Blog belum dapat tandingi pengaruh TV, akhbar?
Keratan Akhbar 1 Comment »LAMAN web dan blog di internet adalah media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya umum 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.
Hasil kajian bertajuk ‘Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008’ turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima golongan kelas pertengahan dan bawah.
Kajian dilakukan Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu, turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.
“Selepas dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.
“Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang, begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah,” kata Dr Baharuddin.







