Buat Duit Dengan TLA
Buat Duit March 22nd, 2007Salah satu kaedah buat duit melalui blog adalah dengan menyertai program yang disediakan oleh Text-Links-Ads.com . Dimana, apabila anda menyertai program ini, anda bersetuju untuk menjualkan sebahagian ruang di website/blog anda sebagai ruang iklan yang berbentuk “text-link” kepada sesiapa yang berminat.
Untuk tujuan itu, Text Links Ads akan bertindak seperti broker/agen, yang akan cuba memasarkan ruang iklan di website/blog anda.
Dan seperti biasa… broker pastinya akan mengambil sedikit komisyen jika mereka berjaya menjual ruang iklan di website anda. Cuma disini, ia tidak mengambil sedikit, tetapi 50% daripada harga jualan tersebut. Bagi saya.. “ok lah”, memandangkan mereka akan menguruskan segala proses pengurusan seperti scheduling, billing, customer service, dan juga jualan.
Jadi, Berapa banyak duit yang boleh dibuat?
Bergantung! Setiap link yang dijual diwebsite anda adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti, bilangan trafik yang terdapat di blog anda, tema/topik blog anda serta kepopularan link di blog anda. Semakin banyak trafik ke blog anda, semakin tinggilah harga iklan “text-link” di blog anda. Setiap satu link, boleh dijual dengan hargaUSD10 dan kadangkala oleh mencecah sehingga USD500.. semuanya bergantung kepada faktor yang telah saya sebutkan tadi.
Selain buat duit dengan menjual ruang iklan berbentuk text-link di blog anda menerusi Text-Links-Ads.com , anda juga boleh buat duit dengan menyertai program affiliate mereka. Dimana, jika anda berjaya mencari orang untuk menggunakan perkhidmatan mereka, sama ada sebagai advertiser ataupun publisher, anda akan diberi komisyen sebanyak USD25. Agak lumayan juga…
Semua bayaran, akan dibuat melalui Paypal dan check pada setiap 1hb.
Jadi.. usah berlengah lagi.. daftarkan segera blog anda di Text-Link-Ads
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



March 24th, 2007 at 8:33 pm
Untuk Join TLA, ada syarat trafficnya jugak untuk masuk. Biasanya sekurang-kurangnya page rank 3 ke atas barulah diluluskan.
March 24th, 2007 at 8:34 pm
*untuk diluluskan
March 26th, 2007 at 4:35 pm
owh kalo page rank ke-3 je… mcm sy yg baru lg ni lmbt agi la ye nampaknye…
March 28th, 2007 at 11:09 am
takpe, slow2..
April 1st, 2007 at 8:33 pm
Saya ada kongsi pasal TLA ni di blog saya.
Untuk bulan Mac 07 ni, dapatlah sikit.
April 5th, 2007 at 10:28 am
Rahsia buat duit dengan blog…
Ramai yang telah mengetahui kita boleh menghasilkan duit dengan blogging. Dan saya rasa ia bukannya satu rahsia lagi kerana ada di antara rakan-rakan kita yang menjadi fulltime blogger.
Di sini saya tidak akan menceritakan apa-apa pun tentang blogging,…
April 21st, 2008 at 12:24 pm
Assalamalaikum,saya ni baru menjerumuskan diri dalam bidang buat blog ni.Adsense saya dah lulus.tapi yang peliknya pada 15 dan 16 april tu saya tengok ade lah sikit orang klik dan dibayar 10 cent sekali kilik tapi pada 18 dan 20 april adalah 100 klik tapi dibayar 2 cent aje untuk 1 kilk.Kenapa ye?Tolonglah beritahu sikit en.mohd suhaimi kenapa jdi begitu.blos saya http://jutawan-teachers.blogspot.com
April 21st, 2008 at 12:26 pm
Saya pandai buat blog selepas beli buku Rahsia Bloggers dari en.Mohd.Suhaimy.tapi tu lah ada juga beberapa perkara yang saya tak faham..