Buat Duit Dengan Menulis Artikel
Buat Duit May 24th, 2008Salamz. Bagi yang telah membeli buku Rahsia Blogger kami, anda mungkin telah membaca dan terdedah kepada beberapa agensi pengiklanan internet yang didedahkan dalam buku tersebut. Malah terdapat ratusan lagi syarikat pengiklanan internet yang terdapat dalam alam maya ini. Anda cuma perlu berhati-hati dalam memilih sesuatu agensi pengiklanan supaya tidak tertipu kelak.
Salah satu cara menjana wang melalui blog ialah melalui penulisan artikel berbayar. Kadangkala, sekiranya blog anda mendapat pengunjung yang ramai, anda mungkin dihubungi orang perseorangan untuk menulis mengenai pendapat anda berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tetapi, amat jarang sekali kita mendapat sesuatu tugasan sebegitu. Oleh itu, perkara mudah ialah dengan mendaftarkan blog anda kepada beberapa agensi yang boleh mencarikan anda para pembeli yang ingin membeli post berbayar dari anda.
Berikut merupakan 3 agensi pengiklanan terkenal yang menjadi tumpuan para pembeli artikel berbayar:
PayPerPost

Anda boleh menggunakan khidmat PayPerPost untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis mengenai sesuatu laman, produk mahupun perkhidmatan. Tetapi, dukacitanya, mereka hanya menerima laman berbahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Pembayaran melalui PayPal.
Sponsored Reviews

Penulisan artikel anda berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak pembeli samaada menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan secara positif ataupun negatif. Kadar bayaran ditentukan oleh PR dan ranking blog anda. Blog bahasa Malaysia diterima oleh SponsoredReviews. Pembayaran melalui PayPal.
Blogsvertise

Anda hanya perlu memasukkan sebanyak tiga link ke sesuatu khidmat atau servis dan anda akan mendapat bayaran setimpal dengannya. Saya masih tidak pasti samaada perkhidmatan ini membolehkan blog berbahasa tempatan menyertainya ataupun tidak.
Selain daripada ini, terdapat juga servis dari agensi lain seperti Smorty dan Pay U2 Blog. Selain daripada itu, anda juga boleh menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan dan menyertakan link affiliate anda sekali. Penulisan yang kukuh mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan boleh membuatkan pembaca terpikat dan membeli melalui link affiliate anda.
Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


May 26th, 2008 at 3:11 am
Buku Rahsia Blogger telah saya baca dan buat ulasan dlm blog saya. 3 pengiklanan ini lanjutan isi buku.
Tolong terang langkah demi langkah sign up atau urusan account. Ini memudahkan semua dan rancakkan blog anda lagi!!!
Cadangan - cite la pasal video blog
June 3rd, 2008 at 9:12 am
kalau nak jadi penulis kongsiblog pun dialukan.nanti saya bayar jugak
June 11th, 2008 at 8:17 am
Nampaknya berlumba-lumba rakyat malaysia berkecimpung dalam dunia blogger. Tapi diingatkan jangan pulak buat blog yang kandungannya tak senonoh…Selamat maju jaya.
ARB Dagang.com
http://www.informasi.arbdagang.com
June 12th, 2008 at 5:57 am
Salam…bro…saya dah pun hantar kepada mereka untuk review dan link blog saya…tetapi jawapan mendukacitakan…mereka hanya artikel atau blog berbahasa English sahaja..dan selain dari bahasa English mereka tak terima ..