Berblog: Hobi atau Duit??

Asas Blog 8 Comments »

Setelah agak lama tidak menyumbang artikel ke blog ini hari ini saya sudah berkesempatan untuk menulis lagi setelah final exam selesai.

Berblog kerana hobi atau kerana duit? Itulah persoalan yang saya cuba ketengahkan pada artikel kali ini. Kenapa saya mengeluarkan persoalan sebegini?

Ini kerana saya yakin dan pasti ramai yang gagal untuk menjana pendapatan dari blog. Berblog semestinya berkait rapat dengan penulisan artikel. Ada sesetengah orang berblog kerana hobi dan mereka, tidak kisah sama ada dapat duit mahupun tidak daripadanya. Namun begitu, ramai juga yang menjadikan DUIT sebagai tujuan utama mereka berblog.

Saya tidak mengatakan ianya salah untuk anda menjadikan DUIT sebagai tujuan utama anda, namun ramai yang gagal dan kerana kecewa apabila DUIT yang mereka harap-harapkan tidak berkunjung tiba.

Ini sering terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru.

Walaupon berblog kerana duit, kita perlu juga menjadikan penulisan blog itu sebagai hobi. Perkara ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi diri kita dan seterusnya tidak berhenti menulis blog sekadar sekerat jalan sahaja, sebagaimana golongan-golongan yang gagal ini.

Bagaimana untuk berjaya jika kita mudah berputus asa?

Secara jujurnya, saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menjana 1dollar pertama saya dari blog. Namun ketika saya baru bermula saya menjadikan berblog ini sebagai hobi dan update setiap masa paling kurang seminggu sekali.

Tidak perlu sayang duit anda dengan membeli ebook-ebook mengenai blog ataupon ebook-ebook yang dapat menjana wang melalui internet. Namun berjaga-jaga jika ingin membeli kerana banyak saja ebook-ebook pada masa kini yang indah khabar dari rupa. Jadi untuk mengelak dari perkara ini berlaku sentiasa bertanya di forum seperti wangcyber.com

Sebelum saya akhiri artikel kali ini saya ingin berkongsi satu laman web yang bagi saya agak berguna untuk anda yang baru berblog terutamnya yang menggunakan blogspot. Semua asas berblog saya rasa ada didalam blog ini.

tips-for-new-bloggers.blogspot.com

Banyak perkara yang boleh dipelajarii dari blog ini.

Selamat berblog!!!

Sebenarnya tiada jalan mudah untuk berblog ini, kita perlu sentiasa menambah ilmu untuk memantap lagi diri kita dengan ilmu berblog.

Blog Tanpa Pelawat Umpama Pokok Tanpa Buah

Blog Trafik 4 Comments »

Salam,

Saya yakin dan pasti kebanyakkan blogger-blogger baru sekarang minat berblog kerana dikhabarkan begitu banyak peluang untuk menjana pendapatan di internet menerusi blog.

Namun, tidak kurang yang mengalah di tengah jalan dan akhirnya blog yang dibuat sebegitu cantik dengan design yang menarik ditinggalkan sebegitu saja gara-gara berputus asa.

Jadi, punca kegagalan berblog biasanya disebabkan kurangnya pelawat ke blog kita. Disini saya cuba senaraikan beberapa teknik yang saya sendiri gunakan sebagai seorang yang masih newbie.

Antara teknik yang saya gunakan untuk beberapa blog saya:

1. Link Exchange

Link Echange antara teknik yang berkesan bagi saya yang pada permulaan saya berblog kerana saya tidak mahir mengenai SEO pada permulaan saya berblog dan masa ini pun saya masih tidak mahir mengenainya. Blog pertama saya pada masa itu berkenaan download MP3. Jadi saya mencari beberapa blog yang berkaitan download mp3 untuk meminta di link exchange. Ada juga beberapa blog yang tidak berkaitan mp3. Hasilnya, sehingga kini blog mp3 saya mendapat pelawat tidak kurang dari 40 sehari dan agak saya sendiri agak terkejut blog mp3 saya mendapat PR1 sekarang tanpa saya membuat update dan promosi yang gila-gila.

2. Youtube

Teknik ini pula saya gunakan pada sebuah blog koleksi upin ipin di blogspot. Di blog ini saya hanya menggunakan youtube sebagai punca trafik utama saya. Kesannya blog ini mendapat rank alexa 2.9juta tidak sampai 2bulan. Saya baru je buat pada bulan ramadhan yang lepas. Apa yang saya lakukan, saya tidak merakam sendiri video-video ini di TV tetapi saya download di youtube kemudian upload balik ke youtube. Saya tidak edit dengan meletakkan link blog saya di video tersebut kerana ini memakan masa yang agak lama. Jadi, saya hanya meletakkan link blog dibahagian video description. Pada bulan ramadhan yang lepas pelawat ke blog tersebut dapat mencecah 100 sehari dan maintain dengan 40 sehari pada masa sekarang tanpa melakukan promosi lagi.

3. Komen di blog

Komen di blog yang mempunyai pelawat yang ramai juga agak berkesan. Lagi berkesan jika setelah kita komen diblog tersebut diakhir komen kita akan keluar mazuki’s last blog post..Make Easy Money with matched.co.uk. Kalau blog tersebut sebegitu kompem saya akan komen. Komen anda juga perlulah membina serta berkait dengan post yang dibuat.Ingat Jangan sesekali SPAM. Anda sebenarnya boleh juga untuk membuat backlink ketika memberi komen di blog lain dengan menggunakan smiley. Ini teknik Blackhat la saya dapat dari forum luar. Jadi sebab ini teknik blackhat tak perlu bagitau la kot.

