Mulakan Blog Anda
Asas Blog March 14th, 2007Kini menulis blog telah menjadi sebagai satu kemestian bagi yang memiliki talian internet di rumah. Disamping dapat mengisi masa lapang, menulis blog juga dapat membantu kita meramaikan kawan-kawan di alam maya ini.
Namu begitu, terdapat ramai lagi orang yang masih tidak mengetahui bagaimana menulis blog. Terdapat dua cara untuk anda mula menulis blog anda sendiri. Yang pertamanya ialah anda menggunakan servis percuma, manakala yang kedua ialah anda memasangnya di server dan memperolehi control sepenuhnya ke atas blog anda.
Pada bahagian pertama ini, saya akan berkongsi beberapa tempat dimana anda boleh membuat blog secara percuma.
Blogger. Servis ini telah dimulakan oleh Evan Williams, Meg Hourian dan Pyra. Kini, Blogger telah dimiliki oleh Google Inc. Dengan menggunakan blogger, anda boleh memilih theme / template yang anda kehendaki. Malah anda juga boleh membuat template kesukaan anda kerana anda mempunyai control sepenuhnya ke atasnya. Ketika mula menulis, anda diberi kebenaran untuk host blog tersebut di server anda ataupun tidak. Selain itu, kini ia juga dilengkapi dengan feature terbaru iaitu anda boleh menggunakan nama domain untuk blog.

WordPress.com. Ini merupakan salah satu laman di bawah Automattic Inc. WordPress.com menggunakan platform WordPress. Kini, WordPress merupakan antara pilihan utama bloggers.

LiveJurnal. Laman Live Jurnal pula ialah milik Six Aparts. Laman ini lebih kepada sosial blogging. Dimana kebanyakkan penggunanya sentiasa berhubung antara satu sama lain. Ia juga lebih kepada laman komuniti penulis blog.
Post ini telah ditulis oleh : Aman Firdaus a.k.a amanz
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-




















March 14th, 2007 at 4:22 am
Ya.. bagi yang nak bermula tu baik cuba di blog free dulu untuk dapatkan ‘feel’ blogging lepas tu baru pergi yang berbayar
.
Kalo terus kepada yang berbayar tanpa apa2 ‘feel’ nanti agar sukar nak maintain blog kita tu.
P/S: Harap faham2 la yer maksud ‘feel tu.. dalam maknanya tu.. hu2
March 26th, 2007 at 4:40 pm
owh ye ke mcm tu imo imora? mcm sy ni baru 1st time better jinak2 dgn blogspot yg free ni ke? sbnrnya sy pun tgh buntu gak samada nk beli hosting dan domain atau tak. sbbnya bg pndpt sy kalo nak teruskan dgn dunia internet ni dgn bersungguh2 better berbayar… er.. apa komen kengkawan?
November 27th, 2008 at 4:33 am
Herm…
Baik cuba berjinak-jinak yang free dulu
Kalau nak pindah wordpress berbayar, jangan risau rasanya bleh import dari blogger.com
betul ke apa yang saya cakap? saya pun tak pernah cuba
December 20th, 2008 at 10:42 am
btol jugk pendapat Imo, kite bole mulakan yg platform free dulu..tp sy agk musykil..pada pendapt u all platform mne better? Blogger or WordPress?
sbb skarng ni sy tgk mcm WordPress lbh mendapt tmpt di hati para bloggers..