Apa itu “Technorati”?

Asas Blog, Blog Trafik 1 Comment »

Jika Google dan Yahoo terkenal sebagai enjin pencari internet. Technorati pula lebih dikenali sebagai enjin pencari khusus untuk blog. Sehingga Disember 2006, index Technorati telah mencecah lebih 50 juta weblogs.

Technorati ditemui oleh Dave Sifry yang berpengkalan di San Francisco, California, USA.
dan pernah memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknikal dan Persembahan terbaik.

Bagi anda yang telah membina blog bolehlah “claim” blog anda di Technorati Signup dengan “claim” itu nanti blog anda akan lebih mudah untuk dijumpai oleh pelayar-pelayar internet sekaligus meningkatkan lagi traffik anda.

Apa itu RSS ???

Asas Blog, Tips Blog 7 Comments »

Pernahkah anda mendengar mengenai RSS? Bagaimana pula dengan XML? Agak memeningkan, bukan?

DEFINASI
Saya mulakan dengan memperkenalkan XML kepada anda. XML merupakan satu format yang mudah dan hanya mementingkan tulisan dalam paparannya. RSS (Rich Site Summary) menggunakan format XML untuk membolehkan anda berkongsi isi kandungan dalam sesuatu laman web seperti berita ataupun post terkini dengan lebih cepat dan mudah.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Sesebuah laman web akan membenarkan laman-laman web lain untuk menerbitkan beberapa isi kandungannya dengan membina dokumen RSS dan mendaftarkan dokumen tersebut dengan penerbit RSS. Salah satu daripada penerbit RSS yang popular ialah Feedburner.com

ASAS
Asas RSS sebenarnya ialah supaya anda mudah melanggan mana-mana isi kandungan bagi sesuatu laman web mahupun blog.

Apakah faedah yang akan anda dapat daripada melakukannya?

Faedahnya, sesudah anda melanggan beberapa isi kandungan laman web ataupun blog, anda boleh melihat setiap perkembangan terkini bagi isi kandungan yang di buat hanya dengan menggunakan satu perisian ataupun laman web. Jadi, anda tidak lagi perlu melawat ke setiap laman web mahupun blog yang anda minat setiap hari, semata-mata untuk melihat isi kandungan terbaru mereka yang baru di kemaskini. Itulah asanya bagi RSS. Jika anda masih tidak faham, anda boleh mencubanya sendiri dan anda akan faham mengenainya kelak.

PERISIAN PEMBACA RSS
Pada ketika ini, saya menggunakan RSSOwl.org di mana anda perlu install ke dalam komputer anda. Pada mulanya, anda akan merasakan bahawa agak sukar menggunakannya.

Namun begitu, sesudah anda melanggan RSS yang pertama, anda akan merasakan bahawa penggunaannya semakin senang.

Kalau anda mahukan yang ‘online base’ iaitu tak memerlukan anda install ke dalam komputer, boleh juga gunakan Bloglines.

Jika anda tidak mahu menggunakan perisian ini, anda juga boleh cuba membuat carian pada enjin carian Google dengan menaip kata kunci : RSS reader. Banyak senarai pembaca RSS yang akan keluar dan terpulang kepada anda untuk memilih yang terbaik.

Saya sudah mencuba 3 perisian pembaca RSS, tetapi saya lebih berminat dengan RSSOwl.org kerana ianya percuma dan berfungsi seperti apa yang saya inginkan.


PEMBACA RSS PADA LAMAN WEB

Walaupun saya menggunakan perisian pembaca RSS, saya tidak menyarankan anda menggunakannya kerana anda perlu memastikan perisian tersebut di buka sebelum membuat langganan. Perkara ini agak leceh untuk dilakukan. Jadi, anda juga mempunyai alternatif lain bagi melanggan RSS. Anda boleh melanggannya dan membacanya pada laman-laman web penerbit RSS. Salah satu laman web penerbit RSS yang popular ialah Bloglines. Anda boleh mencubanya juga.

MELANGGAN BLOG

Bagi melanggan isi kandungan yang ada pada laman-laman web ataupun blog-blog, apa yang perlu anda lakukan Cuma klik pada butang yang bertulis ‘RSS’ yang berwarna kuning. Untuk melanggan isi kandungan blog ini, apa yang perlu anda lakukan, hanya copy laman web RSS bagi blog ini dan paste pada perisian pembaca RSS anda ataupun laman web pembaca RSS.

Selain RSS, kadang-kadang anda juga akan nampak Atom ataupun Syndicate. Jangan risau, kerana kesemuanya mempunyai fungsi yang sama.

MASA DEPAN

RSS di reka semata-mata bagi memudahkan anda membuat semakan kemaskini yang terkini bagi laman-laman web ataupun blog-blog kesukaan anda. Anda boleh menggunakannya bagi meningkatkan trafik laman web anda. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda akan dapat mengurangkan kesusahan yang anda alami semasa menggunakan internet,

Apa Itu Blog?

Asas Blog 2 Comments »

Tentu masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu blog. Blog adalah satu medium seperti web yang berbentuk seperti “journal style” dan di paparkan secara kronologikal. Kronologikal pula bermaksud di susun mengikut masa terdahulu hingga ke masa terkini.

Kebanyakkan blog terdiri daripada beberapa subjek-subjek yang khusus seperti makanan, politik, fesyen, hiburan, tip-tip,  berita hangat dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang gemar menggunakan blog untuk menulis diari secara online.

Di antara ciri-ciri blog ialah: 

  1. Mempunyai teks
  2. Mempunyai gambar
  3. Mempunyai link ke blog-blog lain, web page, dan sebagainya.

Kelebihan atau tarikan blog berbanding web page biasa ialah pelawat/pembaca boleh meninggalkan komen atau pendapat mereka bagi setiap post. Secara tidak langsung ini menjadi tarikan bagi seseorang pelawat untuk kembali melawat blog itu. ( Test la kalau tak percaya anda boleh tinggalakan komen bagi post ini ;) klik jer comment)

p/s: Nama “Blog” adalah singkatan bagi “Web log”.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in