Twitter.. blog micro?

Tips Blog 12 Comments »

Twit.. twit..

Kebelakangan ini,  agak heboh juga orang bercerita pasal twitter (www.twitter.com), apakabendanya twitter ini sebenarnya? Minggu lepas saya cuba luangkan masa sehari untuk belajar , explore dan memahami apakah sebenarnya twitter ini.

Setelah diteliti… ini hasil yang saya perolehi mengenai Twitter.

Twitter ini sebenarnya tidak banyak beza dengan blog. Ianya adalah sebuah website penyedia blog seperti blogger. Apa yang beza dan uniknya mengenai twitter ini ialah :-

  • Setiap post yang dihantar hanya boleh sepanjang 140 huruf sahaja , sebab itu ia dipanggail sebagai “micro blogging”
  • Selain boleh menghantar post menerusi web, anda juga boleh menghantar post menerusi sms (mobile phone) , instant messaging (gTalk, MSN)
  • Tiada option untuk “comment”

Satu persoalan yang timbul, “Kalau dah ada blog, kenapa nak buat twitter lagi? Macam buang masa je!”…

Ya! itulah persoalan yang pertama muncul di fikiran saya apabila mengetahui “apa itu twitter”, tetapi apabila difikir-fikirkan semula… ia sebenarnya bergantung bagaimana kita mahu menggunakannya.

Saya telah mendaftar dan menggunakan twitter di blog saya MohdSuhaimy.com , saya rasa, ianya sesuatu yang menarik. Ini kerana, saya agak jarang berkesempatan untuk mengupdate blog saya dengan entry yang panjang-panjang. Oleh itu, dengan adanya twitter, saya boleh menghantar “Mesej pendek” di blog saya,  mengenai apa yang saya sedang lakukan sekarang. Dengan cara itu, saya rasa, ia serba sedikit dapat mengurangkan rasa kecewa pelawat-pelawat blog saya apabila mereka tiba di blog saya, dan kemudian mendapati, tiada post baru yang dimasukkan. Tapi dengan adanya twitter , dapat lah juga mereka tahu sikit-sikit.. apalah yang si mohdsuhaimy nie sedang buat sekarang?

Selain itu, saya juga telah mendaftarkan satu lagi twitter untuk sempoihosting. Paparan mesej twitter tersebut, saya letakkan di bahagian “Berita Terkini”  , ini sekaligus memudahkan saya untuk menyampaikan berita-berita terkini mengenai sempoihosting kepada pelanggan dan pelawat. Kadang-kala, server sempoihosting mengalami kegagalan dan “down” untuk sementara waktu. Sewaktu down itu pula, sudah tentunya web sempoihosting juga tidak dapat dibuka. Oleh itu, ia agak sukar sedikit untuk saya memberitahu pelanggan-pelanggan saya mengenai berita tersebut. Tetapi dengan twitter, saya berharap, berita mengenai server yang sedang “down” untuk sementara waktu dapat disampaikan. Dengan syarat, mereka mestilah menjadi follower kepada twitter sempoihosting.

Jadi, semuanya terpulang kepada anda, bagaimana anda mahu menggunakannya. Ataupun hanya membiarkan sahaja ia berlalu tanpa perlu ambil tahu kerana merasakan ianya tidak begitu relevan untuk anda pada waktu ini.

Apa-apa pun, bagi saya, masih ada banyak lagi potensi yang ada pada Twitter yang boleh dibongkari.

Selamt mencuba!

(video) Apa itu blog?

Asas Blog 5 Comments »

Saya menjumpai satu video menarik yang menerangkan tentang “apa itu blog”? Enjoy!

Book Talks @ MPH , Midvalley

Uncategorized 3 Comments »

Esok, 9 Ogos 2008,  Mohd Suhaimy (shuth) & Farid akan berada di MPH Bookstore , Midvalley . Pada pukul 1.00 – 2.00 petang untuk sesi “Book Talks”  buku Rahsia Blogger.

Semua pembacapembaca blog ini dijemput hadir untuk menyaksikan sesi book talks tersebut.

Jumpa anda disana!

Kementerian Penerangan Malaysia pun ada blog?

Uncategorized No Comments »

Hari ini sewaktu saya melawati website Berita Harian, saya terbaca mengenai satu berita yang menyatakan “Kementerian Penerangan Malaysia” kini sudah memiliki blog. Tujuannya adalah sebagai satu medium dan saluran interaksi antara rakyat dengan kementerian tersebut.

Apabila saya melawati blog tersebut di www.myblog.gov.my , saya mendapati, blog ini rupa-rupanya sudah diwujudkan sejak bulan May 2008 lagi. Isu-isu yang diketengahkan juga agak menarik. Tetapi tidak banyak maklumbalas yang diterima, mungkin orang ramai masih belum tahu mengenai kewujudannya.

Saya melihat ini sebagai satu langkah yang positif diambil oleh kementerian penerangan malaysia, namun begitu, sejauh mana pandangan-pandangan rakyat yang dilontarkan di dalam blog tersebut didengari oleh pengurusan tertinggi kementerian penerangan malaysia?.. tidak diketahui.

Tutorial Membuat Email Subscription

Uncategorized 5 Comments »

Ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana hendak membuat “kotak subscribe RSS menerusi email” seperti yang terdapat di bahagian menu sebelah kanan blog ini. (Ala.. kotak yang tulis “Sila masukkan email anda dibawah jika inginkan post-post terbaru dihantar terus ke email anda.” tuu) . Percaya atau tidak, kaedah subscribe RSS terus ke email, adalah lebih berkesan untuk blog-blog yang mensasarkan rakyat Malaysia sebagai pembacanya.

Untuk membuat kotak seperti itu, anda perlulah mempunyai akaun FeedBurner . Saya pernah menulis tutorial ringkas berkenaan hal ini. Tetapi, hari ini, saya ingin tunjukkan anda video bagaimana melakukannya.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in