Berblog: Hobi atau Duit??
Asas Blog November 17th, 2008Setelah agak lama tidak menyumbang artikel ke blog ini hari ini saya sudah berkesempatan untuk menulis lagi setelah final exam selesai.
Berblog kerana hobi atau kerana duit? Itulah persoalan yang saya cuba ketengahkan pada artikel kali ini. Kenapa saya mengeluarkan persoalan sebegini?
Ini kerana saya yakin dan pasti ramai yang gagal untuk menjana pendapatan dari blog. Berblog semestinya berkait rapat dengan penulisan artikel. Ada sesetengah orang berblog kerana hobi dan mereka, tidak kisah sama ada dapat duit mahupun tidak daripadanya. Namun begitu, ramai juga yang menjadikan DUIT sebagai tujuan utama mereka berblog.
Saya tidak mengatakan ianya salah untuk anda menjadikan DUIT sebagai tujuan utama anda, namun ramai yang gagal dan kerana kecewa apabila DUIT yang mereka harap-harapkan tidak berkunjung tiba.
Ini sering terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru.
Walaupon berblog kerana duit, kita perlu juga menjadikan penulisan blog itu sebagai hobi. Perkara ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi diri kita dan seterusnya tidak berhenti menulis blog sekadar sekerat jalan sahaja, sebagaimana golongan-golongan yang gagal ini.
Bagaimana untuk berjaya jika kita mudah berputus asa?
Secara jujurnya, saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menjana 1dollar pertama saya dari blog. Namun ketika saya baru bermula saya menjadikan berblog ini sebagai hobi dan update setiap masa paling kurang seminggu sekali.
Tidak perlu sayang duit anda dengan membeli ebook-ebook mengenai blog ataupon ebook-ebook yang dapat menjana wang melalui internet. Namun berjaga-jaga jika ingin membeli kerana banyak saja ebook-ebook pada masa kini yang indah khabar dari rupa. Jadi untuk mengelak dari perkara ini berlaku sentiasa bertanya di forum seperti wangcyber.com
Sebelum saya akhiri artikel kali ini saya ingin berkongsi satu laman web yang bagi saya agak berguna untuk anda yang baru berblog terutamnya yang menggunakan blogspot. Semua asas berblog saya rasa ada didalam blog ini.
tips-for-new-bloggers.blogspot.com
Banyak perkara yang boleh dipelajarii dari blog ini.
Selamat berblog!!!
Sebenarnya tiada jalan mudah untuk berblog ini, kita perlu sentiasa menambah ilmu untuk memantap lagi diri kita dengan ilmu berblog.
Post ini telah ditulis oleh : Mazuki Selangor2u a.k.a mazuki
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-



















November 17th, 2008 at 3:42 am
Tujuan orang berblog ada macam2…ikut apa niat asal mereka..
Dan kalau merujuk kepada posting saya “Blog Sebagai Hobi, Trend atau Keperluan” blog sekarang lebih kepada trend…ahli politik berblog kerana ia trend..Tp esok2 ia akan jadi keperluan..dan kalau anda tiada blog, umpama anda tiada emel seperti sekarang..
Bacaan Lanjut DISINI
November 17th, 2008 at 4:10 pm
Thank you for sharing the ideas. Very useful info particularly for newbies like me.
November 18th, 2008 at 6:21 am
saya pon newbie lagi…
November 19th, 2008 at 3:38 am
Betul. Saya sendiri sebelum nie memikirkan perkara sama. Tapi apabila kita tukar mind set kita, maka kita akan menulis dengan ikhlas.
Maka, ia mendapat faedah kepada ramai orang dan akan datang juga hasil dikemudian hari.
November 21st, 2008 at 7:50 am
Betul!
Saya juga menggunakan prinsip yang sama
Menulis blog secara santai lebih menyenangkan
Fikiran akan senang dan mudah mendapat idea penulisan
November 22nd, 2008 at 11:47 pm
kemahiran dalam penulisan bagi seseorang berbeza-beza..kadang2 kita terikut-ikut gaya penulisan orang yang kita rase menarik… bagi saya pula saya menulis mengikut gaya bahasa dan kemahiran apa yang saya sendiri ada…
ini lebih mudah keran tidak perlu memikirkan macam mana nak menulis…ikut je cara sendiri
December 18th, 2008 at 7:18 pm
hai… u all… sy pening gak.. cara nak buat & cantikkan blog…, sy dah tahu.. tpi, problemnya skang nie…, camana nak sign akaun? cthnya..akaun mybank? supaya sy dpt duit dgn mudah..? x de bagi tau pun macamana nak dptkan tips tue? plzzz…