Cara Buat Duit Dengan Join Affiliate
Buat Duit November 21st, 2008Apabila kita lawat ke sesebuah blog, rata-rata semua blog tersebut akan mengandungi banner-banner promosi untuk sesebuah program affiliate di mana blogger tersebut menjadi wakil penjual untuk sesebuah produk dan akan mendapat komisen dari penjualan mereka. Program affiliate merupakan antara sumber terbesar bagi seorang blogger itu untuk mendapatkan nilai pendapatan yang tinggi. Bahkan ada yang fokus untuk menjana pendapatan hanya melalui program affiliate sahaja kerana mereka ingin menjadi usahawan internet yang betul-betul pakar di dalam program affiliate ini. Antara program affiliate yang terkenal adalah Clickbank dan Commision Junction. Namun ramai blogger tempatan kita lebih gemar menyertai program affiliate tempatan kerana lebih mudah untuk mempromosikannya.
Antara teknik untuk promosi program affiliate pada blog :
1. Meletakkan Banner Affiliate Pada Blog
- Letak banner pada sidebar ataupun widgets.
- Banner sesuai diletak pada bawah header blog.
- Placement yang terbaik adalah pada bawah title post blog dan sebelum ruangan comment.
2. Link Affiliate Pada Text Post
- Masukkan link referral pada text post anda yang berkaitan dengan perkataan, frasa dan ayat post anda supaya pembaca akan tergerak untuk klik link tersebut.
- Gunakan perkataan dan ayat yang boleh menarik perhatian mereka seperti gempar, dasyat, unggul, top secret dan sebagainya.
- Membuat trik kepada pembaca dengan linkkan text yang tiada kaitan dengan produk langsung seperti text ‘ gambar panas anak ayam’.
3. Membuat Review Produk
- Buatkan satu review mengenai produk affiliate anda agar pembaca lebih yakin dengan produk tersebut kerana anda telah mencubanya.
- Gunakan ayat-ayat yang boleh menggoda pembaca hingga mereka terasa mereka perlu mendapatkan produk tersebut dalam masa yang terdekat.
- Berikan sedikit jaminan ataupun bonus kepada pembaca jika membeli daripada link affiliate anda.
4. Comment Blog Orang Lain
- Selain daripada promosi di blog sendiri, anda juga boleh membuat prmosi di blog orang lain dengan meletak link pada comment.
- Anda boleh letak url link affiliate anda terus pada comment tersebut ataupun anda boleh letakkan link ke review produk affiliate anda.
Post ini telah ditulis oleh : Muhammad Ridzuan a.k.a Richie
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-





















November 21st, 2008 at 7:40 am
Syukur saya dapat ke blog ni
Berinformatif
Memang saya suka letakkan banner affiliate di blog saya berbanding. Ini kerana ianya simple. Saya tak perlu review panjang-panjang. Hanya letkkan banner yang menarik hati pelawat saja.
November 21st, 2008 at 10:35 am
nice article….secara jujur belum pernah try seme lagi
November 22nd, 2008 at 1:00 am
Thanks sebab komen ye bro sekalian
November 22nd, 2008 at 12:49 pm
Selain dari jual ebook, ramai blogger membuat program affiliate.
December 3rd, 2008 at 5:48 am
Banyak informasi yang berguna di sini. Keep it up…
December 3rd, 2008 at 9:02 am
Ini antara cara @ teknik tambah wang bro usri..
Apa pun richie bagus la ap ang tulis nie..
January 3rd, 2009 at 3:05 am
Joint affiliate insya Allah boleh buat duit. Tetapi menganjurkan affiliate akan meluaskan lagi pasaran dan melajukan pesanan produk.
April 26th, 2009 at 7:00 pm
salam,saya ni baru lg dalam dunia blogger,..
bagaimana nk buat letak banner affiliate kat sidebar blog wordpress..
boleh terangkan ape yang patut saya lakukan untuk letak banner affiliate itu?
sekian terima kasih..
June 27th, 2009 at 3:30 am
program afiliate mmg mudah nak join, yg susahnya nak cari target market…kena ada kepakaran dan rajin mencari pelanggan…
August 9th, 2009 at 8:16 pm
salam..saya baru jek nk berjinak2 dalam blog.syukur saya jumpa blog ni..tapi pening sikit tak tahu nk baca yang mana satu. Thankx info yang diberikan
September 13th, 2009 at 8:48 am
ada input-input dan informasi yang amat berguna..keep it up