Dapatkan Sekarang!

Traffic Ohh.. Traffic…

Blog Trafik, Tips Blog 4 Comments »

Macam mana kita nak dapat traffic yang tinggi pada blog? Antara tips yang perlu kita boleh pertimbangkan untuk memperbaiki traffic adalah:

1. Beri komen, pandangan serta cadangan pada blog yang berkaitan atau sama niche dengan anda.

2. Join forum-forum yang berkaitan dengan content blog anda…memang nampak susah tapi efektif.

3. Interview dengan blogger lain yang sama niche dengan anda. Contoh jika anda buat affiliate so.. interviewlah mereka yang telah berjaya dalam bidang berkenaan.

4. Bagi free produk. Tak kisahlah ebook ke ataupun report. Cara ini juga akan menaikkan traffic.

5. SEO, sudah tentu.

6. Promosi Offline, buat pada kad nama, surat khabar dan majalah. Cara ini memerlukan modal yang besar tapi effektif juga.

7. Jangan lupa educate pelawat anda.

Itulah tips yang dapat saya kongsi setakat ini. Pada kengkawan lain bolehlah kongsi sama.

Blog yang cantik, menarik , tertarik dan KEBABOOM!

Tips Blog 3 Comments »

Sering kali ramai yang bertanyakan saya macam mana nak dapatkan blog yang cantik dan menarik? Mudah sahaja! Berikut antara beberapa tips untuk men”da bomb”kan blog anda:

1. Template yang sesuai dengan content. Kalau niche blog anda adalah mengenai kucing, pastikan template anda ada unsur-unsur ke”kucing”an. Mungkin anda boleh letakkan 1-2 ekor gambar kucing yang gebu-gebu sebagai header di blog anda.

2. Font serta saiz yang sesuai dan mudah untuk dibaca mengikut kesesuaian content anda. Jangan terlalu kecil atau besar, biarlah sedap mata membaca. Kebiasaannya, saiz 10-12. Juga, jangan selalu mengubah saiz font, ini akan membosankan pelawat anda.

4. Jangan letakkan terlalu banyak link dalam content. Nanti pelawat anda akan feedup untuk buka link yang terlalu banyak. Seeloknya letakkan aje 1 atau maksimum pun 2.

5. Jika ada modal sikit bolehlah upah designer untuk buat blog yang customize.

So…jika rakan-rakan lain ada idea lain untuk memastikan blog kita cantik dan menarik bolehlah kongsi bersama.

Apa itu “Technorati”?

Asas Blog, Blog Trafik No Comments »

Jika Google dan Yahoo terkenal sebagai enjin pencari internet. Technorati pula lebih dikenali sebagai enjin pencari khusus untuk blog. Sehingga Disember 2006, index Technorati telah mencecah lebih 50 juta weblogs.

Technorati ditemui oleh Dave Sifry yang berpengkalan di San Francisco, California, USA.
dan pernah memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknikal dan Persembahan terbaik.

Bagi anda yang telah membina blog bolehlah “claim” blog anda di Technorati Signup dengan “claim” itu nanti blog anda akan lebih mudah untuk dijumpai oleh pelayar-pelayar internet sekaligus meningkatkan lagi traffik anda.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in