Dapatkan Sekarang!

Jangan cari pasal dengan blogger..

Lawak Rileks 5 Comments »

Blogging Blackmail

Disebabkan blog adalah hak milik persendirian, maka ramai blogger yang seringkali menggunakan blog mereka sebagai tempat untuk melepaskan geram serta menyatakan rasa ketidak puashatian mereka terhadap sesuatu atau seseorang.

Oleh itu, sentiasa kenali rakan-rakan anda atau pelanggan-pelanggan anda… adakah mereka seorang blogger atau tidak?

Jika mereka blogger.. anda juga perlu menjadi blogger untuk mengimbangi “kuasa” mereka.
Jangan memandang rendah dan main-main dengan “kuasa” blog.. kerajaan malaysia sudah ada sedikit pengalaman mengenainya. Oh!

Blog Jana Pendapatan Lumayan

Keratan Akhbar 1 Comment »

blog0001

Keratan akhbar KOSMO (8 April 2008). Klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih besar.

Kebiasaannya, orang ramai  menggunakan blog sebagai tempat untuk mencurahkan idea dan perasaan atau menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling, tetapi jika kena caranya, ia sebenarnya  mampu menjadi ‘lubuk duit’

Jangan lupa dapatkan buku “Rahsia Blogger” dan ketahui “cara yang betul” membuat duit dari blog.

Umno perlu wujud blog saingi lawan: Mohd Ali

Keratan Akhbar 1 Comment »

MELAKA: Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno diminta mewujudkan laman blog masing-masing bagi menyaingi 240 laman serupa yang dihasilkan pihak tertentu, majoritinya cenderung menyokong pembangkang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata usaha itu sebagai menyokong langkah beberapa pemimpin Umno dan komponen BN lain yang mula mewujudkan laman blog masing-masing selepas pilihan raya umum ke-12.

Katanya, laman blog wajar diwujudkan segera bagi menerangkan aktiviti selain membolehkan masyarakat berinteraksi secara terus dengan pemimpin tanpa mengira waktu. Read the rest of this entry »

Majlis Pelancaran “Rahsia Blogger” di Pesta Buku

Makluman 2 Comments »

Sedikit makluman kepada pelawat-pelawat dan pembaca blog rahsiablogger.com, buku “Rahsia Blogger” akan dilancarkan pada hari Ahad, 6 April 2008 di Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.

Majlis Pelancaran akan bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 tengahari. Selain buku “Rahsia Blogger”, 5 buah buku lagi terbitan Truewealth akan turut sama dilancarkan, iaitu :-

  • Buat Duit Dengan SMS oleh Irwan Dahnil
  • Wang Anda & Islam oleh Zaharuddin Abd Rahman
  • Mobile Millions oleh Syahazzly Izham Hamzah
  • Petua Pekerjaan Pertama Anda oleh Omar Ariff
  • Bagaimana memperolehi RM30,000 dalam 30 hari Melalui Hartanah Lelong oleh  Ahmad Tarmizi Jusoh

Kepada yang berkesempatan, silalah hadir ke majlis perlancaran tersebut.. jumpa anda disana!

Yosh!

Penulis blog diberi peluang luah pendapat di RTM1

Keratan Akhbar 1 Comment »
KUALA LUMPUR: Penulis blog bakal diberi peluang meluahkan pendapat dan isi hati mereka secara langsung menerusi rancangan televisyen baru yang akan diterbitkan RTM1 mulai pertengahan bulan ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata rancangan diterbitkan setiap Ahad bermula 20 April, akan menampilkan bual bicara selama 20 minit dengan penulis blog.

Beliau berkata, rancangan berbentuk perbincangan secara serius berkenaan diberi tajuk ‘Blog’ dan akan disiarkan dari jam 8.40 hingga 9 malam.

“RTM mempunyai panel yang akan mengenal pasti penulis blog yang serius dan kita akan menjemput mereka berbincang mengikut topik semasa,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, siaran langsung itu akan menjadi segmen tetap dan diteruskan mengikut kesesuaian serta selagi ia mendapat sambutan penonton.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan idea dan pendapat penulis blog mengenai isu semasa yang dapat membantu pembangunan negara.

“Ia juga membuktikan sikap keterbukaan kerajaan yang sedia untuk mendengar sebarang cadangan dan pendapat penulis blog untuk dikongsi bersama rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, penulis blog yang dijemput belum dikenal pasti namun mungkin ada kejutan dari segi personaliti yang dijemput.

Sumber : Harian Metro

Lepas nie.. bolehlah penulis-penulis blog tayang muka kat TV pula..  tapi masih tidak dapat dipastikan, penulis blog jenis apakah yang akan diberikan peluang ini?.. adakah penulis blog politik sahaja?

Kita sama-sama tunggu dan lihat..


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in