Mulakan Blog Anda

Asas Blog 4 Comments »

Kini menulis blog telah menjadi sebagai satu kemestian bagi yang memiliki talian internet di rumah. Disamping dapat mengisi masa lapang, menulis blog juga dapat membantu kita meramaikan kawan-kawan di alam maya ini.

Namu begitu, terdapat ramai lagi orang yang masih tidak mengetahui bagaimana menulis blog. Terdapat dua cara untuk anda mula menulis blog anda sendiri. Yang pertamanya ialah anda menggunakan servis percuma, manakala yang kedua ialah anda memasangnya di server dan memperolehi control sepenuhnya ke atas blog anda.

Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi beberapa tempat dimana anda boleh membuat blog secara percuma.

BloggerBlogger. Servis ini telah dimulakan oleh Evan Williams, Meg Hourian dan Pyra. Kini, Blogger telah dimiliki oleh Google Inc. Dengan menggunakan blogger, anda boleh memilih theme / template yang anda kehendaki. Malah anda juga boleh membuat template kesukaan anda kerana anda mempunyai control sepenuhnya ke atasnya. Ketika mula menulis, anda diberi kebenaran untuk host blog tersebut di server anda ataupun tidak. Selain itu, kini ia juga dilengkapi dengan feature terbaru iaitu anda boleh menggunakan nama domain untuk blog.

WordPress.com
WordPress.com. Ini merupakan salah satu laman di bawah Automattic Inc. WordPress.com menggunakan platform WordPress. Kini, WordPress merupakan antara pilihan utama bloggers.

LiveJurnal
LiveJurnal. Laman Live Jurnal pula ialah milik Six Aparts. Laman ini lebih kepada sosial blogging. Dimana kebanyakkan penggunanya sentiasa berhubung antara satu sama lain. Ia juga lebih kepada laman komuniti penulis blog.

Video, Digg, Ping & …

Blog Trafik, Tips Blog 1 Comment »

Menulis blog menjadi kegemaran ramai. Setiap hari, ada sahaja blog baru dicipta. Terdapat juga beberapa orang yang mempunyai lebih dari satu blog. Tetapi persoalan sekarang ialah samaada blog anda mendapat pengunjung ataupun tidak. Jika blog anda tiada pengunjung, maka usaha anda adalah sia-sia.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda. Kebiasannya, kita disarankan untuk menggunakan signature di forum dan emel, berkunjung ke blog-blog kawan dan sebagainya. Di sini saya akan berkongsi beberapa cara lain yang tidak berapa digunakan oleh blogger Malaysia, tetapi agak berkesan untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh menggunakan laman-laman video seperti YouTube atau Metacafe untuk mendapatkan pengunjung. Terdapat beberapa laman yang menawarkan muat turun video klip secara percuma. Anda boleh muat turun video berkenaan dan edit dengan meletakkan URL blog anda di atas video klip berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh melihatnya disini. Para penonton yang terhibur dengan video anda, akan mengambil inisiatif untuk membuka URL yang terdapat pada video berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh menyertai dua laman Malaysia yang sedang meningkat popularitinya, iaitu Digg Malaysia dan Fakapster. Untuk menggunakan servis Digg Malaysia, anda perlu melawat laman berkenaan dan menulis mengenai artikel terbaru di blog anda. Perkara ini perlu dilakukan setiap kali anda menulis artikel baru di blog anda. Tetapi, Fakapster merupakan servis ping, dimana laman itu akan diberitahu secara automatik setiap kali anda menulis artikel di blog anda. Anda cuma perlu menambah sedikit kod di blog anda.

Selamat mencuba!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in