Salah satu cara untuk membuat duit di internet menerusi blog adalah dengan menyertai mana-mana program affiliate dan memasarkan produk mereka di dalam blog anda. Setiap jualan yang terhasil anda akan mendapat habuan berupa bentuk komisyen.

Hari ini saya ingin perkenalkan anda dengan sebuah website yang menyediakan program affiliate yang menarik, iaitu.. website dealdotcom.com

Deal Dot COm Website

Dealdotcom.com adalah merupakan sebuah website yang menjual produk-produk original berkaitan dengan “Internet Marketing” dengan harga yang murah. Setiap hari, satu produk akan dipilih dan dijual dengan harga yang sangat murah.

Oleh itu, jika anda salah seorang penggiat “internet marketing” jangan lepaskan peluang melawati website ini setiap hari.. mana tahu, satu hari nanti ada produk idaman anda yang akan dijualkan dengan harga runtuh di website ini. Bolehlah anda cepat-cepat dapatkannya..

Ok!.. itu berkenaan website tersebut.. persoalannya sekarang..  bagaimana anda boleh membuat duit menerusinya?

Mudah sahaja!.. daftar sebagai affiliate di  website mereka. Dapatkan url affiliate anda dan promosikan url affiliate tersebut di blog anda. Anda akan mendapat komisyen sebanyak 35% bagi setiap jualan yang terhasil dari link anda.. ya! 35% komisyen dari harga produk tersebut.. apa yang lebih menarik, dealdotcom.com ini menawarkan program affiliate 2-tier. Ia bermaksud, jika ada anda ada orang bawah dan orang bawah anda membuat jualan.. anda juga akan mendapat komisyen, tetapi hanya 15% sahajalah.. (15% pun banyak juga tu..!)

Jika blog anda menggunakan perisian worpress, ada berita baik untuk anda. Sekarang ada  cara yang lebih menarik untuk mempromosikan produk-produk dari dealdotcom.com ini, iaitu dengan menggunakan plugin. Plugin ini telah dihasilkan oleh saudara azlankasim , dan anda boleh mendapatkkannya secara percuma disini.

Hanya perlu installkan plug-in tersebut ke dalam blog anda dan anda boleh lihat, satu paragraph berkenaan produk-produk dari dealdotcom.com yang beserta sedikit keterangan akan dipaparkan di blog anda. Ianya akan dikemaskinikan secara automatik pada setiap hari,.

Selamat mencuba!

Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-