Rahsia Blogger Masih Hidup

Makluman 4 Comments »

lawak blogMelihat blog ini semakin lama seperti rumah tinggal saya harap saya dapat meneruskan untuk update blog ini walaupun saya sendiri masih ada beberapa blog lain untuk di update.

Untuk memudahkan saya mencari idea dan memenuhi citarasa anda untuk mencari ilmu dalam berblog, saya ingin meminta pendapat/komen anda semua

Apakah Topik Yang Rahsia Blogger Perlu Tekankan untuk Masa Ini?

Saya akan cuba mana termampu dan mana yang saya tahu semoga kita dapat sama-sama berkongsi dan diharap dapat merasa duit dari internet.

Apa yang saya sarankan untuk kali ini jika anda masih belum mempunyai domain dan hosting sendiri rasanya sudah tiba untuk anda memilikinya.

Banyak hosting murah sekarang dan saya sendiri baru je menukar hosting ke sini.

Sempoihosting milik Shuth juga harga berpatutan. Pilih saja mana yang anda suka.

Jika tidak mempunyai modal, boleh dapatkan domain co.cc disini ianya percuma.

Jadi jangan lupa berikan komen mengenai topik yang perlu saya tumpukan mengenai blog di Rahsia Blogger.

CO.CC:Free Domain

Forum Plugin Untuk Wordpress

plug-in 5 Comments »

Lama juga rasanya saya tidak membuat post terbaru disini dan sedihnya tiada juga penulis lain untuk update blog ini ;) .

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca rahsia blogger mengenai plugin forum untuk wordpress.

Anda sebenarnya boleh membuat forum hanya menggunakan wordpress. Baru-baru ini saya telah pun mencuba untuk membina forum di blog selangor2u saya hanya menggunakan plugin.

Terdapat beberapa plugin forum menggunakan wordpress ini di internet dan anda boleh dapatkannya secara percuma. Klik sini 

Saya pernah mencuba beberapa plugin dan yang terbaik plugin yang saya jumpa ialah menggunakan plugin simple press forum.

Memang sukar sedikit untuk paham dan memahirkan mengenai fungsi-fungsi dalam plugin ini. Jadi anda perlu explore-explore dulu mengenainya. Try and Error.

Kelebihan plugin ini :

Plugin ini memang boleh dikatakan sama dengan fungsi forum sebenar seperti dapat letak signature,avatar upload,banner signature, private message.

Kelemahan plugin ini :

Anda mungkin akan mengalami masalah kepada blog anda selepas install plugin ini. Ini berdasarkan apa yang saya alami sebelum ini ketika install plugin ini di selangor2u. Masalah ini saya atasi dengan membina blog lain dengan subdomain forum di selangor2u dan blog ini khas untuk forum.

Selamat mencuba ;)

P/s : Kalau nak sembang pasal bola leh lawat forum saya selangor2u.com/forum

Buat Blog Adsense Tanpa Perlu Pandai Inggeris

Buat Duit 9 Comments »

Sebagaimana yang kita untuk menjana wang dari blog menggunakan iklan adsense kita memerlukan artikle dalam bahasa Inggeris.

Jadi ini merupakan masalah yang menjadi penghalang untuk kita menjana pendapatan dengan google adsense.

Kali ini saya ingin memberi 2 idea bagaimana anda tetap boleh menjana pendapatan dari google adsense dengan menggunakan bahasa enggeris yang minima. Anda masih perlu menggunakan bahasa enggeris tetap hanya membuat desciption.

Buat Photo Blog :

Anda boleh membuat photo blog dengan memasukkan gambar-gambar kemudian di bawah setiap gambar membuat sedikit description untuk gambar tersebut dalam english.

Dalam masa yang sama anda juga boleh mencuba program ini didalam photo blog anda. Setiap kali gambar anda di view anda mendapat hasil.

Buat Video Blog :

Sama juga dengan photo blog, video blog anda perlu memasukan kod-kod untuk video seperti video-video kelakar kemudian membuat sedikit desciption mengenai video tersebut.

Untuk mendapatkan video-video tersebut mungkin anda boleh ke youtube,myspace tv, friendster video. Ada juga di forum-forum menjual database video ini seperti anime dan TV series tetapi database ini hanya untuk pengguna wordpress.

Jadi saranan saya untuk berblog secara profesional gunalah domain sendiri.

Mengumpul Pembaca Setia Diblog

Asas Blog 11 Comments »

Membina blog, kebanyakan orang dapat melakukannya dengan mudah. Membuat design blog yang menarik juga ramai yang boleh melakukannya.

Mempromosikan blog? Ramai yang dapat melakukkannya tetapi lebih ramai yang kecundang.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke blog kita dan mengumpul pembaca setia.

Oleh itu, pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengumpul pembaca setia dan ini akan membantu serba sedikit di dalam mempromosikan blog anda.

Feedburner merupakan website yang selalu digunakan oleh blogger untuk mengumpul reader atau pembaca setia blog mereka. Ini kerana setiap pelawat yang subcribe di blog mereka akan mendapat update blog terus ke dalam email .

Dengan kaedah ini, anda akan mendapat pembaca setia blog anda. Namun begitu, anda perlulah membuat artikel yang menarik dan berkualiti bagi mengelakkan subcriber blog anda unsubcribe blog anda kelak.

Untuk mengumpul subriber menggunakan feedburner anda perlu register blog anda terlebih dahulu di feedburner.com.

Kemudian copy kod yang diberikan dan letak di mana-mana bahagian  blog anda yang mudah untuk pelawat blog anda melihat dan tertarik untuk subcribe.

Apa Anda Perlu Lakukan Sebelum Berblog?

Asas Blog 5 Comments »

Perkara AsasSebagaimana yang diketahui umum bukan senang untuk menjadikan blog anda popular dengan mudah tanpa membuat promosi yang berterusan selain dengan design dan content yang menarik.

Sebelum anda melakukan promosi blog anda, anda perlu ingat dan buat beberapa perkara sebelum datang beberapa perkara yang lain.

Sebelum setup blog anda, anda perlu tahu terlebih dahulu apa topik dan konsep blog anda. Sebagai contoh anda memilih topik Politik dan konsep mengutuk. Bermaksud anda bercakap mengenai politik didalam blog anda dan setiap artikel anda mesti ada kutukan . Itu yang saya maksudkan dengan konsep.

Setelah konsep dan topik serta blog telah disetup, cari theme yang menarik yang bersesuaian dengan topik blog anda. Untuk mendapatkan yang menarik kebiasaannya anda perlu mendapatkan theme yang berbayar. Untuk mendapatkan yang percuma ini memang sukar sedikit walaupon saya rasa banyak di internet. Anda boleh google untuk itu dan bertanya kepada rakan-rakan blogger anda.

Kemudian masukkan plugin-plugin asas yang penting.

Topik dah ada,konsep dan ada,theme dan plugin dah ada….Apa tunggu lagi buat beberapa artikel yang menarik dahulu. Jangan promosikan blog anda dahulu sebelum membuat apa-apa artikel.

Pada artikel lepas saya akan berkongsi beberapa teknik untuk promosi blog anda terutamanya blog yang dalam bahasa melayu.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in