Cara Install Plugins di Wordpress2.7

Tutorial Blog, plug-in 9 Comments »

Salah satu ciri yang ter”amat” saya suka di dalam wordpress versi terkini ini (wordpress2.7), adalah ciri memasang “plugins”nya yang teramat-amat mudah.

Dengan beberapa klik sahaja! anda sudah boleh meng”install” dan mengaktifkan plugin di blog wordpress anda. Tidak perlu lagi mendownload, meng”extract” dan mengupload lagi seperti dolu-dooluu.

CARA INSTALL PLUGINS @ WORDPRESS 2.7
====================================

1. Login ke dalam control panel anda dan lihat pada bahagian dashboard. Di page dashboard, terdapat satu colum yang dinamakan “plugins”. Disini, plugins yang menarik akan dipaparkan secara rawak.

plugins

Read the rest of this entry »

Jual Links di Blog Anda!

Buat Duit 18 Comments »

Di dalam buku “Rahsia Blogger” , saya ada berkongsikan salah satu teknik membuat duit menerusi blog, iaitu, dengan menjual link di blog anda menerusi website Text-Link-Ads.com

tla

Ada yang beranggapan, menjual link menerusi Text-Link-Ads.com adalah tidak berkesan, alasan yang diberikan, blog mereka berbahasa melayu dan ia akan menjejaskan Google PR (page rank) blog mereka.

Tetapi, hakikatnya, dibawah adalah hasil yang saya perolehi menerusi Text-Link-Ads.com menggunakan blog saya yang berbahasa melayu sejak Januari lalu. Dan apa yang lebih menyeronokkan, Pr3 yang diperolehi oleh blog tersebut tidak pernah menurun, malah, kadangkala naik kepada PR4. Read the rest of this entry »

shuth @ truewealth open day!

Makluman 2 Comments »

Esok , 8 hb November 2008 (sabtu), saya akan berada di “Hari Terbuka Truewealth publishing” di pejabatnya di Dataran Glomac, Kelana Jaya. Saya akan memberikan “talk” berkenaan blog selama 30 minit, iaitu pada pukul 3.00ptg – 3.30 petang.

Selain saya, saudara Eruwan Gerry (Raja Lelong) , Gobala Krishnan, dan Azizi Ali juga akan turut memberikan talk mereka dengan topik-topik yang menarik.

Kepada yang berkesempatan, silalah hadir.

Maklumat lanjut, berkenaan majlis tersebut, anda boleh lawati http://www.millionairesplanet.com/twday.asp

P/s:- Saya masih lagi mencari idea, topik apa yang saya ingin perkatakan pada hari tersebut.. Oh!. Ada sesiapa boleh bagi cadangan?

Tidak boleh login ke admin wordpress

Tips Blog 3 Comments »
first day of class. and i'm not happy.

Image by ^^D i l a via Flickr

Fuh… lama betul blog ini tidak diupdate. Mohon maaf kepada semua pembaca-pembaca setia blog ini yang sentiasa menunggu kemunculan artikel terbaru.

Sebenarnya, beberapa minggu ini saya tidak dapat login ke dalam bahagian admin wordpress rahsiablogger ini, jesteru itu tiada post baru yang dapat saya lakukan. Pada mulanya saya fikir mungkin saya terlupa password, jadi, saya pun membuat “request forget password” , setelah mendapat password yang baru.. saya tetap tidak boleh login.. wah! cemas juga! kena hack ke?

Apa lagi, saya pun tanya pakcik G , alhamdulilah.. dalam masa 2 minit, saya dapat jalan penyelesaiannya. Kemungkinan besar masalah tersebut wujud akibat proses upgrade “plugin” yang saya lakukan sebelum ini. Mungkin ada plugin wordpress yang tidak “compatible” dan menyebabkan page login ke blog ini tidak dapat berfungsi dengan betul.

Apa lagi..

1) Saya login ke akaun webhosting saya menggunakan software FTP

2) Pergi ke folder “plugin” bagi wordpress yang terletak di “public_html > wp-content > plugins”, download folder tersebut ke komputer sebagai backup

3) Setelah backup, saya delete fail plugin yang terdapat di dalam folder tersebut satu persatu, dan kemudian cuba login.

Alhamdulilah, setelah saya delete satu fail yang bernama “error_log” dan “wp-db-backup.bak” , terus saya boleh login semula ke bahagian admin blog ini. Rupa-rupanya, fail tersebutlah yang membuat “onar”. Hu! hu!..

Fuh.. selesai masalah.

Saya menulis masalah ini disini hanyalah sebagai makluman, manalah tahu esok lusa ia terjadi kepada anda pula..  tak perlulah anda panik pula.. :) mesti anda dah tahu apa nak buat!

P/s:- gambar sekadar hiasan.. ho! ho! ho!

Reblog this post [with Zemanta]

Rahsia Blogger masuk carta Bestseller!

Makluman 11 Comments »
Carta Bestseller MPH (klik untuk gambar yg lebih besar)

Carta Bestseller MPH (klik untuk gambar yg lebih besar)

Setelah lebih 6 bulan berada di pasaran, minggu lepas, buku “Rahsia Blogger” tiba-tiba masuk carta top 10 best seller bagi kedai buku MPH. Saya pun tidak pasti apakah faktor utama mengapa tiba-tiba ramai pula yang membeli buku ini. Mungkin ramai yang sudah nampak potensi bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan sampingan untuk mereka.

5-6 bulan lepas, memang susah juga saya nak jumpa buku ini di MPH, kalau ada pun hanya 1-2 buah sahaja. Tetapi, minggu lepas, apabila saya ke MPH dan menyemak buku ini di dalam katalog komputer mereka, saya dapati MPH ada menyimpan stok sebanyak 20 buah untuk buku judul “Rahsia Blogger” ini.

Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah banyak memberikan sokongan dengan mendapatkan buku ini.

Semoga buku tersebut dapat memberikan anda manfaat dan seterusnya membolehkan anda menjana pendapatan dengan blog anda!

Terima kasih.

Reblog this post [with Zemanta]

WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in