Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 2
Blog Niche, Buat Duit October 28th, 2008Sambungan daripada ‘part 1’: Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 1
Apakah itu servis atau perkhidmatan? Baik. Terlebih dahulu… kita perlu tahu akan asas ini.
Servis atau perkhidmatan adalah satu usaha yang melibatkan usaha daripada seseorang (pemberi servis) kepada usaha yang dipinta oleh seseorang (pelanggan servis). Sebagai contoh, jika seseorang itu perlukan perkhidmatan untuk bina (setup) blog. Akan ada orangnya yang sediakan servis sebegitu… Jika seseorang perlukan perkhidmatan runding kewangan peribadi. Akan ada orangnya yang sediakan servis sebegitu.
Seperti yang saya katakan di post yang lalu… cara buat duit ini dapat mencecah sehingga 4 angka! Walau dengan hanya satu servis sahaja! Mustahil…??? Ini tidak mustahil jika kena dengan caranya. Dan, di antara caranya adalah dengan ‘membina servis anda dengan bina kredibiliti anda di blog’.
Mengapa blog? Baik. Seperti umum ketahui… blog merupakan satu fenomena terkini. Malahan… ahli politik pun dah mula nak blogging! Jadi… alang-alang menulis blog, biar sampai dapat duit… Itu lebih bagus bukan! (hmmm… seperti pernah dengan ungkapan itu ya…) Jadi, jika anda ada servis untuk dilakukan, binalah kredibiliti anda dengan blogging.
Susah ke nak bina kredibiliti kita di blog untuk bina servis kita ni…?
Baik. Mari kita buat sedikit analisa.
Blog Mohd Suhaimy (a.k.a. Shuth)
Mohd Suhaimy atau lebih mesra dengan panggilan, Shuth, sememangnya terkenal di dalam dunia internet tempatan. Selain Shuth mempersembah kepada kepakarannya di dalam dunia pengurusan kewangan, Shuth juga adalah pakar di dalam dunia perniagaan internet. Kejayaan WangCyber.com telah membuktikannya. Jadi, tidak mustahil jika servis yang disediakan Shuth sememangnya berkualiti dan berkesan:
- http://www.mohdsuhaimy.com/talks/
Blog Mohd Zainuddin Che Ismail (a.k.a. Din Beramboi)
Blog ini sememangnya menumpukan usaha untuk memperbincang dan memperkongsi segala info dan tip cari duit di internet. Malah, Din juga menunjukkan bahawa servis yang diberinya amatlah terbukti dan berkesan… Ini tidak terjadi sekiranya dia sendiri tidak lakukannya. Servisnya:
- http://blog.dinberamboi.com/service-vcc/
Blog Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (a.k.a. En. Dlie)
Walaupun blog En. Dlie adalah blog tentang dunia pengurusan kewangan peribadi, tetapi, En. Dlie juga berkemahiran di dalam servis yang dia lakukan. Malah, telah memang ada testi-testi yang puas hati dengan servis yang dijalankannya. Lagi bukti kepada servisnya ini adalah produk-produk yang dihasilkan sendiri…. Saya percaya, hampir kesemua proses pembangunan produk-produknya adalah hasil usahanya sendiri! Servisnya:
- http://petuajimatduit.com/khidmat-setup
Blog Syed Mohd Saiful Ikhwan (a.k.a. Syed Ikhwan)
Satu nama besar di dunia internet tempatan. Sebuat sahaja namanya… pasti orang akan ingat kepada ‘master adsense’! Nah… begitulah hebatnya jika telah dapat kita membina kredibiliti di dunia internet ini. Cuba klik link di bawah… (servisnya). Nah… bukankah benar saya cakapkan… dengan satu usaha sahaja… ia telah terbukti membolehkan cara buat duit ini, mencecah sehingga 4 angka!
- http://www.syed-ikhwan.com/private-coaching
Blog Mohd Zulfadli bin Suddin (a.k.a. SmartZul)
Sedikit berbeza dengan analisa-analisa di atas… blog Zul ini adalah terbinanya dengan produk digital yang dihasilkannya. Zul juga telah berjaya menempa nama yang besar di dalam dunia perniagaan internet tempatan. Cuba bayangkan… jika Zul mula (atau telahpun lakukan…) mahu buat servis setup blog ataupun coaching khas berkenaan blogging… pasti akan terus meletup bukan! Mengapa saya berani katakan begini… kerana kredibiliti Zul telah terbina sejak dari awal lagi!
Nah… secara umumnya… memang banyak yang kita dapat lakukan dengan blogging. Asalkan kita kreatif dan berusaha, InsyaALLAH, akan membuahkan hasil. Di atas… hanyalah sekerat contoh sahaja. Sememangnya telah ramai telah lakukan ini. Anda… bila lagi?!
Post ini telah ditulis oleh : a.k.a copernicus
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















October 28th, 2008 at 7:10 pm
Hehe..nama saya pun ada? Tq untuk review ni..
October 30th, 2008 at 6:39 am
Saya pun tersenarai juga…! Terima kasih kepada yg menulis.. thanks…
November 14th, 2008 at 7:36 am
bestnye kalau pakar suggest nama kita.bertambah lah kredibiliti nye.Macam saya ni baru je nak berjinak-jinak.jauh sangat tertinggal ni.