Menjadi Popular

Tips Blog No Comments »

Satu perkara yang saya belajar (menerusi pemerhatian) daripada blogger-blogger popular adalah 

Menulis Subjek Yang Unik atau Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Sekiranya anda tidak dapat berbuat demikian, terimalah hakikat bahawa anda tidak akan menjadi blogger yang popular.

Baiklah, anda masih mahu menjadi blogger yang popular? Ikuti huraian saya di bawah.

Menulis Subjek Yang Unik

Pemilihan subjek adalah kritikal dan paling penting. Adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda menukar haluan blog anda dipertengahan jalan. Anda mungkin kehilangan pelawat sedia ada.

Cuba lihat blog-blog di sekeliling anda. Ada yang berkaitan masakan, ada yang berkaitan IT, ada yang berkaitan gadget terkini, ada yang berkaitan cari duit tambahan di internet, ada yang berkaitan penternakan dan berbagai-bagai lagi topik atau subjek yang dibincangkan.

Pilihlah subjek yang dapat anda tulis sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Jika tidak, anda akan mudah dihinggapi sindrom ‘writer’s block‘ iaitu keadaan di mana penulis tidak dapat menulis atau memulakan penulisan dalam tempoh yang sementara.

Tujuan menulis subjek yang unik adalah bagi memudahkan pemasaran blog anda. Pemasaran di sini adalah dari segi mulut ke mulut. Blog anda akan sentiasa diingati dengan 1 subjek sahaja. Dan pasti menjadi rujukan utama.

Ambil contoh, blog anda membuat ‘review’ setiap kereta buatan Proton. Subjek utama anda adalah ‘Kereta Buatan Proton’. Di dalamnya anda menulis tentang kereta-kereta yang dikeluarkan Proton, malah anda menguji setiap kereta keluaran Proton. Lebih baik lagi, anda melakukan tinjaun terhadap pengguna kereta Proton. Apakah hasilnya? Hasilnya, sesiapa yang mahukan maklumat tentang kereta Proton pasti tidak akan terlepas daripada melayari blog anda.

Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Baiklah, jika sekiranya subjek yang anda selesa untuk menulis berupa subjek popular, misalnya Politik di Malaysia, maka gunakan gaya yang unik bagi menjadikan blog anda lebih popular berbanding saingan anda.

Blogger Raja Petra umpamanya, popular kerana hasil tulisan yang dilihat mampu mencabar kredibiliti pemerintah. Husin Lempoyang pula dengan gaya satira politik. Penarik Beca dengan gaya teguran tanpa tapis terhadap pemerintah mahupun pembangkang. Contoh-contoh blogger ini saya sebutkan kerana mereka ini popular melalui gaya mereka.

Anda juga boleh begitu. Antara subjek popular yang lain adalah mengenai selebriti di Malaysia. Tulislah dengan gaya yang unik sama ada anda memilih untuk memuji, menghentam mahupun membuat gossip. Tetapi haruslah diingat, tema yang ke arah positif lebih bertahan lama berbanding tema negatif seperti menghentam, menyindir dan membuat gossip.

Pilihan ditangan anda. Tidak ada yang mustahil untuk menjadi blogger yang popular.

Nota: Saya juga mempunyai blog yang tidak popular di IyasIlias.com. Tetapi tujuannya adalah supaya saya dikenali ramai agar mudah saya berurusan di dalam perniagaan internet. Tidak seperti saya, sekiranya anda mahu menjana wang melalui blog, anda wajib memilih pendekatan popular.

Mudahkan Pelawat Anda Melakukan Carian

plug-in No Comments »

WordPress memang sedia terbina dengan fungsi carian. Tetapi fungsi carian sedia ada ini tidak begitu menyeluruh dan agak mengecewakan.

Mujurlah John Godley mencipta plugin Search Unleashed.

Plugin ini sangat hebat, ia seolah-olah menukar fungsi carian blog anda kepada enjin carian yang baru!

Antara feature yang ada pada plugin ini adalah:

  1. Carian teks secara menyeluruh termasuk operasi logikal dan carian ‘teks separa penuh’(wildcards)
  2. Mencari di post, page, komen, url, tag, dan meta-data(sungguh menyeluruh, boleh dikonfigurasi)
  3. Carian ke atas data setelah diproses oleh kesemua plugin yang aktif, bukan sebelum diproses
  4. Keyword carian di’highlight’.
  5. Keyword juga di’highlight’ jika carian datang dari Google,YahooMSNAltavistaBaidu, dan Sogou.
  6. Paling menarik, tidak perlu apa-apa pengubahsuaian pada theme anda.
Saya menggunakan satu theme WordPress yang tidak memaparkan apa-apa keputusan carian daripada fungsi carian siap terbina di dalam WordPress. Plugin ini dapat memaksa theme tersebut untuk memaparkan hasil carian saya! Betapa berkuasanya plugin ini. Anda boleh lihat demo secara langsung di sini.

Download plugin di sini.

Mudahnya Upgrade WordPress!

plug-in 1 Comment »

Tahukah anda, disebalik ramai yang sukakan WordPress, saya pernah membenci Wordpress dan berjanji tidak akan menggunakannya lagi?

Ini kerana WordPress tidak mempunyai kaedah atau modul untuk naiktaraf(upgrade) secara mudah! Betapa susahnya untuk upgrade WordPress, sehinggakan ada ebuku ditulis khas untuknya.

Tetapi kini tidak lagi. Menaiktaraf Wordpress adalah semudah klik, klik dan klik.

Terima kasih kepada Keith Dsouza yang mencipta Plugin Wordpress Automatic Upgrade.

Plugin ini dapat memudahkan proses menaiktaraf WordPress anda. Berikut adalah tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh plugin ini:

  1. ‘Back up’ file dan menyediakan link untuk mendownload file-file tersebut.
  2. ‘Back up’ database dan menyediakan link untuk mendownload database tersebut.
  3. Mendapatkan versi terbaru WordPress dari WordPress.Org
  4. Mengubah blog kepada keadaan penyelenggaraan(maintenance mode)
  5. Menyahaktif(de-activate) plugin-plugin yang aktif dan mengingatinya
  6. Menaiktaraf file-file WordPress
  7. Menyediakan link untuk anda melakukan instalasi naiktaraf
  8. Mengaktifkan semula plugin-plugin

Seperti saya katakan sebelum ini, anda hanya perlu klik, klik dan klik(dan jangan lupa baca dengan teliti sebelum klik :-) ).

Ingat, baca dengan teliti sebelum klik, insyaALLAH proses upgrade anda akan berjalan dengan lancar.

PERHATIAN: Sekiranya laman utama blog anda berlainan daripada tempat anda install WordPress, seperti

Laman utama: http://faredsyauky.com/

Install Wordpress di: http://faredsyauky.com/v2

Maka anda perlu masukkan file index.php kosong di dalam folder v2 tersebut.

Download Plugin di sini.

Saya mengalu-alukan sebarang soalan dari anda.

nota: saya akan ajar back up file secara manual dan back up database secara manual sekiranya terdapat permintaan.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in