Cara Nak Kumpul Subcriber Blog Menggunakan Feedburner

Asas Blog 1 Comment »

Mungkin ada yang masih belum menggunakan feedburner dan mungkin ada yang tidak tahu apa kegunaannya.

Kalau pada kebiasaan, IM biasanya menggunakan autoresponder untuk emel update-update terbaru mengenai produk manakala dengan blog kita menggunakan Feedburner sebagai medium untuk memberitahu kepada subcriber blog kita mengenai update terbaru diblog kita.

Disini saya akan berikan beberapa tips untuk menarik minat pembaca blog untuk subcribe :

1. Pastinya anda sendiri tidak akan lama untuk berada diblog yang tidak kemas dan berserabut. Jadi 1 impression kena baik dan blog perlu nampak menarik dan mudah untuk dibaca.

2. Pastikan artikel-artikel blog anda, apabila pembaca datang rasa blog anda mempunyai tip yang menarik untuk mereka datang lagi untuk membaca.

3. Jangan mengharapkan blog anda untuk mendapat ramai subcriber jika hanya mempunyai beberapa blogpost. Jadi perbanyakkan blogpost dahulu.

4. Pastikan anda ruangan subcribe berada ditempat yang mudah untuk dilihat. Contoh pada blog ini pada bahagian kanan paling atas.

5. Jika blog anda masih baru, cari rakan-rakan yang juga baru berblog dengan cara bertukar-tukar subcribe. Ini bukan apa, pembaca biasanya lebih mudah untuk subcribe blog yang mereka nampak jumlah subcriber sudah ramai. Jadi, untuk mula-mula ni suh aja la sapa-sapa untuk subcribe blog anda untuk memulakan langkah pertama.

6. Jika subcriber belum cukup banyak contohnya bawah dari 50, tak perlu lah untuk anda letakkan reader counter sebab macam tak menarik je. Terpulang kepada anda.

7. Jika blog anda masih baru, jangan terlalu banyak dengan iklan yang perlbagai bentuk dan pelik-pelik. Sebab untuk blog baru misi utama adalah untuk mencari subcriber dan apabila subcriber semakin ramai barulah jumlah pelawat akan bertambah.

Pelawat = money!!!!

8. Memberi tawaran kepada subcriber blog anda sesuatu. Sebagai contoh jika blog anda mengenai buat duit di internet anda boleh tawarkan ebook percuma mengenai website-website yang boleh menjana pendapat di internet. Tetapi untuk cara ini anda perlu emel satu persatu kerana feedburner bukanlah autoresponder.

Mungkin anda ada tip lain untuk dikongsikan bersama ???

Kenapa Perlu Beli Ebook Panduan WordPress Jika Semuanya Ada Di Internet?

Asas Blog 5 Comments »

Ada beberapa rakan saya minta untuk ajarkan untuk setup blog untuk mereka tetapi nak mengajar secara online pastinya sangat sukar lebih-lebih kalau mereka sememangnya “zero” mengenai blog.

Bermula dengan membeli domain dan hosting langkah selepas itu barulah setup wordpress.

Kebanyakan hosting pada hari ini menyediakan fungsi FANTASTICO dimana fungsinya memudahkan pengguna untuk setup blog wordpress,forum dan ada beberapa perkara lain yang saya sendiri tidak pernah untuk explore.

Ada juga yang lebih senang untuk install blog wordpress mereka secara manual. Kenapa?

Antara sebab utama kerana apabila kita membina banyak blog pada satu hosting menggunakan fantastico databasenya akan menjadi rahsiablogger_wrdp1,rahsiablogger_wrdp2,rahsiablogger_wrdp3 dan seterusnya.

Jadi ini akan memberi masalah untuk kita mengenalpasti database blog-blog yang kita install dan kerana itulah ada yang lebih gemar untuk install wordpress secara manual.

Tapi anda tidak perlu nak mengambil ini sebagai masalah yang besar dan tidak perlu untuk pening kepala.

Sehingga sekarang saya sendiri masih install wordpress menggunakan FANTASTICO.

Jadi dimana untuk anda belajar mengenai asas wordpress secara percuma diinternet?

  • Install WordPress Secara Manual atau Fantastico
  • Bagaimana Untuk Menggunakan WordPress (Start up Guide)
  • Cara Nak Buat Blogpost dan Kategori
  • Cara Nak Tukar Template Blog WordPress
  • Cara Nak Masukan Plugin WordPress
  • Cara Nak Kawal SPAM Komen di Blog
  • SEO Blog
  • Cara Masukan Adsense dalam Blog WordPress
  • Buat Backup
  • Cara Nak Upgrade Version WordPress

Semuanya anda boleh baca disini.

Jangan risau kalau anda kurang faham dengan Bahasa Inggeris kerana tutorial yang dibuat sekali dengan gambar. Jadi mudah untuk difahami.

Masih perlukan ebook????

