Dapatkan Sekarang!

Blog belum dapat tandingi pengaruh TV, akhbar?

Keratan Akhbar 2 Comments »

LAMAN web dan blog di internet adalah media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya umum 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.

Hasil kajian bertajuk ‘Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008’ turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima golongan kelas pertengahan dan bawah.

Kajian dilakukan Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu, turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.

“Selepas dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.

“Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang, begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah,” kata Dr Baharuddin.

Read the rest of this entry »

Pemuda lancar web blog ‘Sakabangsa’

Keratan Akhbar 2 Comments »

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno semalam melancarkan web blog yang akan memberikan ruang kepada pengendali blog, pelayar internet serta media arus perdana memberikan pandangan, kritikan dan berinteraksi dengan pergerakan itu dalam pelbagai isu.

Web blog itu www.sakabangsa.blogspot.com dilancarkan Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah.

Beliau berkata, web blog itu akan menyertakan artikel daripada pengendali blog dan media arus perdana serta memasukkan juga pendapat mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan supaya semua pihak dapat benar-benar memahami isu berkenaan.

“Selama ini kita tidak pernah membabitkan pengendali blog. Media arus perdana dan pengendali blog perlu dibabitkan sama dan memberikan pendapat kerana mereka dekat dengan rakyat.

“Mereka juga mengetahui masalah atau isu di peringkat rakyat akar umbi kerana sentiasa bertemu pelbagai lapisan masyarakat ketika menjalankan tugas.

“Apa yang ditulis oleh media termasuk pengendali blog juga membentuk persepsi rakyat mengenai sesuatu isu yang ditulis itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan web blog itu, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Beliau juga berkata, semua pandangan dan kritikan yang dibuat oleh pengendali blog dan media akan diambil tindakan dengan memberikan penjelasan.

“Kita berharap ia akan menjadi cara orang muda berinteraksi secara lebih tersusun dan interaktif,” katanya.

Beliau berkata, isu membabitkan Pemuda Umno yang memerlukan tindakan segera akan disampaikannya kepada Ketua Pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk dijawabnya.

Sumber : www.bharian.com.my

Zemanta Pixie


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in