Dapatkan Sekarang!

Editor Performancing Untuk Menulis Post

Asas Blog 5 Comments »

Anda mahu menghasilkan post yang menarik dengan meletakkan pelbagai warna seperti merah, biru dan warna-warna lain? Tahukah anda bahawa wordpress mempunyai limit untuk berbuat demikian?

Assalamualaikum wbt

Hari ini saya akan memperkenalkan kepada anda 1 plug in firefox iaitu performancing yang dapat membantu anda dalam  menghasilkan blogging:

1. meletakkan warna kepada penulisan anda seperti warna merah, biru dan sebagainya. Ini dapat memberikan penampilan yang lebih menarik kepada post anda. Sebagai contoh amaran di warnakan dengan warna merah, kesegaran di warnakan dengan hijau.

Kan lebih menarik?

2. menghasilkan post tanpa log-in ke blog wordpress berbayar,  blogger dan pelbagai platform yang lain. Kadang kala kita ingin melakukan posting sahaja kerana nak cepat, maka dengan plug-in ini anda boleh melakukan posting dengan senang. Klik publish dan terus siap!

3. Meskipun tak log-in ke akaun wordpress anda, tapi bahagian kategori tetap ada. Ini membenarkan anda menandakan post berkenaan kepada kategori berkaitan. Jadi anda tidak perlu risau post anda tidak dapat dikategorikan, kerana ketegori amatlah berguna untuk pelawat!

Jadi sekarang tunggu apa lagi, install plug-in ini ke browser Mozilla anda sekarang! 

p.s: saya tak dapat gunakan warna kerana tiada Mozilla Firefox di CyberCafe ni :(

Mulakan Blog Anda

Asas Blog 2 Comments »

Kini menulis blog telah menjadi sebagai satu kemestian bagi yang memiliki talian internet di rumah. Disamping dapat mengisi masa lapang, menulis blog juga dapat membantu kita meramaikan kawan-kawan di alam maya ini.

Namu begitu, terdapat ramai lagi orang yang masih tidak mengetahui bagaimana menulis blog. Terdapat dua cara untuk anda mula menulis blog anda sendiri. Yang pertamanya ialah anda menggunakan servis percuma, manakala yang kedua ialah anda memasangnya di server dan memperolehi control sepenuhnya ke atas blog anda.

Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi beberapa tempat dimana anda boleh membuat blog secara percuma.

BloggerBlogger. Servis ini telah dimulakan oleh Evan Williams, Meg Hourian dan Pyra. Kini, Blogger telah dimiliki oleh Google Inc. Dengan menggunakan blogger, anda boleh memilih theme / template yang anda kehendaki. Malah anda juga boleh membuat template kesukaan anda kerana anda mempunyai control sepenuhnya ke atasnya. Ketika mula menulis, anda diberi kebenaran untuk host blog tersebut di server anda ataupun tidak. Selain itu, kini ia juga dilengkapi dengan feature terbaru iaitu anda boleh menggunakan nama domain untuk blog.

WordPress.com
WordPress.com. Ini merupakan salah satu laman di bawah Automattic Inc. WordPress.com menggunakan platform WordPress. Kini, WordPress merupakan antara pilihan utama bloggers.

LiveJurnal
LiveJurnal. Laman Live Jurnal pula ialah milik Six Aparts. Laman ini lebih kepada sosial blogging. Dimana kebanyakkan penggunanya sentiasa berhubung antara satu sama lain. Ia juga lebih kepada laman komuniti penulis blog.

Cerita Menarik Tentang Blog

Asas Blog, Uncategorized 1 Comment »

Ada berita menarik lagi tentang blog :D nak tahu? Ini dia:

1. Istilah blog telah dipilih sebagai istilah yang paling popular bagi tahun 2004 di US. Penerbit kamus terkemuka iaitu Merriam-Webmaster melaporkan bahawa istilah ini merupakan istilah yang paling banyak dicari dan diberi penerangan tentangnya sepanjang tahun 2004. Istilah blog dikatakan terdapat dalam kamus keluaran penerbit berkenaan untuk versi 2005. Satu lagi penerbit kamus terkenal iaitu Oxford English Dictionary telahpun memasukkan istilah blog dalam kebanyakkan versi terbitanya semenjak tahun 2003. Istilah yang dimasukkan ialah seperti weblog, weblogging dan weblogger.