Mengumpul Pembaca Setia Diblog

Asas Blog 12 Comments »

Membina blog, kebanyakan orang dapat melakukannya dengan mudah. Membuat design blog yang menarik juga ramai yang boleh melakukannya.

Mempromosikan blog? Ramai yang dapat melakukkannya tetapi lebih ramai yang kecundang.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke blog kita dan mengumpul pembaca setia.

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengumpul pembaca setia dan ini akan membantu serba sedikit di dalam mempromosikan blog anda.

Feedburner merupakan website yang selalu digunakan oleh blogger untuk mengumpul reader atau pembaca setia blog mereka. Ini kerana setiap pelawat yang subcribe di blog mereka akan mendapat update blog terus ke dalam email .

Dengan kaedah ini, anda akan mendapat pembaca setia blog anda. Namun begitu, anda perlulah membuat artikel yang menarik dan berkualiti bagi mengelakkan subcriber blog anda unsubcribe blog anda kelak.

Untuk mengumpul subriber menggunakan feedburner anda perlu register blog anda terlebih dahulu di feedburner.com.

Kemudian copy kod yang diberikan dan letak di mana-mana bahagian  blog anda yang mudah untuk pelawat blog anda melihat dan tertarik untuk subcribe.

Apa Anda Perlu Lakukan Sebelum Berblog?

Asas Blog 5 Comments »

Perkara AsasSebagaimana yang diketahui umum bukan senang untuk menjadikan blog anda popular dengan mudah tanpa membuat promosi yang berterusan selain dengan design dan content yang menarik.

Sebelum anda melakukan promosi blog anda, anda perlu ingat dan buat beberapa perkara sebelum datang beberapa perkara yang lain.

Sebelum setup blog anda, anda perlu tahu terlebih dahulu apa topik dan konsep blog anda. Sebagai contoh anda memilih topik Politik dan konsep mengutuk. Bermaksud anda bercakap mengenai politik didalam blog anda dan setiap artikel anda mesti ada kutukan . Itu yang saya maksudkan dengan konsep.

Setelah konsep dan topik serta blog telah disetup, cari theme yang menarik yang bersesuaian dengan topik blog anda. Untuk mendapatkan yang menarik kebiasaannya anda perlu mendapatkan theme yang berbayar. Untuk mendapatkan yang percuma ini memang sukar sedikit walaupon saya rasa banyak di internet. Anda boleh google untuk itu dan bertanya kepada rakan-rakan blogger anda.

Kemudian masukkan plugin-plugin asas yang penting.

Topik dah ada,konsep dan ada,theme dan plugin dah ada….Apa tunggu lagi buat beberapa artikel yang menarik dahulu. Jangan promosikan blog anda dahulu sebelum membuat apa-apa artikel.

Pada artikel lepas saya akan berkongsi beberapa teknik untuk promosi blog anda terutamanya blog yang dalam bahasa melayu.

Plugin-plugin Yang Perlu Anda Miliki Dengan Blog WordPress

Asas Blog 6 Comments »

Hampir satu purnama saya tidak melakukan entri di blog rahsia blogger ini malah blog selangor2u saya pon baru je 2,3 hari ini update.

Jadi untuk kali ini saya rasa elok rasanya saya berkongsi kepada anda semua mengenai plugin-plugin asas yang anda perlu ada untuk blog worpdress.

1. Adsense Deluxe 

Jika anda menggunakan adsense di blog anda adsense deluxe ini membantu anda untuk menjadikan adsense anda lebih menarik.

2. Alinks

Plugin ini akan link kan perkataan yang tertentu dengan post atau website lain yang mempunyai perkataan yang sama. (Saya belum mencubanya jadi tak dapat komen lebih)

3. All-in-one SEO pack

Seperti semua yang sedia maklum plugin ini untuk SEO.

4.Sitemap Generator

Plugin ini juga bertujuan untuk SEO.

5. Link cloaking plugin

Plugin ini akan secara outomatik akan menyembunyi link affiliate anda. Namun begitu, sebenarnya jika orang yang dah biasa dengan internet kita dapat bezakan mana link affiliate mana yang bukan.

6. SEO Slug

Menjadikan link url anda juga untuk SEO Friendly.

7. Share this

Plugin yang membolehkan pengunjung ke blog kita untuk submit artikel kita ke social networking website.

8. WordPress Relate Post

Akan kelihatan relate post di setiap bawah setiap post  jika post tersebut terdapat persamaan TAG dengan post yang lain.

9. wp-cache

Menjadikan blog anda lebih cepat untuk loading

10. wp-contact form

Ini plugin untuk contact form la ;)

Setakat itu sahaja dari saya mazuki mustaffa untuk kali ini. 

Semua plugin-plugin ini boleg didapati secara percuma di internet jadi hanya google untuk mendapatkanya.

Jika anda mempunyai perkongsian mengenai plugin yang menarik, boleh lah berbuat demikian dengan meninggalkan di ruangan komen.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in