Buat Duit Dengan Menulis Artikel

Buat Duit 5 Comments »

Salamz. Bagi yang telah membeli buku Rahsia Blogger kami, anda mungkin telah membaca dan terdedah kepada beberapa agensi pengiklanan internet yang didedahkan dalam buku tersebut. Malah terdapat ratusan lagi syarikat pengiklanan internet yang terdapat dalam alam maya ini. Anda cuma perlu berhati-hati dalam memilih sesuatu agensi pengiklanan supaya tidak tertipu kelak.

Salah satu cara menjana wang melalui blog ialah melalui penulisan artikel berbayar. Kadangkala, sekiranya blog anda mendapat pengunjung yang ramai, anda mungkin dihubungi orang perseorangan untuk menulis mengenai pendapat anda berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tetapi, amat jarang sekali kita mendapat sesuatu tugasan sebegitu. Oleh itu, perkara mudah ialah dengan mendaftarkan blog anda kepada beberapa agensi yang boleh mencarikan anda para pembeli yang ingin membeli post berbayar dari anda.

Berikut merupakan 3 agensi pengiklanan terkenal yang menjadi tumpuan para pembeli artikel berbayar:

PayPerPost
PayPerPost
Anda boleh menggunakan khidmat PayPerPost untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis mengenai sesuatu laman, produk mahupun perkhidmatan. Tetapi, dukacitanya, mereka hanya menerima laman berbahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Pembayaran melalui PayPal.

Sponsored Reviews
Sponsored Reviews
Penulisan artikel anda berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak pembeli samaada menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan secara positif ataupun negatif. Kadar bayaran ditentukan oleh PR dan ranking blog anda. Blog bahasa Malaysia diterima oleh SponsoredReviews. Pembayaran melalui PayPal.

Blogsvertise
Blogvertise
Anda hanya perlu memasukkan sebanyak tiga link ke sesuatu khidmat atau servis dan anda akan mendapat bayaran setimpal dengannya. Saya masih tidak pasti samaada perkhidmatan ini membolehkan blog berbahasa tempatan menyertainya ataupun tidak.

Selain daripada ini, terdapat juga servis dari agensi lain seperti Smorty dan Pay U2 Blog. Selain daripada itu, anda juga boleh menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan dan menyertakan link affiliate anda sekali. Penulisan yang kukuh mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan boleh membuatkan pembaca terpikat dan membeli melalui link affiliate anda.

Pandangan Anda Mengenai BLOG di RTM1

Keratan Akhbar 3 Comments »

Bagi yang tidak dapat mengikuti rancangan BLOG yang dikendalikan oleh RTM1 pada minggu lepas (20 April 2008), anda bolehlah memuat turun melalui link berikut dan menontonnya. Perbincangan yang agak menarik dengan tetamu undangan, Kadir Jasin. Dan sekiranya anda perasaan, pada minit ke 17.30, emel daripada Zul SmartUsaha dipaparkan.

downloadDownload BLOG RTM1 (20 April 08)
48.7 mB

Pada minggu ini pula, tetamu jemputannya ialah Raja Petra yang mana mengendalikan laman Malaysia Today.

Sekiranya anda perasan, untuk dua minggu berturut-turut, penulis blog poliik dikeutarakan dalam program Blog ini. Adakah pada minggu hadapan juga tetamu jemputan adalah seorang penulis blog politik? Mungkin ini tanggapan orang ramai mengenai penulis blog. Sesiapa sahaja yang menulis blog dikatakan orang politik. Sepatutnya, RTM1 memainkan peranan penting dalam membetulkan persepsi masyarakat ini dan cuba keutarakan blogger yang menulis selain daripada topik politik.

Bak kata Kadir Jasin dalam rancangan ini, dalam 50 Blog Popular di Malaysia, hanya 8 blog sahaja yang menulis mengenai politik, malah yang menjadi Blog Paling Popular di Malaysia, Kenny Sia, blognya menceritakan mengenai kehidupan hariannya.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai rancangan ini?