2. Menurut satu syarikat penganalisis blog iaitu Techonarati, bilangan blog dan blogsphere adalah meningkat dua kali ganda untuk tempoh 5 bulan. Syarikat berkenaan turut menjangkakan bahawa jumlah blog di Internet telah melebihi 4.8juta.

3. Sementara itu, kajian Pew Internet & American Life, sebuah syarikat penyelidikan yang berpengkalan di US pula mendapati pada setiap 5..8 saat pasti ada blog baru yang dibangunkan.

4. Sebelum blog dikatakan popular seperti sekarang, komuniti internet dikatakan menggunakan saluran seperti Usenet, papan bulletin, dan mailing list untuk menyuarakan pandangan atau komen.

5. Disebabkan blog semakin popular dikalangan pengguna Internet, baru-baru ini, Microsoft menerusi bahagian MSN Internet telah melancarkan perkhidmatan blog terkini yang dikenali dengan nama MSN Spaces. Selain daripada MSN Spaces, perkhidmatan blog yang terlebih dahulu mendapat tempat dalam kalangan pengguna Internet ialah seperti LiveJournal, AOL Journals, TypePad dan Blogger.

sekian :D

Blog di hack? Backup! Backup!

Asas Blog, Lawak Rileks, Tips Blog, Tutorial Blog 4 Comments »

A Deal's a Deal

Uh!.. memang geram rasanya jika blog kita di hack! Lebih perit lagi, jika kita tidak mempunyai sebarang backup untuknya. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, kita perlulah sentiasa membuat backup bagi blog kita. Tetapi malangnya.. hampir 98% pemilik website tidak membuat apa-apa backup untuk website mereka.

Bagaimana membuat backup?

Anda boleh baca artikel dari shuth (ehem.. ehem…) di ruangan artikel wangcyber.com. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Mungkin cara backup tersebut agak panjang dan leceh untuk dilakukan… tapi jangan risau, bagi pemilik blog yang menggunakan perisian wordpress. Ada cara lebih mudah untuk membuat backup blog anda. Gunakanlah plugin “WP-DB-Backup” , dengan plugin ini, database blog anda akan dibackup dengan hanya satu klik sahaja!

Bagaimana nak install plugin?

Mudah jer! Berikut adalah kaedah “standard install plugin” bagi aplikasi wordpress
1 - Download fail plugin tersebut. biasanya dalam format zip
2 - Extract fail plugin tersebut ke dalam komputer anda guna winzip
3 - Upload fail plugin tersebut ke dalam folder “/wp-content/plugins/” guna FTP
4 - Login ke dalam control panel wordpress anda > Klik Plugins > Klik Activate pada plugins yang ingin diaktifkan.

Plugin anda siap dipasang! Selamat mencuba!

P/s:- Ke anda tidak tahu.. apa itu plugin?

Apa itu “Technorati”?

Asas Blog, Blog Trafik No Comments »

Jika Google dan Yahoo terkenal sebagai enjin pencari internet. Technorati pula lebih dikenali sebagai enjin pencari khusus untuk blog. Sehingga Disember 2006, index Technorati telah mencecah lebih 50 juta weblogs.

Technorati ditemui oleh Dave Sifry yang berpengkalan di San Francisco, California, USA.
dan pernah memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknikal dan Persembahan terbaik.

Bagi anda yang telah membina blog bolehlah “claim” blog anda di Technorati Signup dengan “claim” itu nanti blog anda akan lebih mudah untuk dijumpai oleh pelayar-pelayar internet sekaligus meningkatkan lagi traffik anda.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in