Dapatkan Sekarang!

Domain Parking Menggunakan WordPress

Tips Blog, wordpress 2 Comments »

Kini, budaya membeli nama domain telah menjadi kebiasaan. Malah setiap hari terdapat ratusan nama domain baru yang didaftarkan. Sebagai seorang blogger, ramai yang memiliki nama domain mereka tersendiri. Tetapi, masalah akan timbul apabila anda mendaftar nama domain dan anda tidak dapat mula membuat apa-apa, samaada memasang WordPress mahupun menulis sebarang artikel. Ini akan mengakibatkan nama domain anda menjadi tempat iklan ditunjukkan oleh pendaftar domain anda. Nama lain yang digunakan untuk perkara ini ialah Domain Parking.

Contoh Laman Domain Parking
Contoh Laman Domain Parking

Oleh itu, kini anda boleh mengubah domain anda daripada menjadi Domain Parking kepada suatu laman yang berguna dengan menggunakan tema LaunchPad yang perlu digunakan bersama WordPress. Untuk memasang WordPress, anda boleh login ke cPanel dan memasangnya menggunakan Fantastico dengan hanya tiga klik sahaja. Seterusnya anda hanya perlu memasang tema LaunchPad pada blog baru anda itu.

Contoh Laman Yang Menggunakan LaunchPad
Contoh Laman Yang Menggunakan Tema LaunchPad

Mungkin ramai yang tertanya-tanya keistimewaan tema ini. Apabila anda memasang tema LaunchPad sementara menunggu masa anda mula menulis, sebuah muka hadapan eksklusif akan ditunjukkan. Setiap pengunjung yang mengunjungi laman anda itu boleh meninggalkan alamat emel di mana mereka akan mendapat emel setiap kali anda menulis artikel di blog anda kelak. Selain menjadikan nama domain anda tampak professional, anda juga boleh mendapat pengunjung berulang hasil penggunaan FeedBurner yang diintegerasikan dalam tema ini.

Anda boleh memuat turun tema LaunchPad untuk WordPress secara percuma dari laman ThemeShapper.

Sistem Statistik Microsoft - Microsoft Gatineau

Feed & RSS, Tips Blog, Uncategorized 2 Comments »

Hmm.Berita nie lepas aku surfing hari nie, baru tau yang nie dah lama. Apa yang aku cakap adalah pasal sistem statistik yang dibangunkan oleh Microsoft untuk pembangun laman web. Lebih kurang seperti Google Analytics, tetapi ianya tidak diberikan secara percuma seperti Google berikan, sebaliknya anda perlulah menjadi klien untuk media pengiklanan Microsoft AdCenter dengan bayaran sebanyak $5 sekali seumur hidup. Aku kurang berminat dengan tawaran nie, dan mungkin akan setia dengan Google Analytics disamping dengan sistem statistik yang disediakan oleh cPanel dan SlimStat yang aku gunakan. Walaubagaimanapun, aku telah sempat mencuri beberapa screenshot dari laman BlogNation:

Microsoft Gatineau
Gambar : Antara muka Microsoft Gatineau

Microsoft Gatineau
Gambar : Contoh Report Microsft Gatineau

Kalau anda berminat, anda boleh request invitation untuk menyertainya dari laman Microsoft adCenter.

Komen di Blogger Menggunakan OpenID

Tips Blog, Tutorial Blog 4 Comments »

Kini, anda boleh membenarkan para pembaca blog blogger anda menggunakan OpenID ketika menulis komen. Ciri terbaru ini adalah masih dalam fasa percubaan, dan sekiranya anda ingin gunakannya, anda hanya perlu login ke dalam Blogger in Draft, dan seterusnya pergi ke setting blog anda. Seterusnya pilih tab Comment dan pilih option “Registered Users - includes OpenID” dibawah pilihan Who Can Comment. Dan seterusnya seperti biasa jangan lupa klik Save Settings.

Open ID
Gambar : Pilihan Pada Settings > Comments

Open ID
Gambar : Pilihan Ketika Ingin Meninggalkan Komen.

Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu OpenID [WikiPedia], ianya merupakan salah satu sistem yang dibangunkan dengan hasrat pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan seterusnya membolehkan pengguna tersebut menggunakan kata pengguna tersebut di laman-laman yang menyokongnya. Mozilla Firefox 3 akan menggunakan fungsi ini sepenuhnya, dan selain daripada itu, terdapat juga beberapa laman web yang menyokong Open ID, seperti AOL, WordPress, dan SixApart. Anda boleh melihat senarai penuh penggunaan OpenID di OpenID Servers.

Mulakan Blog Anda

Asas Blog 2 Comments »

Kini menulis blog telah menjadi sebagai satu kemestian bagi yang memiliki talian internet di rumah. Disamping dapat mengisi masa lapang, menulis blog juga dapat membantu kita meramaikan kawan-kawan di alam maya ini.

Namu begitu, terdapat ramai lagi orang yang masih tidak mengetahui bagaimana menulis blog. Terdapat dua cara untuk anda mula menulis blog anda sendiri. Yang pertamanya ialah anda menggunakan servis percuma, manakala yang kedua ialah anda memasangnya di server dan memperolehi control sepenuhnya ke atas blog anda.

Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi beberapa tempat dimana anda boleh membuat blog secara percuma.

BloggerBlogger. Servis ini telah dimulakan oleh Evan Williams, Meg Hourian dan Pyra. Kini, Blogger telah dimiliki oleh Google Inc. Dengan menggunakan blogger, anda boleh memilih theme / template yang anda kehendaki. Malah anda juga boleh membuat template kesukaan anda kerana anda mempunyai control sepenuhnya ke atasnya. Ketika mula menulis, anda diberi kebenaran untuk host blog tersebut di server anda ataupun tidak. Selain itu, kini ia juga dilengkapi dengan feature terbaru iaitu anda boleh menggunakan nama domain untuk blog.

WordPress.com
WordPress.com. Ini merupakan salah satu laman di bawah Automattic Inc. WordPress.com menggunakan platform WordPress. Kini, WordPress merupakan antara pilihan utama bloggers.

LiveJurnal
LiveJurnal. Laman Live Jurnal pula ialah milik Six Aparts. Laman ini lebih kepada sosial blogging. Dimana kebanyakkan penggunanya sentiasa berhubung antara satu sama lain. Ia juga lebih kepada laman komuniti penulis blog.

Video, Digg, Ping & …

Blog Trafik, Tips Blog 1 Comment »

Menulis blog menjadi kegemaran ramai. Setiap hari, ada sahaja blog baru dicipta. Terdapat juga beberapa orang yang mempunyai lebih dari satu blog. Tetapi persoalan sekarang ialah samaada blog anda mendapat pengunjung ataupun tidak. Jika blog anda tiada pengunjung, maka usaha anda adalah sia-sia.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda. Kebiasannya, kita disarankan untuk menggunakan signature di forum dan emel, berkunjung ke blog-blog kawan dan sebagainya. Di sini saya akan berkongsi beberapa cara lain yang tidak berapa digunakan oleh blogger Malaysia, tetapi agak berkesan untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh menggunakan laman-laman video seperti YouTube atau Metacafe untuk mendapatkan pengunjung. Terdapat beberapa laman yang menawarkan muat turun video klip secara percuma. Anda boleh muat turun video berkenaan dan edit dengan meletakkan URL blog anda di atas video klip berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh melihatnya disini. Para penonton yang terhibur dengan video anda, akan mengambil inisiatif untuk membuka URL yang terdapat pada video berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh menyertai dua laman Malaysia yang sedang meningkat popularitinya, iaitu Digg Malaysia dan Fakapster. Untuk menggunakan servis Digg Malaysia, anda perlu melawat laman berkenaan dan menulis mengenai artikel terbaru di blog anda. Perkara ini perlu dilakukan setiap kali anda menulis artikel baru di blog anda. Tetapi, Fakapster merupakan servis ping, dimana laman itu akan diberitahu secara automatik setiap kali anda menulis artikel di blog anda. Anda cuma perlu menambah sedikit kod di blog anda.

Selamat mencuba!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in