Domain Parking Menggunakan WordPress

Tips Blog, wordpress 2 Comments »

Kini, budaya membeli nama domain telah menjadi kebiasaan. Malah setiap hari terdapat ratusan nama domain baru yang didaftarkan. Sebagai seorang blogger, ramai yang memiliki nama domain mereka tersendiri. Tetapi, masalah akan timbul apabila anda mendaftar nama domain dan anda tidak dapat mula membuat apa-apa, samaada memasang WordPress mahupun menulis sebarang artikel. Ini akan mengakibatkan nama domain anda menjadi tempat iklan ditunjukkan oleh pendaftar domain anda. Nama lain yang digunakan untuk perkara ini ialah Domain Parking.

Contoh Laman Domain Parking
Contoh Laman Domain Parking

Oleh itu, kini anda boleh mengubah domain anda daripada menjadi Domain Parking kepada suatu laman yang berguna dengan menggunakan tema LaunchPad yang perlu digunakan bersama WordPress. Untuk memasang WordPress, anda boleh login ke cPanel dan memasangnya menggunakan Fantastico dengan hanya tiga klik sahaja. Seterusnya anda hanya perlu memasang tema LaunchPad pada blog baru anda itu.

Contoh Laman Yang Menggunakan LaunchPad
Contoh Laman Yang Menggunakan Tema LaunchPad

Mungkin ramai yang tertanya-tanya keistimewaan tema ini. Apabila anda memasang tema LaunchPad sementara menunggu masa anda mula menulis, sebuah muka hadapan eksklusif akan ditunjukkan. Setiap pengunjung yang mengunjungi laman anda itu boleh meninggalkan alamat emel di mana mereka akan mendapat emel setiap kali anda menulis artikel di blog anda kelak. Selain menjadikan nama domain anda tampak professional, anda juga boleh mendapat pengunjung berulang hasil penggunaan FeedBurner yang diintegerasikan dalam tema ini.

Anda boleh memuat turun tema LaunchPad untuk WordPress secara percuma dari laman ThemeShapper.

Sistem Statistik Microsoft – Microsoft Gatineau

Feed & RSS, Tips Blog, Uncategorized 3 Comments »

Hmm.Berita nie lepas aku surfing hari nie, baru tau yang nie dah lama. Apa yang aku cakap adalah pasal sistem statistik yang dibangunkan oleh Microsoft untuk pembangun laman web. Lebih kurang seperti Google Analytics, tetapi ianya tidak diberikan secara percuma seperti Google berikan, sebaliknya anda perlulah menjadi klien untuk media pengiklanan Microsoft AdCenter dengan bayaran sebanyak $5 sekali seumur hidup. Aku kurang berminat dengan tawaran nie, dan mungkin akan setia dengan Google Analytics disamping dengan sistem statistik yang disediakan oleh cPanel dan SlimStat yang aku gunakan. Walaubagaimanapun, aku telah sempat mencuri beberapa screenshot dari laman BlogNation:

Microsoft Gatineau
Gambar : Antara muka Microsoft Gatineau

Microsoft Gatineau
Gambar : Contoh Report Microsft Gatineau

Kalau anda berminat, anda boleh request invitation untuk menyertainya dari laman Microsoft adCenter.

Komen di Blogger Menggunakan OpenID

Tips Blog, Tutorial Blog 4 Comments »

Kini, anda boleh membenarkan para pembaca blog blogger anda menggunakan OpenID ketika menulis komen. Ciri terbaru ini adalah masih dalam fasa percubaan, dan sekiranya anda ingin gunakannya, anda hanya perlu login ke dalam Blogger in Draft, dan seterusnya pergi ke setting blog anda. Seterusnya pilih tab Comment dan pilih option “Registered Users – includes OpenID” dibawah pilihan Who Can Comment. Dan seterusnya seperti biasa jangan lupa klik Save Settings.

Open ID
Gambar : Pilihan Pada Settings > Comments

Open ID
Gambar : Pilihan Ketika Ingin Meninggalkan Komen.

Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu OpenID [WikiPedia], ianya merupakan salah satu sistem yang dibangunkan dengan hasrat pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan seterusnya membolehkan pengguna tersebut menggunakan kata pengguna tersebut di laman-laman yang menyokongnya. Mozilla Firefox 3 akan menggunakan fungsi ini sepenuhnya, dan selain daripada itu, terdapat juga beberapa laman web yang menyokong Open ID, seperti AOL, WordPress, dan SixApart. Anda boleh melihat senarai penuh penggunaan OpenID di OpenID Servers.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in