Blog bahasa melayu…. mampukah?
Tips Blog 12 Comments »Setuju atau tidak…. ini adalah hakikat yang perlu anda terima pada waktu ini. Jika anda ingin membuat “DUIT yang BANYAK” secara langsung menerusi blog, anda mestilah menulis blog di dalam bahasa inggeris..
Ini adalah hakikat.. dan saya menyatakannya berdasarkan fakta. Saya akui, blog bahasa melayu juga boleh menghasilkan wang.. tetapi “menghasilkan wang” dan “menghasilkan wang yang BANYAK”.. adalah 2 perkara yang berbeza. Buat masa ini saya tidak menjumpai lagi blog berbahasa melayu yang mampu menjanakan wang yang sangat BANYAK setiap bulan… dan sememangnya saya amat ternanti-nantikan saat itu (saat dimana penulis blog bahasa melayu berjaya menghasilkan wang yang banyak).
Potensi pembaca blog bahasa melayu hanyalah dari 3 buah negara sahaja, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia… jika hendak dibandingkan dengan bahasa inggeris, potensi pembacanya adalah satu dunia, termasuk Malaysia, Brunei & Indonesia.
Ditambah lagi dengan masalah kadar celik “pengiklanan atas talian” yang rendah bagi ketiga-tiga buah negara tersebut menjadikan penulis-penulis blog bahasa melayu semakin sukar untuk menjanakan pendapatan menerusi blog mereka menggunakan teknik penjualan iklan menerusi pihak ketiga (adsense, blogads dan sebagainya).
Kemunculan nuffnang & advertlets , memberikan sedikit harapan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Walaupun keberhasilan 2 program pengiklanan tempatan ini belum teruji & terbukti sepenuhnya sebagai sumber yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada penulis-penulis blog berbahasa melayu. Namun begitu, ia serba sedikit dapat mengubat rasa kecewa penulis-penulis blog berbahasa melayu terhadap program-program pengiklanan antarabangsa yang disertai seperti google adsense, reviewme dan sebagainya.
Mahu atau tidak, penulis-penulis blog bahasa melayu perlulah mencari alernatif yang lain untuk menjana pendapatan dari blog mereka, sama ada menjual produk buatan sendiri ataupun menjual ruang iklan di blog mereka secara langsung tanpa bantuan pihak ketiga (google, text-links-ads, reviewme dan sebagainya). Di dalam konteks “penjanaan wang menerusi blog”.. saya melihat, penulis-penulis blog berbahasa melayu memerlukan daya survival yang tinggi untuk bersaing dengan penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. sejauh mana daya survival tersebut? Hanya masa yang dapat menentukannya..
Saya minta maaf kerana terpaksa menyatakan hal ini, tetapi saya rasa ini adalah lebih baik daripada terus menerus memberikan angan-angan yang kosong kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat “BESAR” menerusinya…
Jika anda berhajat untuk menulis blog di dalam bahasa melayu dan mengharapkan pendapatan yang sangat banyak menerusinya.. maka bersedialah untuk berusaha 10 kali ganda daripada penulis-penulis blog berbahasa inggeris.. buktikan anda juga boleh berjaya menghasilkan wang menerusi blog anda!
Selamat berblog.. dan selamat menjana wang menerusi blog.


