Dapatkan Sekarang!

Syarikat Pengiklanan Online Malaysia.. mampukah?

Uncategorized 4 Comments »

Baru-baru ini, telah terbit 2 lagi syarikat pengiklanan online dari malaysia, iaitu grabsmyads dan juga nufflets, dan ini menjadikan bilangan syarikat pengiklanan online dari malaysia kini menjadi 4.

Persoalannya.. sejauh manakah syarikat-syarikat ini boleh berkembang? Saya tidak pasti.. hanya masa yang akan menentukan.

Sewaktu kemunculan nuffnang sebagai syarikat pengiklanan online yang pertama dari malaysia, ianya telah membuka seribu satu harapan kepada pemilik-pemilik blog dari malaysia. Terutama sekali blog-blog berbahasa melayu yang sememangnya agak kecewa dengan google adsense.

Kemunculan advertlets, sebagai syarikat pengiklanan online yang kedua dari malaysia, menceriakan lagi harapan pemilik-pemilik blog di malaysia.

Namun begitu, kecerian itu semua semakin pudar baru-baru ini..

Di awal kemunculan advertlets dahulu, ianya kelihatan lebih bersedia dan matang. Strategi pengiklanannya yang dimulakan dengan survey untuk mengenalpasti prospek dari segi jantina, umur dan juga demografi dilihat sebagai satu strategi yang agak baik dan bijak. Perkara ini sudah semestinya akan memberikan kelebihan kepada advertlets untuk menarik pihak “advertiser” dengan lebih mudah, kerana mereka mempunyai maklumat yang lebih tepat mengenai “prospek” & “target market” yang diperlukan oleh pihak advertiser.

Namun begitu, kematangan advertlets kini sedikit tercalar apabila ramai pihak “publisher” yang merungut tidak menerima bayaran mereka. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pihak advertlets ialah mengenai masalah “click fraud” yang terdapat di dalam akaun publisher.

Saya kira, ini sebenarnya adalah satu langkah yang kurang tepat yang telah dilakukan oleh advertlets kerana memperkenalkan kaedah pengiklanan secara CPC. Seperti yang diketahui, sehingga kini, gergasi pengiklanan online dunia.. Google, juga masih lagi tidak dapat menangani sepenuhnya masalah click fraud ini. Jadi, apakah advertlets, sebagai sebuah syarikat yang baru ingin berkembang.. dapat menangani masalah ini?. Pihak advertlets seharusnya menyedari akan hal ini dan bersedia menangani perkara ini sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya… mewujudkan pengiraan “earning” berdasarkan PPC sebenarnya, bermaksud.. mewujudkan 1001 masalah.

Berbeza dengan nuffnang , bayaran pengiklanan adalah berdasarkan “tempoh masa”. Walaupun pengiklanan kaedah ini tidak begitu menghairahkan bagi pihak “advertiser “… tetapi ia mampu menghapuskan “sakit kepala” yang perlu ditanggung oleh nuffnang dengan pihak publisher….. yang sudah semestinya lebih ramai dari pihak “advertiser”.

Satu hakikat yang perlu difahami oleh mana-mana syarikat pengiklanan online ialah..
- sakit kepala dengan advertiser… syarikat anda mungkin rugi.
- sakit kepala dengan publisher (blogger).. syarikat anda mungkin boleh lingkup…

Jesteru itu, syarikat pengiklanan online perlulah bijak menangani serta mengimbangi kedua-dua belah pihak, sama ada advertiser ataupun  publisher.

GrabMyAds & Nufflets pula adalah 2 pemain baru…  Jika nuffnang & advertlets cuba memikat “advertiser” dari syarikat-syarikat besar.  Kedua-dua pemain baru ini pula nampaknya lebih menumpu kepada golongan “advertiser” kecil-kecilan.

GrapbMyAds nampaknya mempunyai konsep pengiklanan yang sedikit menarik bagi advertiser.. namun begitu, dengan rekabentuk web yang kurang profesional dan terdapat broken link sewaktu saya ingin mendaftar sebagai advertiser menyebabkan saya berasa was-was dengan kemampuan sebenar syarikat ini.

