Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 1
Blog Niche, Buat Duit October 27th, 2008Di dalam bidang perniagaan internet, umumnya ia terbahagi kepada 3 bentuk; iaitu perniagaan produk fizikal, perniagaan produk digital dan juga perkhidmatan.
Perniagaan produk fizikal melalui internet adalah menarik. Sebagai contoh, jika anda mempunyai apa-apa produk fizikal (produk yang zahirnya nampak, boleh disentuh – seperti produk-produk di dunia luar), maka anda boleh membangunkan kedai online anda sendiri. Bagaimana untuk bangunkannya, telahpun dibincangkan sebelum ini. Selain itu… anda juga boleh menjalankan perniagaan produk fizikal ini di mana-mana laman web yang menyediakan proses lelongan; seperti di ebay.com.my ataupun di lelong.com.my.
Perniagaan produk digital pula adalah lebih menarik. Ia adalah cara buat duit terpanas (tetapi banyak diceburi oleh usahawan internet – bermakna banyak saingan) . Ini kerana, ianya lebih mudah. Bagaimana tu ya…? Baik. Katakanlah anda berkemahiran di dalam sesuatu bidang… Jadi, anda boleh hasilkan ebook atau video berkenaan kemahiran anda itu! Sebagai contoh, anda mahir buat pizza (dengan sedapnya…). Jadi, mengapa tidak buat ebook berkenaan ‘bagaimana membuat pizza yang sedap’ ataupun ‘bagaimana buat pizza dalam masa 10 minit’!
Perniagaan produk fizikal dan perniagaan produk digital sememangnya telah melahirkan ribuan usahawan internet yang berjaya.
Tetapi… satu lagi bidang yang jarang-jarang diceburi oleh kebanyakan usahawan internet tempatan, adalah bentuk perniagaan yang menawarkan servis menerusi internet.
Tahukah anda, perniagaan internet yang berbentuk servis atau perkhidmatan melalui internet, selalunya lebih lumayan, dan kadangkala, mampu mencecah bayaran sehingga 4 angka dengan hanya mengambil satu servis sahaja! Nah…. inilah antara lubuk atau platform lain, dalam cara buat duit melalui internet.
Kita berjumpa lagi di part 2…
Post ini telah ditulis oleh : a.k.a copernicus
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-























