Salamz. Bagi yang telah membeli buku Rahsia Blogger kami, anda mungkin telah membaca dan terdedah kepada beberapa agensi pengiklanan internet yang didedahkan dalam buku tersebut. Malah terdapat ratusan lagi syarikat pengiklanan internet yang terdapat dalam alam maya ini. Anda cuma perlu berhati-hati dalam memilih sesuatu agensi pengiklanan supaya tidak tertipu kelak.
Salah satu cara menjana wang melalui blog ialah melalui penulisan artikel berbayar. Kadangkala, sekiranya blog anda mendapat pengunjung yang ramai, anda mungkin dihubungi orang perseorangan untuk menulis mengenai pendapat anda berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tetapi, amat jarang sekali kita mendapat sesuatu tugasan sebegitu. Oleh itu, perkara mudah ialah dengan mendaftarkan blog anda kepada beberapa agensi yang boleh mencarikan anda para pembeli yang ingin membeli post berbayar dari anda.
Berikut merupakan 3 agensi pengiklanan terkenal yang menjadi tumpuan para pembeli artikel berbayar:
PayPerPost

Anda boleh menggunakan khidmat PayPerPost untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis mengenai sesuatu laman, produk mahupun perkhidmatan. Tetapi, dukacitanya, mereka hanya menerima laman berbahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Pembayaran melalui PayPal.
Sponsored Reviews

Penulisan artikel anda berdasarkan peraturan yang dibuat oleh pihak pembeli samaada menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan secara positif ataupun negatif. Kadar bayaran ditentukan oleh PR dan ranking blog anda. Blog bahasa Malaysia diterima oleh SponsoredReviews. Pembayaran melalui PayPal.
Blogsvertise

Anda hanya perlu memasukkan sebanyak tiga link ke sesuatu khidmat atau servis dan anda akan mendapat bayaran setimpal dengannya. Saya masih tidak pasti samaada perkhidmatan ini membolehkan blog berbahasa tempatan menyertainya ataupun tidak.
Selain daripada ini, terdapat juga servis dari agensi lain seperti Smorty dan Pay U2 Blog. Selain daripada itu, anda juga boleh menulis mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan dan menyertakan link affiliate anda sekali. Penulisan yang kukuh mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan boleh membuatkan pembaca terpikat dan membeli melalui link affiliate anda.