Kesilapan Biasa Yang Selalu Kita Buat Dalam Berblog
Asas Blog December 14th, 2008Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika mula-mula berblog dan kadang-kadang kesilapan ini masih saya sendiri lakukan. Maklumla newbie memang selalu buat salah. Jadi sama-sama kita berubah dan sentiasa tingkatkan kualiti berblog.
Antara kesilapan ketika saya bermula ketika buat blog.
1. Suka buat blog dengan theme yang susah untuk orang baca. Maksudnya design yang ntah apa-apa isi tak de. Artikel dengan kaler yang berwarna-warni kononnya macam cantik. Padahal HAMPEH.
2. Bila tahu buat blog ni leh dapat duit kemudian blog penuh dengan iklan, macam-macam iklan ada, iklan ubat gigi, kayu sugi,tuala wanita dan macam-macam lagi padahal orang datang blog kita bukan nak tgk iklan orang nak baca artikel kita. Jadi jika anda baru buat blog pastikan kualiti artikel dulu bukan iklan dulu. Sebab bila kita banyak iklan di blog dengan keadaan yang berserabut orang datang hanya sekali tidak lagi untuk kali kedua. Kita mahukan orang datang sekali kemudian datang lagi dan lagi. Bab kata orang, sekali pandang (datang)… terus jatuh cinta.
3. Tak pernah nak pikir atau set kan nak buat blog pasal apa. Orang buat blog aku nak buat blog, aku buat blog pasal mp3 skali cerita upin dan ipin tengah meletup campur skali blog mp3 dengan upin dan ipin. Ala bang, buat blog dengan blogger free je kan, apa salahnya buat satu lagi blog pasal upin ipin. Lain la kalau kita buat blog GENERAL tapi pandai-pandai la susun biar kemas.
4. Buat artikel tak menarik. Kalau setakat copy paste orang punye baik tak payah buat blog. Saya cakap copy paste yea, so kalau rasa ade artikel kat internet tu yang menarik tulis balik olah dengan gaya bahasa sendiri.
5. Tak Promote. Erm, sampai sudah la xboleh buat duit kalau buat artikel pahtu tak promote.
6. Tak pernah terpikir bahawa lagi banyak blog lagi banyak pelawat. Ini saya dapat dari ebook mat saleh. Untuk mendapatkan ramai pelanggan kita memerlukan banyak kedai. So, banyakkan blog tapi jangan la satu artikel je then bia camtu ni blog sampah namanya . Kemudian link kan satu sama lain kononnya link exchange padahal exchange dengan diri sendiri.
7. Pikir kalau nak promote blog mesti la promote kat internet. Kenapa tidak promote kat offline jugak. Contoh mudah yang saya buat, beri penanda buku percuma ke then pegi kedai surat khabar suh masukkan dalam surat khabar. Kalau buat 1000 , takkan tak dapat kot 100 pelawat ?? Kalau diorang buang penanda buku tu mungkin orang lain jumpe. Kurang-kurang dah dapat popularkan domain sendiri.
8. Tak pernah nak cari kelebihan diri. Maksudnya gunakan apa yang kita mahir dan buat tutorial berkenaan apa yang kita mahir tu kat blog kita. Jadi blog kita dah menjadi rujukan, orang akan datang lagi dan lagi untuk buat rujukan. Mane ada student yang baca buku rujukan sekali je, sama jugak dengan berblog. Contoh mudah saya ambil blog ni http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/ semua pasal blogspot dah ada kat situ. Nak buat apa pegi cari yang lain lagi. Last update dia pon tahun lepas tapi makin hari makin popular sebab semuanya dah ada.
9.Pegi CC jadikan blog korang homepage kat PC di CC tu kemudian tinggal, pegi CC lain plak. Ulang langkah yang sama sebanyak 50 CC….hahaha (Just kidding)
Dah panjang sangat ni, kita berjumpa lagi yea…
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI RAHSIABLOGGER.COM
Post ini telah ditulis oleh : Mazuki Selangor2u a.k.a mazuki
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















December 15th, 2008 at 10:51 am
askum,wah artikel dalam ni semuanya mmg best,sbnrnya sy mmg ssh nak baca sesuatu artikel,just lalu je…congrat..blog korang best…!!!!!!!
December 15th, 2008 at 2:41 pm
untuk point no 4.
tolong tengok sat..sbb sekarang ni tengah popular cara plagiat. copy dan paste ni beginner. plagiat berlaku tanpa kita sedari. aku duk belek jugak pasal masalah plagiat ni tapi masih tak berapa nak master lg.
December 15th, 2008 at 2:47 pm
So, sama2lah kita perbaiki kualiti blog kita. Buat blog berdasarkan minat bukan berdasarkan nak duit semata2.
December 15th, 2008 at 5:05 pm
memang susah gak kalau nak ikutkan dalam internet ni berkaitan dengan point no 4…
December 16th, 2008 at 2:12 pm
salam..
sekadar pandangan dr sy yg boleh la juge dikatakan bru ingin berjinak2 dlm dunia ber-blogging ni..
salah 1 cara nk atasi prob no. 4 tu ape kata kite gune kaedah Paraphrasing..ala..mcm dlu2 time kite wt thesis nk grad tu..time nk wt Chapter Lit. Rvw tu kn kite ‘ceduk’ idea2 dr journal2..cume tukarkan ayat dr pasif ke aktif..prob solved..da jd artikel kite sndiri
December 17th, 2008 at 7:10 am
Buat blogger semua moga bertambah kreatif dan success selalu.
