok jika anda dapat kongsikan komen itu bersama pembaca blog anda, maka, bolehlah anda tuliskan satu post khas di blog anda mengulas tentang isu yang sama.

Kemudian, anda bolehlah meninggalkan komen yang berbentuk “notification” di dalam blog seseorang tadi, mengatakan, anda ada menulis isu yang sama di blog anda. Dengan itu, bolehlah pembaca-pembaca blog seseorang itu tadi, membaca pula pendapat anda tentang isu tersebut, di blog anda.

Secara asasnya, itulah yang dilakukan oleh trackback. Dengan trackback, proses melakukan “notification” itu akan dilakukan secara automatik.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya buat link di blog anda, kepada post yang menarik di blog seseorang tadi. Dan secara automatik.. satu komen akan dihasilkan di dalam post blog seseorang tadi.

Nota : Anda perlu membuat link kepada post di dalam blog tersebut, BUKANnya link kepada blog tersebut. Maksudnya, URL link itu perlulah tepat kepada post tersebut. Jika tidak, teknik trackback ini tidak akan menjadi.

Kelebihannya? Selain dapat menarik trafik ke blog anda, ia juga dapat mewujudkan satu hubungan yang mesra diantara anda dengan penulis blog yang anda “trackback” kan.

Selamat mencuba!

P/s:- Trackback adalah merupakan “reciprocal link”, jadi, saya melihatnya sebagai win-win situation..


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in