Dapatkan Sekarang!

Tulis apa yang anda minat…

Lawak Rileks, Tips Blog 5 Comments »

Do What You Love

Saya kira, nasihat ini sudah menjadi terlalu “klise”.  Ramai orang yang berjaya akan menasihatkan anda “Buat apa yang anda suka dan duit akan datang kepada anda”..

Benarkah?

Dalam bidang penulisan blog.. kita akan sering mendengar orang memberikan nasihat yang berbunyi..“Tulislah blog tentang sesuatu topik yang anda minat..  ia akan membantu anda mengekalkan semangat untuk menulis disamping dapat membantu anda dari kekurangan idea untuk menulis blog.. dan kemudian, duit akan datang kepada anda.”

Nasihat ini memang baik, tetapi bagi saya ia masih belum mencukupi..

Ramai orang yang membuat apa yang mereka suka tetapi wang tetap tidak datang kepada mereka.  Penyanyi, pelakon, pelukis komik, mat rempit,  pengumpul dvd, posmen (jangan memain! ada tau orang yang suka menjadi posmen) , penulis sajak dan sebagainya.

Begitu juga dengan penulis blog, anda boleh menulis tentang perkara yang anda minati seperti tentang kucing, moto, kereta, iphone, nasi lemak, rahsia tahi lalat dan sebagainya…  dan wang akan datang kepada anda… err.. betul ke?

Betul! tapi tidak mencukupi…

Satu perkara yang perlu anda lakukan selain “menulis apa yang anda minat”… anda juga perlulah tahu meng”komersial”kannya..  barulah “duit akan terbang melayang” kepada anda.

Jika hanya minat melukis tapi tidak pernah menjualkan hasil lukisannya.. duit takkan datang

Jika hanya minat merempit tapi tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lumba motor.. duit takkan datang

Jika hanya minat menulis blog tetapi tidak bijak me”monetize”kannya.. susah juga duit nak datang..

Monetize =  mendapatkan hasil berupa wang menerusinya

Macam mana nak “monetize” kan blog anda? Silalah dapatkan buku “Rahsia Blogger” di pasaran sekarang… ho! ho! ho!..

Promosi Berbayar.. perlukah?

Tips Blog 5 Comments »

Satu pertanyaan yang pernah diajukan kepada saya ialah.. “Perlukah saya mempromosikan blog saya dengan promosi berbayar seperti membeli banner, text-link ataupun menggunakan google adword?”

Sebenarnya ia bergantung kepada tujuan serta jenis-jenis blogger..

Sesetengah blogger.. gilakan “glamour”.. (ini kes yang gagal ujibakat AF) jadi mereka tidak kisah membelanjakan seberapa banyak wang pun untuk mempromosikan blog mereka.. yang penting! blog mereka akan menjadi terkenal dengan cepat… mereka tak peduli sama ada blog mereka akan menghasilkan wang atau tidak.. mereka cuma mahukan populariti..
Sesetengah blogger.. ber”otak biz”..  agak berhati-hati jika ingin membeli iklan untuk mempromosikan blog mereka.. semua perbelanjaan pengiklanan, akan dikira dengan teliti agar ia selari dengan pulangan keuntungan yang dihasilkan menerusi blog tersebut (Mesti ada kira2 ROI orang kata).

Sesetengah blogger.. menulis blog hanya untuk suka-suka & cuba-cuba sahaja.. kalau ada rezeki hasil menulis blog ini..alhamdulilah.. kalau tak ada.. takperlah.. boleh cuba benda lain pula.. ho! ho!.. blogger yang seperti ini memang lebih sesuai menggunakan teknik promosi yang percuma sahaja..

Jadi terpulang kepada anda… untuk apa anda mengeluarkan wang untuk promosi blog anda? Untuk populariti? untuk branding? untuk hasilkan lebih banyak keuntungan? atau tiada tujuan yang tertentu sebab duit dah banyak sangat dan tak tahu nak buat apa? oh!…

Selamat Hari Raya

Makluman, Uncategorized 2 Comments »

Sempena sambutan hari raya aidilfitri ini, saya mewakili team “Rahsia Blogger” ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfiteri” kepada semua pembaca blog ini… segala salah dan silap mohon dimaafi. Semoga hari raya tahun ini membawa manfaat dan seribu kegembiraan kepada anda.

Salam aidilfitri!

Apakah Gaya Post Anda?

Asas Blog 8 Comments »

Sebagai seorang penulis blog, anda dan saya harus senantiasa memperbaiki gaya tulisan post yang dihasilkan supaya seronok dibaca namun tetap berilmiah. Post kali ini saya akan berkongsi tips mempelbagaikan gaya menulis post yang boleh dicuba iaitu:

  1. Post Berbentuk Peribadi

Saya percaya ramai penulis blog suka akan cara ini kerana kebanyakan blog berkisarkan cerita peribadi dan pelbagai macam cerita kehidupan. Kebolehan menggarap post dengan baik diperlukan supaya pembaca terus membaca post tersebut hingga selesai dan tidak jemu.

