Dapatkan Sekarang!

Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 2

Blog Niche, Buat Duit 3 Comments »

Sambungan daripada ‘part 1’:  Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 1

Apakah itu servis atau perkhidmatan? Baik. Terlebih dahulu… kita perlu tahu akan asas ini.

Servis atau perkhidmatan adalah satu usaha yang melibatkan usaha daripada seseorang (pemberi servis) kepada usaha yang dipinta oleh seseorang (pelanggan servis). Sebagai contoh, jika seseorang itu perlukan perkhidmatan untuk bina (setup) blog. Akan ada orangnya yang sediakan servis sebegitu… Jika seseorang perlukan perkhidmatan runding kewangan peribadi. Akan ada orangnya yang sediakan servis sebegitu.

Seperti yang saya katakan di post yang lalu… cara buat duit ini dapat mencecah sehingga 4 angka! Walau dengan hanya satu servis sahaja! Mustahil…??? Ini tidak mustahil jika kena dengan caranya. Dan, di antara caranya adalah dengan ‘membina servis anda dengan bina kredibiliti anda di blog’.

Mengapa blog? Baik. Seperti umum ketahui… blog merupakan satu fenomena terkini. Malahan… ahli politik pun dah mula nak blogging! Jadi… alang-alang menulis blog, biar sampai dapat duit… Itu lebih bagus bukan! (hmmm… seperti pernah dengan ungkapan itu ya…) Jadi, jika anda ada servis untuk dilakukan, binalah kredibiliti anda dengan blogging.

Susah ke nak bina kredibiliti kita di blog untuk bina servis kita ni…?

Baik. Mari kita buat sedikit analisa.

Blog Mohd Suhaimy (a.k.a. Shuth)

Mohd Suhaimy atau lebih mesra dengan panggilan, Shuth, sememangnya terkenal di dalam dunia internet tempatan. Selain Shuth mempersembah kepada kepakarannya di dalam dunia pengurusan kewangan, Shuth juga adalah pakar di dalam dunia perniagaan internet. Kejayaan WangCyber.com telah membuktikannya. Jadi, tidak mustahil jika servis yang disediakan Shuth sememangnya berkualiti dan berkesan:
- http://www.mohdsuhaimy.com/talks/

Blog Mohd Zainuddin Che Ismail (a.k.a. Din Beramboi)

Blog ini sememangnya menumpukan usaha untuk memperbincang dan memperkongsi segala info dan tip cari duit di internet. Malah, Din juga menunjukkan bahawa servis yang diberinya amatlah terbukti dan berkesan… Ini tidak terjadi sekiranya dia sendiri tidak lakukannya. Servisnya:
- http://blog.dinberamboi.com/service-vcc/

Blog Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (a.k.a. En. Dlie)

Walaupun blog En. Dlie adalah blog tentang dunia pengurusan kewangan peribadi, tetapi, En. Dlie juga berkemahiran di dalam servis yang dia lakukan. Malah, telah memang ada testi-testi yang puas hati dengan servis yang dijalankannya. Lagi bukti kepada servisnya ini adalah produk-produk yang dihasilkan sendiri…. Saya percaya, hampir kesemua proses pembangunan produk-produknya adalah hasil usahanya sendiri! Servisnya:
- http://petuajimatduit.com/khidmat-setup

Blog Syed Mohd Saiful Ikhwan (a.k.a. Syed Ikhwan)

Satu nama besar di dunia internet tempatan. Sebuat sahaja namanya… pasti orang akan ingat kepada ‘master adsense’! Nah… begitulah hebatnya jika telah dapat kita membina kredibiliti di dunia internet ini. Cuba klik link di bawah… (servisnya). Nah… bukankah benar saya cakapkan… dengan satu usaha sahaja… ia telah terbukti membolehkan cara buat duit ini, mencecah sehingga 4 angka!
- http://www.syed-ikhwan.com/private-coaching

Blog Mohd Zulfadli bin Suddin (a.k.a. SmartZul)

Sedikit berbeza dengan analisa-analisa di atas… blog Zul ini adalah terbinanya dengan produk digital yang dihasilkannya. Zul juga telah berjaya menempa nama yang besar di dalam dunia perniagaan internet tempatan. Cuba bayangkan… jika Zul mula (atau telahpun lakukan…) mahu buat servis setup blog ataupun coaching khas berkenaan blogging… pasti akan terus meletup bukan! Mengapa saya berani katakan begini… kerana kredibiliti Zul telah terbina sejak dari awal lagi!

Nah… secara umumnya… memang banyak yang kita dapat lakukan dengan blogging. Asalkan kita kreatif dan berusaha, InsyaALLAH, akan membuahkan hasil. Di atas… hanyalah sekerat contoh sahaja. Sememangnya telah ramai telah lakukan ini. Anda… bila lagi?!

Bina Servis Anda Dengan Bina Kredibiliti Anda Di Blog – part 1

Blog Niche, Buat Duit No Comments »

Di dalam bidang perniagaan internet, umumnya ia terbahagi kepada 3 bentuk; iaitu perniagaan produk fizikal, perniagaan produk digital dan juga perkhidmatan.

Perniagaan produk fizikal melalui internet adalah menarik. Sebagai contoh, jika anda mempunyai apa-apa produk fizikal (produk yang zahirnya nampak, boleh disentuh – seperti produk-produk di dunia luar), maka anda boleh membangunkan kedai online anda sendiri. Bagaimana untuk bangunkannya, telahpun dibincangkan sebelum ini. Selain itu… anda juga boleh  menjalankan perniagaan produk fizikal ini di mana-mana laman web yang menyediakan proses lelongan; seperti di ebay.com.my ataupun di lelong.com.my.

Perniagaan produk digital pula adalah lebih menarik. Ia adalah cara buat duit terpanas (tetapi banyak diceburi oleh usahawan internet – bermakna banyak saingan) . Ini kerana, ianya lebih mudah. Bagaimana tu ya…? Baik. Katakanlah anda berkemahiran di dalam sesuatu bidang… Jadi, anda boleh hasilkan ebook atau video berkenaan kemahiran anda itu! Sebagai contoh, anda mahir buat pizza (dengan sedapnya…). Jadi, mengapa tidak buat ebook berkenaan ‘bagaimana membuat pizza yang sedap’ ataupun ‘bagaimana buat pizza dalam masa 10 minit’!

Perniagaan produk fizikal dan perniagaan produk digital sememangnya telah melahirkan ribuan usahawan internet yang berjaya.

Tetapi… satu lagi bidang yang jarang-jarang diceburi oleh kebanyakan usahawan internet tempatan, adalah bentuk perniagaan yang menawarkan servis menerusi internet.

Tahukah anda, perniagaan internet yang berbentuk servis atau perkhidmatan melalui internet, selalunya lebih lumayan, dan kadangkala, mampu  mencecah bayaran sehingga 4 angka dengan hanya mengambil satu servis sahaja! Nah…. inilah antara lubuk atau platform lain, dalam cara buat duit melalui internet.

Kita berjumpa lagi di part 2…


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in