Apakah Gaya Post Anda?
Asas Blog October 9th, 2007Sebagai seorang penulis blog, anda dan saya harus senantiasa memperbaiki gaya tulisan post yang dihasilkan supaya seronok dibaca namun tetap berilmiah. Post kali ini saya akan berkongsi tips mempelbagaikan gaya menulis post yang boleh dicuba iaitu:
- Post Berbentuk Peribadi
Saya percaya ramai penulis blog suka akan cara ini kerana kebanyakan blog berkisarkan cerita peribadi dan pelbagai macam cerita kehidupan. Kebolehan menggarap post dengan baik diperlukan supaya pembaca terus membaca post tersebut hingga selesai dan tidak jemu.
Â
- Post berbentuk Tips
Anda boleh memberikan tips berkaitan dengan tema blog anda, sebagai contoh tips menguruskan badan dan seumpamanya. Gunakan bullet dan nombor pada tajuk post seperti â€10 Langkah Buat Duit dengan Blog†untuk menarik perhatian dan memudahkan pembaca membaca isi kandungan.
Â
- Post berbentuk fakta
Post yang dihasilkan perlu mempunyai sumber yang kukuh dan dipercayai seperti statistik, akhbar atau penyeledikan. Agak susah untuk ditulis dan jarang melakukannya kecuali tulisan dari Ustaz-ustaz yang memerlukan dalil-dalil untuk mengukuhkan fatwa dan keputusan.
Â
- Post berbentuk penawaran atau cadangan.
Post begini biasanya dihasilkan untuk mempromosikan barangan dan mendapat komisen dari penjual. Namun anda harus ingat bahawa post berbentuk iklan semata-mata tidak akan berjaya kerana ramai orang tidak menyukai â€jurujual†kerana dianggap tidak telus dalam memberikan cadangan. Sebaiknya, berikan informasi dengan telus dan berbentuk â€memberitahu†dari menjual.
Â
- Menggabungkan semua bentuk post diatas
Jika anda mampu menggabungkan kesemua jenis post seperti yang disebutkan sebelumnya, post yang dihasilkan akan mempunyai fakta, cerita, tips dan tawaran yang natural dan menghburkan. Saya akui saya sendiri menyukai post sebegini berbanding fakta biasa.
Akhir kalam, saya ucapkan Selamat mencuba dan jangan lupa berkongsi teknik yang anda gunakan disini
Â
Post ini telah ditulis oleh : Mohd Ramzan Rozali a.k.a ramzwatcher
Lain-lain Artikel Yang Berkaitan:-


October 10th, 2007 at 6:38 pm
Entah.. tak berbentuk kot post2 saya..
October 17th, 2007 at 5:47 am
rasa nya blog saya menggabungkan semua yang di atas kot.
October 17th, 2007 at 7:44 pm
@eL - kira eL punya post yang last la kan.
@soulof99 - ye ke camtu soulof99? isk…post personal la kot
October 18th, 2007 at 1:35 am
Hehe… mungkin juga kot. Tapi saya lebih suka ianya dipanggil post berbentuk opinion, sebab biasanya saya gabungkan gaya2 yg disebutkan di atas, tetapi diambil secara medium semuanya..
October 18th, 2007 at 8:47 am
yep semua post di atas.. macam blog lost in space lak kan.. tak ada hala tujuan… lepas baca buku rahsia blog tu, baru tahu my blog is lost eheheh
October 20th, 2007 at 3:22 pm
Banyak bentuk dan berbeza-beza mengikut musim. Pendek kata lebih kepada bentuk peribadi, tips dan fakta. Itupun tengok kalau mood ok. Tak ok. Memang berbaur peribadi punya..
December 12th, 2007 at 8:17 am
btul2..saya rasa blog saya mcm ada semua di atas. Ikut mood gak.
May 6th, 2008 at 9:57 am
Salam..gaya post terpulang pd seseorg. individu dan kreativiti yg dirasakan sesuai untuk dicurahkan dan dikongsi bersama pembaca setia..Mood dan pemikiran juga berbeza-beza mengikut individu itu sendiri kan?? Tapi yg penting keikhlasan dan kerelaan berkongsi untuk berfikir bersama.