 

  1. Post berbentuk Tips

Anda boleh memberikan tips berkaitan dengan tema blog anda, sebagai contoh tips menguruskan badan dan seumpamanya. Gunakan bullet dan nombor pada tajuk post seperti ”10 Langkah Buat Duit dengan Blog” untuk menarik perhatian dan memudahkan pembaca membaca isi kandungan.

 

  1. Post berbentuk fakta

Post yang dihasilkan perlu mempunyai sumber yang kukuh dan dipercayai seperti statistik, akhbar atau penyeledikan. Agak susah untuk ditulis dan jarang melakukannya kecuali tulisan dari Ustaz-ustaz yang memerlukan dalil-dalil untuk mengukuhkan fatwa dan keputusan.

 

  1. Post berbentuk penawaran atau cadangan.

Post begini biasanya dihasilkan untuk mempromosikan barangan dan mendapat komisen dari penjual. Namun anda harus ingat bahawa post berbentuk iklan semata-mata tidak akan berjaya kerana ramai orang tidak menyukai ”jurujual” kerana dianggap tidak telus dalam memberikan cadangan. Sebaiknya, berikan informasi dengan telus dan berbentuk ”memberitahu” dari menjual.

 

  1. Menggabungkan semua bentuk post diatas

Jika anda mampu menggabungkan kesemua jenis post seperti yang disebutkan sebelumnya, post yang dihasilkan akan mempunyai fakta, cerita, tips dan tawaran yang natural dan menghburkan. Saya akui saya sendiri menyukai post sebegini berbanding fakta biasa.

Akhir kalam, saya ucapkan Selamat mencuba dan jangan lupa berkongsi teknik yang anda gunakan disini :D

 

Blog Cikgu Suraya..

Asas Blog, Tips Blog 5 Comments »

Sewaktu saya belajar di universiti 5 tahun lalu , saya lihat, ramai juga pensyarah-pensyarah yang akan menyuruh pelajar-pelajar mereka masuk ke dalam website persendirian yang mereka bina khas untuk subjek yang mereka ajar, di dalam website tersebut, mereka akan meletakkan soalan-soalan assignment dan juga nota-nota kuliah yang mereka ajarkan di dalam kelas.

Selain dapat menjadikan seseorang pensyarah itu kelihatan “sangat” hebat (sebab pandai buat website) , ia juga banyak membantu serta memudahkan proses pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar (termasuk pelajar yang ponteng kuliah.. oh!).

Namun begitu, apa yang saya sedari pada waktu itu.. kebanyakkan laman web yang dibina oleh pensyarah-pensyarah ini seringkali terabai dan tidak dikemaskinikan. Apabila ditanya, “Mengapa Pn. Suraya (bukan nama sebenar) tidak kemaskinikan website puan?”, jawapan yang paling kerap diberikan ialah.. “Oh! saya takde masa.. tak sempat!”.

Maklumlah, “website” sememangnya memerlukan masa yang agak panjang sedikit untuk dikemasikinikan. Apabila nak masukkan kandungan baru, mesti nak kena ubah kedudukan beberapa bahagian, nak kena tambah table, menu sebelah kiri nak kena naikkan ke atas sikit, link untuk menu pun nak kena tambah, lepastu page yang lama pun nak kena buat link ke page yang baru.. bila dah siap semua tu.. kena upload pula.. nasib tak baik.. port ftp kena block pula! Aduh.. dah terpaksa kena upload dari rumah pula..

Maka, tidak hairanlah jika website tersebut amat “jarang-jarang” di kemaskinikan. Tapi.. itu cerita 5 tahun lepas!… sekarang sudah ada alternatif yang lebih baik.. apa lagi kalau bukan “BLOG?!”

Pada masa kini, saya berpendapat.. setiap pensyarah perlulah sekurang-kurangnya mempunyai sebuah blog untuk diri mereka @ untuk subjek pelajaran yang mereka ajar. Selain ia dapat memudahkan proses pembelajaran antara pensyarah & pelajar, blog juga dapat membantu mereka berinteraksi dengan pelajar-pelajar mereka dengan lebih teman tapi mesra lagi.

Blog juga lebih mudah dikemaskinikan berbanding website!… hanya taip-taip-taip.. kemudian tekan butang “publish!”.. Walla! siap dikemaskinikan.. tiada lagi masalah kena buat link manual, kena upload dari rumah serta masalah “kenapa gambar kat web saya tak keluar nie? argghhh..” ..

Jadi.. kepada semua pensyarah-pensyarah @ cikgu-cikgu di seluruh dunia yang membaca blog ini!… Silalah bina sebuah blog untuk menjadikan anda kelihatan lebih “kool” dan hebat di mata pelajar-pelajar anda..

Tak tahu macam mana nak buat blog?.. Mudah sahaja! Dapatkan segera buku “Rahsia Blogger” melalui blog ini… mudah, murah dan pantas..


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in