Blog Dan Pemasaran, 2 Frasa Yang Berkait Rapat

Asas Blog 2 Comments »
  • Blog banyak membantu para peniaga di internet dalam aspek pemasaran. Menerusi blog, peniaga tersebut secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan mereka dengan para pelanggan mereka sendiri, iaitui pengguna-pengguna internet di dalam negara itu sendiri mahupun luar negara. Pelanggan dapat mengenali peniaga tersebut dengan lebih rapat lagi. Ini membuatkan mereka yakin dan percaya akan urusan jual beli yang bakal berlaku kelak.
  • Zaman sekarang , bukan setakat peniaga biasa saja yang sudah bergiat dalam dunia blogging tetapi para pelakon, penyanyi, kartunis, usahawan-usahawan MLM dan pemimpin sesebuah parti politik juga sudah membina kredibiliti menerusi penulisan mereka di blog. Mereka percaya melalui promosi mereka di blog, hasil yang mereka harapkan cukup untuk penuhi kehendak dan tujuan asal mereka.
  • Sesebuah blog yang mempunyai identiti yang unik dan menarik akan membuatkan pengunjung blog tersebut menjadi seorang pengunjung yang setia. Ini juga akan menjurus kepada minat seseorang pengunjung tersebut untuk mendapatkan apa-apa yang boleh membantu atau memudahkan mereka seperti dengan membeli produk atau mendapatkan sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik blog tersebut.
  • Para pengguna internet amat gemar untuk mengunjung sesebuah blog yang mempunyai artikel-artikel yang bermutu tinggi dan berinformasi untuk pembacaan mereka. Mereka juga akan mengharapkan bahawa sesebuah blog itu harus kerap dikemaskinikan. Jika blog tersebut mempunyai kedua-dua perkara yang diingini pengunjung maka sudah pasti blog tersebut akan kerap dikunjungi setiap hari tanpa perlu memaksa mereka.
  • Blog dapat memberikan seorang penulis blog status yang dihormati oleh para pengunjung blog yang setia. Penulis blog akan menjadi seseorang yang pakar dalam sesuatu bergantung kepada topik artikel-artikel yang ada dalam blog mereka. Hasil-hasil artikel ini adalah buah pemikiran pemilik blog yang amat berharga sekali. Para pengunjung akan sedikit sebanyak berasa yakin dengan penulisan pemilik blog tersebut.
  • Aktiviti pemasaran menerusi blog adalah sangat luas kerana jaringan perniagaan menerusi blog dan para pengunjungnya  berupaya melangkau lebih jauh lagi daripada sasaran asal. Dunia blog ini tiada sempadannya kerana pengguna internet boleh mengunjung blog pada bila-bila masa sahaja bahkan lagi blog kini sudah sangat popular.

(video) Apa itu blog?

Asas Blog 5 Comments »

Saya menjumpai satu video menarik yang menerangkan tentang “apa itu blog”? Enjoy!

Wujudkan Blog Untuk Perniagaan Anda!

Asas Blog, Tips Blog 6 Comments »

Suatu masa dulu, proses pemasaran untuk sesebuah perniagaan lebih banyak menggunakan kaedah pemasaran secara satu hala, iaitu mesej dihantar dari syarikat kepada pelanggan. Mesej-mesej pemasaran dari syarikat ini banyak disampaikan menerusi televisyen, radio, surat khabar, majalah, brochure, poster, bunting dan sebagainya. Semua medium ini hanyalah medium sehala… dimana, matlamatnya adalah “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh”.

Kemudian, wujud pula internet.. dimana.. matlamat “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh” menjadi lebih murah dan berkesan. Jika dulu (TV, majalah, suratkhabar dan sebagainya) hanya boleh mencapai golongan setempat (contohnya macam TV kat malaysia..mestilah orang kat malaysia je yang tengok kan?).. tetapi di internet, batas geografi itu dapat dihapuskan. Dengan internet (website), mesej pemasaran (iklan) dapat disampaikan diseluruh dunia.. ianya tidak terhad hanya kepada sesuatu tempat sahaja (sepertimana yang mampu dilakukan oleh suratkhabar dan majalah, kalau di malaysia, hanya orang di Malaysia sahajalah yang nampak iklan anda).  Tetapi, menerusi internet, seluruh dunia boleh melihat iklan anda (kini anda sudah dapat melihat sedikit kuasa pengiklanan secara online).

Tetapi itu dulu.. kini, blog lebih sesuai digunakan sebagai alat pemasaran berbanding website. Ini kerana, dengan blog.. sesebuah perniagaan itu boleh berkomunikasi dengan pelanggan mereka dan ini mewujudkan satu kaedah pemasaran secara 2 hala..  itu lebih “cool” bukan?

