Bina Kredibiliti Melalui Blog
Buat Duit February 10th, 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca rahsia blogger sekalian? Harap berada dalam keadaan yang sihat waalfiat. Apakah tujuan anda sebenarnya membina blog sendiri? Adakah semata-mata kerana wang? Adakah kerana ingin kaya dengan blogging? Ya, tidak salah jika itu yang anda inginkan namun tahukah anda bahawa blog juga merupakan salah satu cara membina kredibiliti.
Saya pada awal pembabitan dalam perniagaan Internet saya memandang enteng tentang dunia blog. Saya rasa berblogging adalah membuang masa. Saya langsung tidak minat blogging dan saya mula mengkaji kenapa usahawan Internet luar negara mahupun dalam negara mempunyai blog mereka yang tersendiri.Kenapa?
Adakah mereka mahukan duit?
Mereka dah dapat banyak duit dengan produk yang mereka hasilkan.
Adakah mereka membuat blog hanya untuk menjadi kaya?
Eh, mereka kan dah banyak duit. Kalau banyak duit mesti la dah kaya.
Rupanya mereka membina blog untuk membina kredibiliti mereka. Mereka ingin membina satu jenama yang dapat disemat oleh setiap pembaca blog mereka. Jika SmarZul tidak berblog.. adakah anda akan membeli produk-produk beliau? Sudah tentu agak sukar kerana anda tidak dapat mengenali dengan lebih dekat siapa itu SmartZul. Selain daripada membina kredibiliti, usahawan-usahawan Internet ini juga mendidik para pembaca beliau agar mempercayai yang beliau merupakan pakar dalam bidang tersebut. Setelah kepercayaan anda terhadap mereka tidak berbelah bahagi.. mereka akan mula melancarkan produk dan wow! hasil yang diperolehi usahawan-usahawan Internet ini cukup lumayan. Harap anda faham mengapa blog sangat penting pada masa kini.
Semuanya tentang kepercayaan dan kredibiliti. Binalah blog anda sekarang!
sekian
Post ini telah ditulis oleh : Adly Mukhtar a.k.a labanon
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















February 13th, 2008 at 5:10 am
yup. saya setuju!
March 26th, 2008 at 4:12 pm
yap. itu penting. Tapi masalahnya. Tak ramai orang suka tulis blog. Betul ka?
April 8th, 2008 at 3:12 am
Salam sejertera:
Bersama-sama kita dalam usha-usha
memajukan diri.Bertukar-tukar pendapat
juga mencari sesuatu yang berguna.sentiasa bersama dalam rakan-rakan blog lain.
May 8th, 2008 at 8:09 am
Salam,..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yg tahu kan?? Selagi ada usaha dan rajin berusaha tanpa berputus asa, selagi itu peluang dan ruang ada untuk kita. Ya, saya setuju.. di samping itu boleh bertukar pendapat dgn rakan2 blog yg lain.. boleh kan??
August 26th, 2008 at 8:09 am
thanx for that idea
March 22nd, 2009 at 11:04 am
Tengah membina Kredibiliti.Terima kasih labonan.