Pandangan Anda Mengenai BLOG di RTM1
Keratan Akhbar 3 Comments »Bagi yang tidak dapat mengikuti rancangan BLOG yang dikendalikan oleh RTM1 pada minggu lepas (20 April 2008), anda bolehlah memuat turun melalui link berikut dan menontonnya. Perbincangan yang agak menarik dengan tetamu undangan, Kadir Jasin. Dan sekiranya anda perasaan, pada minit ke 17.30, emel daripada Zul SmartUsaha dipaparkan.
Download BLOG RTM1 (20 April 08)
48.7 mB
Pada minggu ini pula, tetamu jemputannya ialah Raja Petra yang mana mengendalikan laman Malaysia Today.
Sekiranya anda perasan, untuk dua minggu berturut-turut, penulis blog poliik dikeutarakan dalam program Blog ini. Adakah pada minggu hadapan juga tetamu jemputan adalah seorang penulis blog politik? Mungkin ini tanggapan orang ramai mengenai penulis blog. Sesiapa sahaja yang menulis blog dikatakan orang politik. Sepatutnya, RTM1 memainkan peranan penting dalam membetulkan persepsi masyarakat ini dan cuba keutarakan blogger yang menulis selain daripada topik politik.
Bak kata Kadir Jasin dalam rancangan ini, dalam 50 Blog Popular di Malaysia, hanya 8 blog sahaja yang menulis mengenai politik, malah yang menjadi Blog Paling Popular di Malaysia, Kenny Sia, blognya menceritakan mengenai kehidupan hariannya.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai rancangan ini?