Nufflets.. nampaknya menggunakan kaedah CPC, ada harapan pihak nufflets juga akan mengalami sakit kepala yang sama seperti advertlets. Malah ia lebih bahaya lagi kerana ia melibatkan “advertiser” kecil-kecilan yang sudah tentunya lebih “strict” dan lebih berkira dengan bajet mereka.

Apa-apa pun,  saya mengucapkan syabas kepada semua syarikat pengiklanan online di Malaysia ini kerana berani untuk mengorak langkah dan memberikan harapan kepada penulis-penulis blog di Malaysia untuk menjana pendapatan di blog mereka dengan lebih baik lagi.

Diharap entri saya ini dapat diterima dengan terbuka oleh syarikat-syarikat pengiklanan ini dan diambil sebagai satu komen yang membina.

Selamat tahun baru saya ucapkan dan selamat menjadi sebuah syarikat pengiklanan online yang terbaik di Malaysia & Asia.

Yosh

Sidebar.. Kiri atau Kanan?

Buat Duit, Tips Blog 7 Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya syukur Alhamdulillah anda masih diberikan kesempatan olehNYA untuk membaca post saya. Baiklah post kali ini lebih berbentuk pendapat saya sendiri dan saya belum tahu sejauh mana keberkesananya. Namun saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua dan saya ingin tahu adakah anda bersetuju dengan pendapat saya pada kali ini. (Maklumlah pendapat budak sekolah siapa nak dengar)

Jika anda mempunyai blog sudah tentu anda akan kenal sidebar merupakan satu aset yang cukup penting. Pada sidebarlah kita meletakkan iklan, chatbox, link kawan-kawan dan sebagainya. Jadi tidak keterlaluan saya katakan tema blog yang tidak mempunyai sidebar adalah cacat. ( Ada saya pernah jumpa ) Persoalanya timbul sidebar yang terletak dikiri atau kanan lebih baik? Ini kerana terdapat beberapa theme wordpress mahupun blogger yang menggunakan kedua-duanya.

Baiklah kita dengar pendapat saya pada kali ini ingin dikongsikan dengan anda. Pada pendapat saya sidebar yang terbaik adalah terletak di sebelah kanan. Mengapa? Jawapanya mudah kerana scroll bar sesebuah web browser terletak disebelah kanan. Apa kaitanya? Kaitanya cursor pelawat sudah tentu lebih dekat dengan sidebar anda keranan mereka akan menggunakan scroll bar untuk melihat kebawah blog anda.

Jadi jika anda meletakkan adsense atau sebarang iklan di sidebar sebelah kanan, kemungkinan anda boleh mendapatkan lebih banyak klik. Kalau adsense semakin banyak klik semakin banyak duit yang kita dapat. Senang bukan? Jika sekaran anda menggunakan themes blog yang menggunakan sidebar disebelah kiri, saya tidak paksa anda menukarnya namun saya menggalakkan anda cuba praktikkan teori saya ini. Jika berkesan bagi tahu hasilnya di sini.

Mudahnya tip kali ini namun mampu mengubah pendapatan adsense anda. Yosh!

Sekian

Pemilihan Nama Domain part 2

Tips Blog 1 Comment »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya kembali lagi dengan tip pemilihan nama domain part 2. Sekali lagi ingin dingatkan jangan sekali-kali memandang remeh pemilihan nama domain untuk blog anda sama ada anda menggunakan blog berbayar atau percuma. Baiklah pernahkah anda melawat blog ini http://blog.shoesview.net ? Baiklah jika anda belum melawatinya apa kata anda agak blog tersebut akan membincangkan tentang apa yer?

Ya betul! Sudah tentu tentang kasut sebab nama domainya terdapat perkataan “Shoes”. Ok tip kali ini ialah pilih nama domain yang ada kaitan dengan niche yang anda pilih. Kenapa? Ini supaya pelawat tidak terasa tertipu dengan domain anda. Saya juga akan terasa tertipu bila saya melawati blog yang mempunya nama domain yang mengandungi perkataan “computer” tetapi pemiliknya menulis tentang bunga. Apa yang pasti pemilik blog tersebut akan kehilangan ramai pelawat dek kerana kesilapan memilih nama domain. Pelawat akan terus meninggalkan blog anda kerana mereka akan terasa tertipu dan sudah tentu akan mencaci laman web anda :D

Contohnya jika anda ingin membuat blog tentang cara-cara membuat nasi lemak. Pilihlah nama domain yang mengandungi perkataan berkataan “nasilemak” seperti www.nasilemak.com, www.nasilemakbest.com dan sebagainya. Pemilihan nama domain sebegini juga akan membantu anda dalam mencapai ranking yang terbaik di search engine. Jika anda search di Google atau Yahoo dengan keyword “Nasi Lemak” sudah tentu blog yang menggunakan domain www.nasilemak.com akan berada di rangking yang teratas.