4. Siggy di Forum

Saya join beberapa forum dan yang paling aktif di forum wangcyber. Jadi bila anda aktif di sesuatu forum jangan lupa untuk membuat signature dan linkkan ke website/blog anda. Cara ini saya lakukan pada blog baru saya yang menggunakan wordpress. Jadi, pada signature, saya buat sedikit ayat yang menarik perhatian seperti “Download Ebook Free” , “Free WordPress Theme” atau pon apa-apa saja mengikut kreativiti anda. Jangan lupa Update ayat Signature anda. Mungkin ini jarang orang buat, cara ini juga boleh menarik perhatian rakan-rakan anda apabila anda menukar ayat di signature anda. Contoh ayat yang boleh dibuat “Aku baru Tukar Theme Baru”. Ini contoh jela…kalau anda betul-betul dan tukar la.

5.Twitter

Saya rase ini tidak perlu untuk diterangkan sangat sebab semua orang dah banyak bercakap mengenai twitter.

6. Buat Pertandingan

Teknik ini ramai yang buat sebab teknik ini sangat berkesan. Saya sendiri pun pernah melakukan nya ketika raya baru-baru ini berkenaan dengan ucapan raya kreatif. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk duit. Memberi ebook atau pon apa-apa yang dirasakan sesuai.

7. Shout Mix/box

Saya suka lakukan shout di blog yang mempunyai shout box. Ini kerana cara ini sangat mudah dan senang untuk pelawat yang datang ke blog tersebut menyedarinya. So, jangan malas nak shout, biasanya kalau nak spam kat bahagian shout mix ni pon saya tak kesah. Tak tau la kalau orang lain macam mana kan.

Ini jela kot teknik-teknik yang percuma yang saya lakukan. Diharap membantu newbie-newbie yang baru berblog.

Tiada Pelawat Tiada La Duit yang korang dapat. Visitor = Money.

Limpahkan Akaun Paypal Anda dengan Duit dari Twitter

Blog Trafik, Buat Duit 3 Comments »

Salam,

Seperti yang telah saya janjikan, entry kali ini saya akan memberikan info Bagaimana Buat Duit dengan Twitter.

Apabila profile twitter anda mempunyai ramai follower, secara tidak langsung akaun twitter anda akan mempunyai nilai tersendiri.

Contoh yang saya ambil akaun twitter shuth.

Nilai akaun twitter shuth pada masa entry ini ditulis bernilai $2.74/month dan twitter saya bernilai $30.18/month.

Jadi bagaimana pula twitter ini dapat memberi pulangan kepada kita?

Twittad dot com menyediakan satu program dimana kita  menyewa profile twitter kepada pengiklan hanya dengan meletakkan 1 banner diorang di profile twitter kita.

Harga kita sendiri tetapkan.

Jadi, jika harga yang kita kenakan adalah berpatutan tidak mustahil ada yang ingin mengiklankan di profile kita.

Banner yang diiklankan ialah jenis none clickable banner.

Untuk membuat anggaran nilai profile twitter kita saya menggunakan http://www.whatsyourtweetworth.com/.

Setakat ini akaun twitter saya belum lagi disewa oleh mana-mana pengiklan. Masih lagi dalam peringkat percubaan.

Jadi apa tunggu lagi daftar sebagai publisher di twittad dot com sekarang. You have nothing to lose.

Selamat Mencuba!!!

Pada entry seterusnya saya akan berkongsi pula…………..Rahsia!!!

Anda jenguk-jenguk la slalu ke sini.

Bagaimana untuk Mendapatkan “Follower” di Twitter dengan Cepat

Blog Trafik 3 Comments »

Salam,

Sebagaimana yang kita tahu dan beberapa post sebelum ini telah banyak menceritakan Apakah itu Twitter bukan?

Jadi, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips dalam twitter mungkin ramai yang tahu dan mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum lagi memaksimumkan trafik ke blog anda dengan menggunakan twitter.

Saya terus ke point yang ingin disampaikan.

Untuk memaksimumkan follower anda di twitter apa yang perlu kita lakukan ialah :

  1. Follow orang lain dahulu seberapa ramai yang mungkin ( maksimum following 2000)
  2. Follow orang-orang yang sememangnya mempunyai ramai follower kerana apabila anda follow seseorang yang mempunyai ramai follower saya yakin anda tidak lagi perlu follow orang lain selepas itu. Akaun anda akan sentiasa bertambah dengan follower.
  3. Jangan lupa untuk follow balik follower anda. Jika tidak, follower anda akan unfollow twitter anda dengan itu follower anda akan berkurang.

Twitter bukan sekadar di twitter.com, terdapat beberapa lagi website yang membantu untuk melancarkan akaun twitter anda. Disini saya ingin berkongsi 2 website dimana sangat penting bagi saya untuk memudahkan kerja di twitter.

1. http://dossy.org/twitter/karma/

Apakah fungsi sebenar website ini? website ini membantu kita untuk unfollow atau pon follow back orang yang follow kita secara bulk follow atau bulk unfollow. Kalau tak paham, cuba layari website tersebut dan baca sendiri. ;)

2. http://www.tweetlater.com

Website ini membantu anda untuk mengelola akaun twitter anda. Anda boleh tetapkan bila anda mahu update anda punya twitter. Jadi, anda boleh tetapkan untuk update secara outomatik akaun twitter anda.

Setakat ini dulu tips untuk kali ini. Untuk entry berikutnya saya akan berkongsi pula 1 website bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan twitter.

Jangan lupa untuk subcribe blog ini dengan memasukkan email anda di ruangan subscribe di sidebar sebelah untuk tidak terlepas tips pada entry yang berikutnya nanti.

Happy Twittering..(ayat sendiri tak tau betol ke tak) ahak!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in