Dapatkan Sekarang!

Subscription RSS melalui Email

Tips Blog, Tutorial Blog 8 Comments »

Salah satu cara untuk meningkatkan bilangan RSS subscriber anda ialah dengan menawarkan perkhidmatan subscriber melalui email. Paad mulanya saya tidak percaya, tetapi apabila melihat sendiri kesannya.. saya mengakuinya.

Pada mulanya, saya hanya meletakkan “ikon” butang subscribe RSS sahaja di blog saya (mohdsuhaimy.com) , tetapi apabila saya meletakkan  fungsi subsribe RSS melalui email, subscriber RSS saya meningkat hampir 20%.  Pada mulanya, saya agak terkejut…. mengapa perkara ini boleh berlaku?…

Tetapi selepas beberapa seketika.. barulah saya faham… sebenarnya.. “ramai orang tak tahu apa itu RSS, apatah lagi menggunakan RSS reader…. ho! ho!..  apa yang mereka terrer guna.. ialah email ! “..

Jadi.. apabila ada fungsi “post-post baru akan dihantar terus ke email mereka”.. maka, ia menjadi satu pilihan yang sungguh menghairahkan buat mereka.

Antara tools yang boleh anda gunakan untuk membolehkan post-post di blog anda dihantarkan terus ke email pelanggan-pelanggan RSS anda adalah seperti

========================
Tutorial Buat Email Subscription
========================

Bagaimana nak buat kotak subscription email seperti di sebelah? Mudah sahaja..

1. Login ke dalam akaun feedbuner anda. (kalau takde lagi.. boleh register percuma sahaja)

2.  Klik pada akaun blog anda, cari tab “Publicize >> Email Subscriptions”

3. Copy & paste kod yang disediakan ke bahagian sidebar blog anda.

Siap!..  ho! ho!.. maaf kerana tutorial yang disediakan terlalu ringkas.. nanti kalau sempat saya akan buat tutorial ber”video”.

Thanks.

Tutorial Ikon Kegemaran… (favicon lah!)

Tutorial Blog 4 Comments »

Favourite Icon kadangkala memang nampak remeh dan bukanlah sesuatu yang penting dan ia seringkali diletakkan sebagai “to-do-list” yang terakhir sekali di dalam kita menghasilkan blog.

Tapi secara sedar atau tidak.. favicon sebenarnya boleh membantu di dalam pembinaaan “branding” blog @ website anda.. lihat sahaja web-web yang besar.. seperti hostgator, namecheap, google, yahoo, alexa, amazon dan lain-lain.. kesemuanya mempunyai favicon bagi website mereka.

Jadi, usah ketinggalan menggunakan favicon sebagai salah satu teknik “branding development”blog anda.. (lihat diatas.. rahsiablogger kini sudah ada “ikon kegemaran” yang sempoi!!)

Ok.. untuk membuat favicon.. berikut adalah langkah-langkahnya.

Bahan-bahannya..

1 - sebuah grafik kecil yang brukuran 16×16 px ber”extension”kan dot .ico 

Macam mana nak buat fail format .ico? Bagi pengguna Adobe Photoshop, anda perlu download terlebih dahulu plugin khas yang membolehkan sesuatu fail di “save”kan sebagai format”windows icon (.ico)”. Anda boleh dapatkan plugin tersebut secara percuma tersebut disini>

>> Install Plug-in di Photoshop

Lepas dah download, install plugin tersebut. Bagaimana nak install? Mudah sahaja!. Hanya perlu copy & paste kan fail yang bernama “ICOFormat.8bi” tersebut ke dalam folder “File Format” program photoshop anda (Contohnya : C:\Program Files\Adobe\Photoshop CS\Plug-Ins\File Formats )

>> Reka “ikon kegemaran” anda di photoshop

Buka program photoshop anda. , Create New File dengan ukuran 64×64 px untuk buat design… (bila dah siap design nanti, barulah di resizekan kepada 16×16px).

favicon new

>> Setelah siap merekabentuk favicon anda, resize keapda 16×16 px dan “save” kan ia dengan nama “favicon” dan pilih format “ICO (Windows Icon)”.

>> selepas siap, upload ke dalam main folder blog @ website anda

2. tambahkan Kod Berikut di header blog anda. 

<link rel="shortcut icon" href="/favicon.ico" type="image/x-icon" />

Pastikan anda “copy” kod diatas dan  “paste”kan ia kedalam koding header blog anda. Letakkan ia diantara tag <head>…  “letak kod tu kat sini”… </head>. Untuk blog wordpress , kod tersebut biasanya terdapat di dalam fail template anda yang bernama “Main Index” .

Lepas edit, save… tadaaa! siaplah sudah ikon kegemaran anda!

Jangan lupa mencuba..!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in