Jual Links di Blog Anda!
Buat Duit December 20th, 2008Di dalam buku “Rahsia Blogger” , saya ada berkongsikan salah satu teknik membuat duit menerusi blog, iaitu, dengan menjual link di blog anda menerusi website Text-Link-Ads.com
Ada yang beranggapan, menjual link menerusi Text-Link-Ads.com adalah tidak berkesan, alasan yang diberikan, blog mereka berbahasa melayu dan ia akan menjejaskan Google PR (page rank) blog mereka.
Tetapi, hakikatnya, dibawah adalah hasil yang saya perolehi menerusi Text-Link-Ads.com menggunakan blog saya yang berbahasa melayu sejak Januari lalu. Dan apa yang lebih menyeronokkan, Pr3 yang diperolehi oleh blog tersebut tidak pernah menurun, malah, kadangkala naik kepada PR4.
Walaupun pendapatan tersebut tidaklah banyak, tetapi sekurang-kurangnya.. lepaslah duit untuk hosting dan domain selama 5 tahun untuk blog tersebut (Fuh! lama tu..).
Selain dari Text-Link-Ads.com , terdapat banyak lagi website yang mengadakan program yang sama. Yang terbaru yang telah saya cuba adalah program penjualan link oleh website Backlinks.com.
Ssetelah sebulan menyertai website ini, alhamdulilah, website ini juga benar-benar berhasil dan memberikan pulangan. Dibawah adalah hasil yang saya terima pada bulan lepas (November 2008) dari Backlinks.com.
Nampaknya, hasil pendapatan menerusi “2 website menjual links” ini sahaja sudah mampu menangung kos domain & hosting untuk blog ini selama 10 tahun? Ho! ho!
Kepada anda yang berminat, jangan membuang masa lagi, daftarlah segera di kedua-dua website ini.
SYARAT
===========
Ops! sebelum itu, ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi sebelum anda mendaftar dan mula menjana wang menerusi website ini.
1) Blog anda perlulah mempunyai sekurang-kurangnya PR1. Anda boleh check PR anda di sini.
2) Kedua-dua website ini akan membuat bayaran kepada anda meenrusi Paypal. Jadi, anda perlulah mempunyai akaun paypal. Anda boleh membuka akaun paypal secara percuma di www.paypal.com
TIPS
=====
Ok! sedikit tips dari saya untuk membolehkan anda berjaya menghasilkan wang dengan menjual link di blog anda.
1) Pastikan anda menulis deskripsi tentang blog anda di dalam bahasa inggeris.
2) Pastikan anda menempatkan blog anda di kategori yang betul.
3) Jika inginkan maklumat yang lebih jelas tentang program ini, jangan lupa baca FAQ di website mereka.. Ho! ho!
Sekian!
Semoga Bejaya dan selamat buat duit menerusi blog anda! Yosh!
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-























December 20th, 2008 at 2:37 pm
bro shuth.. blog BM pun boleh ke? bro pakai blog yang mana? personal atau rahsia blogger?
December 20th, 2008 at 2:45 pm
Yer.. blog BM pun boleh!.
Saya pakai blog mohdsuhaimy.com untuk TLA dan rahsiablogger untuk Backlink.
December 20th, 2008 at 10:28 pm
wahh menarik ni..janji masyukkkk!!
December 21st, 2008 at 10:19 am
erm sebelum pernah try untuk TLA kat selangor2u tapi xlepas la plak…kena try balik la ni gamaknya
December 21st, 2008 at 10:22 am
patut la xlepas sebab PR masih 0 kehkeh
December 23rd, 2008 at 10:07 am
wah best la cam ni.boleh lah try nati.pr blog pun dh 2.alaa
paypal x dftar lagi ler…:)
December 26th, 2008 at 1:17 pm
TLA dan Inlinks ada cara tersendiri diorang accept blog yang mana kita sendiri pun xketahui.. tapi bila dah dapat accept, duit dapat.. hehehe..
December 26th, 2008 at 3:56 pm
Sesape yg berminat bleh la cuba. Aku dh try dulu tp x berjaya. Xtau la pasal apa.
December 28th, 2008 at 5:25 pm
kat mana ya iklan ni? tak nampak pun kat dua2 blog.
December 29th, 2008 at 10:53 am
pei kat home, scroll, lihat sidebar kanan bawah sekali, ada nampak ruangan “Partner Links” kan? hah. itulah dia..
December 29th, 2008 at 11:30 am
kena hebat dlm TLA ni…huuuu
December 29th, 2008 at 11:45 am
betul. 2 program tu dah bagi pulangan yg lumayan jika kene caranya. hoho..
December 31st, 2008 at 4:14 am
Bagus tu…tp macam mana nak naikkan PR?
January 20th, 2009 at 9:00 am
best ni, tapi mcm mana nak naik kan pr?pr saya 0 je…
January 21st, 2009 at 5:36 pm
kt blogspot takleh buat ke?
January 22nd, 2009 at 2:51 am
Nak naikan PR?.. yg ini tidak pasti, PR ini selalunya hanya dapat pada web yag lebih 1 tahun.
SilentAnarm .. kat blogspot memang tak boleh.
February 3rd, 2009 at 5:01 pm
Terima kasih kerana memberikan info yang berguna kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia blogger.
http://fancypgbag.blogspot.com
March 21st, 2009 at 12:07 am
program ni mmg sempoi, best.