Dapatkan Sekarang!

5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!

Blog Trafik, Tips Blog 2 Comments »

Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :

1. Tentukan topik blog anda.

Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati  ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.

2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.

Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.

3. Tentukan berapa kerap anda menulis.

Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.

4. Bantu pembaca anda!

INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda.  Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.

5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan - galakkan pembaca anda memberikan komen.

Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

Selamat mencuba! :)

Blogger Kini Dalam Bahasa Malaysia

Makluman 1 Comment »

Setelah sekian lama WordPress.com memperkenalkan versi bahasa Malaysia, kini Blogger mengikut dengan memperkenalkan versi Blogger Bahasa Malaysia. Kini anda tidak lagi perlu terpinga-pinga dalam mendapatkan bantuan, kerana kesemuanya disediakan dalam bahasa Malaysia.

Soalan-soalan seperti Bagaimana hendak membuat akaun Blogger?, Bagaimana hendak menetapkan sambungan FTP (atau sFTP) ke hos web luar saya?, Bagaimana hendak menempatkan AdSense dalam blog saya? semuanya terjawab dalam bahasa kebangsaan kita.

Untuk mula menggunakannya, anda cuma perlu menukar tetapan pada papan pemuka anda dan kesemuanya akan bertukar kepada Bahasa Malaysia. Anda tidak perlu bimbang, kerana ianya adalah Bahasa Malaysia sebenar dan bukannya Bahasa Indonesia atau sebagainya.

Naik Taraf Pemasangan WordPress Anda Kepada WordPress 2.6 Tyner

wordpress 1 Comment »

Seperti yang dikatakan sebelum ini, WordPress 2.6 telah pun dikeluarkan oleh pihak WordPress. Versi terbaru dipenuhi beberapa ciri-ciri baru yang menarik dan berguna. Anda dinasihatkan untuk menaik-taraf pemasangan WordPress anda kerana versi sebelumnya mempunyai lebih 190 bugs. Berikut merupakan video yang menunjukkan fungsi-fungsi terbaru dalam WordPress 2.6:

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan hosting dari WordPress.com, maka anda tidak perlu bimbang kerana akan dinaik-taraf secara automatik, tetapi sekiranya anda membuat pemasangan sendiri, anda boleh memuat-turun versi terbaru ini dan naik-taraf secara manual, atau melalui cPanel.

WordPress 2.6 Dengan Lebih Dekat

Makluman, wordpress 3 Comments »

WordPress 2.5 baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, dan kini WordPress 2.6 dijangka dikeluarkan pada pertengahan bulan Julai ini. Walaupun WordPress 2.6 ini bukanlah satu pengeluaran besar seperti versi 2.5, ianya masih mempunyai beberapa fungsi yang agak menarik, dan terasa rugi kalau tidak mencubanya.

1. Kembali ke Artikel lama
Seringkali para pengguna menghadapi masalah apabila telah mengedit sesuatu artikel yang telah ditulis dan inginkan kembali artikel yang tidak di edit itu. Melalui WordPress 2.6 ini, anda boleh mengubah kembali artikel anda ke versi terdahulu tanpa risau. Selain itu, anda juga kini boleh menambah fungsi seperti WiKi dimana anda boleh menunjukkan penukaran-penukaran yang telah anda lakukan di penhujung artikel.

2. Memperlajukan Masa Loading
WordPress 2.6 mempergunakan fungsi Google Gears dimana ianya akan menyimpan fail-fail statik dan menjimatkan masa loading panel admin anda.

3. Aktifkan Lebih Dari Satu Plugin
Jikalau sebelum ini, kita terpaksa aktifkan atau buang setiap plugin satu demi satu, kini anda boleh membuatnya dengan lebih pantas. Anda boleh memilih beberapa plugin dan aktifkan dengan satu klik atau sebaliknya.

Selain daripada itu, anda juga boleh memadam terus sesuatu plugin tanpa menggunakan perisian FTP. Anda boleh membuangnya terus daripada panel admin anda.

4. Pindahkan fail wp-config.php anda
Kini anda boleh memindahkan fail wp-config yang menyimpan pelbagai data penting ke tempat yang lain. Walaubagaimanapun, sehingga kini ianya tiada masalah untuk menyimpan fail wp-config anda di root.

5. Pindahkan WP-content
Kini anda boleh memindahkan fail-fail anda dari wp-content ke tempat yang lain sekaligus mengubah struktur pautan bagi fail-fail anda (seperti gambar).


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in