Itulah tip pemilihan domain untuk kali ini dan diharap dapat membantu anda untuk memantapkan blog masing-masing. So di bawah adalah point-point penting untuk memilih domain:

1) Pastikan nama domain anda simple dan funky.
2) Pastikan nama domain anda mudah diingati.
3) Pastikan nama domain anda tidak terlalu panjang.
4) Pastikan nama domain anda berkaitan dengan content blog yang anda ingin tulis.

Ok tunggu apa lagi dapatkan domain yang simple dan funky segera di www.sempoihosting.com. Cepat jangan tunggu lagi!

sekian.

Pemilihan Nama Domain part 1

Tips Blog 5 Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah, sudah lama saya tidak membuat post disini kerana sibuk dengan exam dan sekarang saya sudah free untuk sentiasa membuat post di sini. Baiklah saya ingin berkongsi dengan satu tips penting untuk anda memantapkan blog masing-masing. Dah ready?

Ramai yang acuh tak acuh dalam memilih nama domain dan ada pula yang memandang remeh pemilihan nama domain. Saya ingin tegaskan di sini! Pemilihan nama domain ( walaupun anda menggunakan blog percuma ) adalah amat penting kerana ia akan bertindak sebagai salah satu faktor yang menarik pelawat ke blog anda. Tidak percaya? Baiklah contohnya anda membeli domain www.namadomainyangmemangsedap.com dan www.hebat.com. Apabila anda melakukan promosi dan ramai pelawat akan memasuki kedua-dua blog anda di atas. Cuba anda agak laman antara kedua-dua blog di atas, laman blog manakah yang akan dilayari oleh pelawat yang sama berulang-ulang kali?

Sudah tentu blog www.hebat.com kerana pelawat akan mudah untuk mengingati domain yang simple dan mempunyai makna! Ya, jika anda juga seorang pelawat yang melawat kedua-dua blog di atas, sudah tentu anda akan melayari semula www.hebat.com kerana anda akan ingat nama domain tersebut. Lihat sahaja domain Yahoo, Google dan Amazon. Mereka menggunakan nama domain yang simple dan funky supaya pelawat mudah untuk mengingati nama domain mereka dan pelawat akan terus melawat web mereka.

Samalah dalam konsep blog. Jika nama domain anda simple dan funky sudah tentu pelawat akan terus melayari blog tersebut walaupun mereka tidak bookmark blog anda. Oleh itu, bagi yang baru hendak buat blog pastikan anda memilih blog yang simple dan funky.

Sekian.

p/s: Tunggu tip pemilihan nama domain part 2 :)

Sistem Statistik Microsoft - Microsoft Gatineau

Feed & RSS, Tips Blog, Uncategorized 2 Comments »

Hmm.Berita nie lepas aku surfing hari nie, baru tau yang nie dah lama. Apa yang aku cakap adalah pasal sistem statistik yang dibangunkan oleh Microsoft untuk pembangun laman web. Lebih kurang seperti Google Analytics, tetapi ianya tidak diberikan secara percuma seperti Google berikan, sebaliknya anda perlulah menjadi klien untuk media pengiklanan Microsoft AdCenter dengan bayaran sebanyak $5 sekali seumur hidup. Aku kurang berminat dengan tawaran nie, dan mungkin akan setia dengan Google Analytics disamping dengan sistem statistik yang disediakan oleh cPanel dan SlimStat yang aku gunakan. Walaubagaimanapun, aku telah sempat mencuri beberapa screenshot dari laman BlogNation:

Microsoft Gatineau
Gambar : Antara muka Microsoft Gatineau

Microsoft Gatineau
Gambar : Contoh Report Microsft Gatineau

Kalau anda berminat, anda boleh request invitation untuk menyertainya dari laman Microsoft adCenter.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in