Cara Buat Duit Dengan Join Affiliate
Buat Duit 11 Comments »Apabila kita lawat ke sesebuah blog, rata-rata semua blog tersebut akan mengandungi banner-banner promosi untuk sesebuah program affiliate di mana blogger tersebut menjadi wakil penjual untuk sesebuah produk dan akan mendapat komisen dari penjualan mereka. Program affiliate merupakan antara sumber terbesar bagi seorang blogger itu untuk mendapatkan nilai pendapatan yang tinggi. Bahkan ada yang fokus untuk menjana pendapatan hanya melalui program affiliate sahaja kerana mereka ingin menjadi usahawan internet yang betul-betul pakar di dalam program affiliate ini. Antara program affiliate yang terkenal adalah Clickbank dan Commision Junction. Namun ramai blogger tempatan kita lebih gemar menyertai program affiliate tempatan kerana lebih mudah untuk mempromosikannya.
Antara teknik untuk promosi program affiliate pada blog :
1. Meletakkan Banner Affiliate Pada Blog
- Letak banner pada sidebar ataupun widgets.
- Banner sesuai diletak pada bawah header blog.
- Placement yang terbaik adalah pada bawah title post blog dan sebelum ruangan comment.
2. Link Affiliate Pada Text Post
- Masukkan link referral pada text post anda yang berkaitan dengan perkataan, frasa dan ayat post anda supaya pembaca akan tergerak untuk klik link tersebut.
- Gunakan perkataan dan ayat yang boleh menarik perhatian mereka seperti gempar, dasyat, unggul, top secret dan sebagainya.
- Membuat trik kepada pembaca dengan linkkan text yang tiada kaitan dengan produk langsung seperti text ‘ gambar panas anak ayam’.
3. Membuat Review Produk
- Buatkan satu review mengenai produk affiliate anda agar pembaca lebih yakin dengan produk tersebut kerana anda telah mencubanya.
- Gunakan ayat-ayat yang boleh menggoda pembaca hingga mereka terasa mereka perlu mendapatkan produk tersebut dalam masa yang terdekat.
- Berikan sedikit jaminan ataupun bonus kepada pembaca jika membeli daripada link affiliate anda.
4. Comment Blog Orang Lain
- Selain daripada promosi di blog sendiri, anda juga boleh membuat prmosi di blog orang lain dengan meletak link pada comment.
- Anda boleh letak url link affiliate anda terus pada comment tersebut ataupun anda boleh letakkan link ke review produk affiliate anda.