Saya bersetuju dgn pandangan spt diatas. Kekadang tu, banyak perkara yg boleh di manfaatkan bila menulis blog bagi tatapan orang ramai. Bergantung kepada tujuan seseorang itu, sama ada sekadar memenuhi masa lapang atau menambah income dlm arena weblog ini.
Sepertimana kajian sains mengatakan sebarang pemikiran yg terhasil dari minda anda adalah manifistasi (betul ker ejaan nie?..harap betulkan yer..) yg berbentuk tenaga.. (energy) bila sesuatu pendapat itu benar dan kena dgn jalan cara pemikiran orang lain maka akan bertambahlah ‘energy’ (tenaga).. itu tandanya bersetujulah.. dan begitulah sebaliknya. Kalau positif pendapat anda maka positiflah yg diterima oleh yg lainnya.
Kekadang kita tidak menyedari akan perubahan sikap yg berlaku kepada diri kita apabila menerima kritikan yg men’down’kan motivasi kita bila kritikan pedas diterima semasa berblogkan..
So, berhati-hatilah bila mengeluarkan sebarang pendapat.
Sekian, semoga bertambah meluas dan berkembang idea anda lagi. Terima kasih.
December 20th, 2008 at 1:42 am
blog juga dapat menyuarakan pendapat kita sendiri dan kritikan…kalau stakat sembang2 kat kedai kopi sape le yg tahu sgt…
December 20th, 2008 at 8:11 am
wakakaka.. yang part gi cc then set homepage tu saya pernah buat 5-6 tahun lepas tu. tapi time tu blog bodo2 je la. kuikui. thanks for the tips. sempoi tapi berguna. hehe
December 21st, 2008 at 1:21 am
Salam,
memang bagus post ni, rasa menusuk dalam hati. Kesimpulannya, carilah ilmu kalau mahu berjaya. Bak kata pujangga ‘amal tanpa ilmu, bagai kereta tiada sterengnya’
December 21st, 2008 at 10:28 am
ade jugak upe2 nya yang buat tips no 9 tu yea??kehkehkeh
December 28th, 2008 at 5:37 pm
terima kasih Shuth. Saya baru je nak mula berblog. Artikel ni byk membantu. Ni tgh wat research sikit pasal kata ganti nama yang sesuai untuk blogging.
http://www.wangcyber.com/forum/survey-poll/11129-blog-dengan-gaya-bahasa-mana-yang-anda-suka-2.html
December 29th, 2008 at 11:11 am
salam. bagi saya, apabila ditanya kenapa kamu memblog, kebanyakan yg saya dapat hanya sekadar hobi, tidak lebih dari itu, dan jawapan itu kebanyakannya adalah dari kalangan pelajar. kekadang menjadikan blog sebagai tempat untuk bercerita dan meluahkan rasa. itu pilihannya, tidak kisah lah.
bagi pelajar, beriklan bukan untuk mendapatkan keuntungan, tetapi untuk memudahkan pengujung.
terdapat perbezaan ketara antara blogger yang menggunakan sistem wordpress dan blogspot.
blogger di blogspot kebanyakan menggunakan sepenuhnya application/widget yg disediakan, namun kekadang ia menjadi muak kepada pengunjung yang tahu tips seperti yg diutarakan di atas, dengan serbamakneka link, iklan, gambar, ditambah dengan autoplay lagunya, membuatkan pengunjung yg tahu berkaitan rekabentuk blog muak, termasuk jugak saya.
namun, bagi blogger sistem wordpress, saya dapati kurang terjadi, maksudnya seperti apa yg terjadi pada blogger blogspot.
Bagi saya, mungkin mereka tak tahu dan belum ambil tahu bagaimana cara berblog yang sebenarnya.
December 29th, 2008 at 11:49 am
depends pada pandangan seseorang. Jika dia tahu cama mana nak play dengan site dia.
December 31st, 2008 at 12:32 am
“Pegi CC jadikan blog korang homepage kat PC di CC tu kemudian tinggal..”
Ini idea bagus ni bro. Haha!
January 2nd, 2009 at 12:13 pm
xtau la bagus ke tak sebab belum pernah try lagi…
January 3rd, 2009 at 12:37 am
aku terpikir pasal contoh buat penanda buku yg ko ckp tu… ok gak idea tu. hmmm.. kena cari idea, apa yg nk diselit dlm suratkhabar tu tp sebelum tu kena belanja tokey kedai dulu la… ahhhah
January 3rd, 2009 at 10:01 am
aku paling tertarik dgn point no 9. Xpenah pikir pun. cambest jek kan.haha
January 4th, 2009 at 8:03 pm
kadang2 kalau kta selit sendiri tokey kedai xkesah pon….kalau nak lag best suh yang pengedar surat khabar terus yg letak…
January 9th, 2009 at 8:02 am
di blog memang sangat enak, kita dapat curhat, meski tanpa teman.
January 13th, 2009 at 2:06 pm
Yer.Banyak lagi kena belajar terutama sekali tentang tips no.5 tu..
February 8th, 2009 at 4:05 am
Susah juga nak jadikan blog kita ni popular. ada tips lain tak?
http://quensheila.blogspot.com
April 10th, 2009 at 11:04 am
teruskan berblog!