Bina Kredibiliti Melalui Blog
Buat Duit 6 Comments »Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca rahsia blogger sekalian? Harap berada dalam keadaan yang sihat waalfiat. Apakah tujuan anda sebenarnya membina blog sendiri? Adakah semata-mata kerana wang? Adakah kerana ingin kaya dengan blogging? Ya, tidak salah jika itu yang anda inginkan namun tahukah anda bahawa blog juga merupakan salah satu cara membina kredibiliti.
Saya pada awal pembabitan dalam perniagaan Internet saya memandang enteng tentang dunia blog. Saya rasa berblogging adalah membuang masa. Saya langsung tidak minat blogging dan saya mula mengkaji kenapa usahawan Internet luar negara mahupun dalam negara mempunyai blog mereka yang tersendiri.Kenapa?
Adakah mereka mahukan duit?
Mereka dah dapat banyak duit dengan produk yang mereka hasilkan.
Adakah mereka membuat blog hanya untuk menjadi kaya?
Eh, mereka kan dah banyak duit. Kalau banyak duit mesti la dah kaya.
Rupanya mereka membina blog untuk membina kredibiliti mereka. Mereka ingin membina satu jenama yang dapat disemat oleh setiap pembaca blog mereka. Jika SmarZul tidak berblog.. adakah anda akan membeli produk-produk beliau? Sudah tentu agak sukar kerana anda tidak dapat mengenali dengan lebih dekat siapa itu SmartZul. Selain daripada membina kredibiliti, usahawan-usahawan Internet ini juga mendidik para pembaca beliau agar mempercayai yang beliau merupakan pakar dalam bidang tersebut. Setelah kepercayaan anda terhadap mereka tidak berbelah bahagi.. mereka akan mula melancarkan produk dan wow! hasil yang diperolehi usahawan-usahawan Internet ini cukup lumayan. Harap anda faham mengapa blog sangat penting pada masa kini.
Semuanya tentang kepercayaan dan kredibiliti. Binalah blog anda sekarang!
sekian