Dengan kaedah pemasaran 2 hala ini.. perniagan dan pelanggan akan dapat lebih memahami antara satu sama lain. Perniagaan boleh memahami apa kehendak pelangan, dan pelangan dapat mengetahui dengan terperinci apakah kelebihan dan kehebatan produk keluaran syarikat .

Ini sekaligus.. dapat meningkatkan jualan produk syarikat dan juga dapat mengurangkan kos pemasaran syarikat.

Jadi.. usah berlengah lagi.. bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang!

Blog untuk politik

Asas Blog 8 Comments »

Sempena Pilihanraya Umum ke-12 ini, eloklah rasanya saya berceritakan sikit tentang pengaruh dan fungsi blog di dalam arena politik negara.

Jika kita lihat di luar negara, di US khususnya. Pemimpin-peminpin politik mereka telah lama menggunakan blog sebagai medium “pengiklanan & kempen” mereka. Menerusi bloglah, mereka akan menyampaikan wadah pemikiran serta manifesto politik mereka.

Di Malaysia juga, sudah agak ramai juga pemimpin politik yang mempunyai blog dan menggunakan blog mereka untuk menyampaikan isu-isu serta berita-berita terkini kepada masyarakat serta penyokong-penyokong mereka. Perkara ini serba sedikit dapat memberikan mereka ruang untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka secara bebas dan sekaligus menyeimbangkan penyampaian informasi dari setiap pihak.

Antara blog yang bercerita tentang politik Malaysia adalah seperti..

Screenshots oleh Jeff Ooi
Malaysia-Today oleh Raja Petra Kamarudin
Rocky’s Bru oleh Ahirudin Attan
Lim Kit Siang: For Malaysia oleh Lim Kit Siang,
Anwar Ibrahim oleh Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri malaysia. RantingsbyMM oleh Marina Mahathir, anak Tun Dr. Mahathir
Kickdefella oleh Sheih
Philosophy Politics Economics oleh Tony Pua
Sassy MP oleh Teresa Kok
Shahrir Samad oleh Shahrir Abdul Samad , salah seorang ahli parlimen

dan banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan semuanya disini. Apa-apa pun, jangan lupa mengundi.. selamat mengundi dan buatlah pilihan bijak!

Apakah Gaya Post Anda?

Asas Blog 9 Comments »

Sebagai seorang penulis blog, anda dan saya harus senantiasa memperbaiki gaya tulisan post yang dihasilkan supaya seronok dibaca namun tetap berilmiah. Post kali ini saya akan berkongsi tips mempelbagaikan gaya menulis post yang boleh dicuba iaitu:

  1. Post Berbentuk Peribadi

Saya percaya ramai penulis blog suka akan cara ini kerana kebanyakan blog berkisarkan cerita peribadi dan pelbagai macam cerita kehidupan. Kebolehan menggarap post dengan baik diperlukan supaya pembaca terus membaca post tersebut hingga selesai dan tidak jemu.

 

  1. Post berbentuk Tips

Anda boleh memberikan tips berkaitan dengan tema blog anda, sebagai contoh tips menguruskan badan dan seumpamanya. Gunakan bullet dan nombor pada tajuk post seperti ”10 Langkah Buat Duit dengan Blog” untuk menarik perhatian dan memudahkan pembaca membaca isi kandungan.

 

  1. Post berbentuk fakta

Post yang dihasilkan perlu mempunyai sumber yang kukuh dan dipercayai seperti statistik, akhbar atau penyeledikan. Agak susah untuk ditulis dan jarang melakukannya kecuali tulisan dari Ustaz-ustaz yang memerlukan dalil-dalil untuk mengukuhkan fatwa dan keputusan.

 

  1. Post berbentuk penawaran atau cadangan.

Post begini biasanya dihasilkan untuk mempromosikan barangan dan mendapat komisen dari penjual. Namun anda harus ingat bahawa post berbentuk iklan semata-mata tidak akan berjaya kerana ramai orang tidak menyukai ”jurujual” kerana dianggap tidak telus dalam memberikan cadangan. Sebaiknya, berikan informasi dengan telus dan berbentuk ”memberitahu” dari menjual.

 

  1. Menggabungkan semua bentuk post diatas

Jika anda mampu menggabungkan kesemua jenis post seperti yang disebutkan sebelumnya, post yang dihasilkan akan mempunyai fakta, cerita, tips dan tawaran yang natural dan menghburkan. Saya akui saya sendiri menyukai post sebegini berbanding fakta biasa.

Akhir kalam, saya ucapkan Selamat mencuba dan jangan lupa berkongsi teknik yang anda gunakan disini :D

 


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in