Dapatkan Sekarang!

Deal baaaaaaek punya!

Buat Duit 5 Comments »

Salah satu cara untuk membuat duit di internet menerusi blog adalah dengan menyertai mana-mana program affiliate dan memasarkan produk mereka di dalam blog anda. Setiap jualan yang terhasil anda akan mendapat habuan berupa bentuk komisyen.

Hari ini saya ingin perkenalkan anda dengan sebuah website yang menyediakan program affiliate yang menarik, iaitu.. website dealdotcom.com

Deal Dot COm Website

Dealdotcom.com adalah merupakan sebuah website yang menjual produk-produk original berkaitan dengan “Internet Marketing” dengan harga yang murah. Setiap hari, satu produk akan dipilih dan dijual dengan harga yang sangat murah.

Oleh itu, jika anda salah seorang penggiat “internet marketing” jangan lepaskan peluang melawati website ini setiap hari.. mana tahu, satu hari nanti ada produk idaman anda yang akan dijualkan dengan harga runtuh di website ini. Bolehlah anda cepat-cepat dapatkannya..

Ok!.. itu berkenaan website tersebut.. persoalannya sekarang..  bagaimana anda boleh membuat duit menerusinya?

Mudah sahaja!.. daftar sebagai affiliate di  website mereka. Dapatkan url affiliate anda dan promosikan url affiliate tersebut di blog anda. Anda akan mendapat komisyen sebanyak 35% bagi setiap jualan yang terhasil dari link anda.. ya! 35% komisyen dari harga produk tersebut.. apa yang lebih menarik, dealdotcom.com ini menawarkan program affiliate 2-tier. Ia bermaksud, jika ada anda ada orang bawah dan orang bawah anda membuat jualan.. anda juga akan mendapat komisyen, tetapi hanya 15% sahajalah.. (15% pun banyak juga tu..!)

Jika blog anda menggunakan perisian worpress, ada berita baik untuk anda. Sekarang ada  cara yang lebih menarik untuk mempromosikan produk-produk dari dealdotcom.com ini, iaitu dengan menggunakan plugin. Plugin ini telah dihasilkan oleh saudara azlankasim , dan anda boleh mendapatkkannya secara percuma disini.

Hanya perlu installkan plug-in tersebut ke dalam blog anda dan anda boleh lihat, satu paragraph berkenaan produk-produk dari dealdotcom.com yang beserta sedikit keterangan akan dipaparkan di blog anda. Ianya akan dikemaskinikan secara automatik pada setiap hari,.

Selamat mencuba!

Menukar Template Blog @ Blogger.com

Tips Blog, Tutorial Blog 6 Comments »

Ok! Hari ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana anda boleh menukarkan skin @ template blog anda di blogger.com , dari template yang “tipikal” kepada paparan template yang lebih “stylo”.

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan template blogger.com secara percuma antaranya ialah seperti :-

Untuk blogger.com, templatenya terdapat dalam 2 jenis format, iaitu :-

  1. Format Html - template versi lama atau disebut juga versi classic
  2. Format XML - template versi baru

Untuk menukar template blogger anda dengan menggunakan format XML, terdapat 4 langkah yang perlu anda lakukan.

1. Download dan “save” ke dalam komputer anda mana-mana template format XML yang anda berkenan dari mana-mana website yang menyediakan template percuma.

Download 7 save

2. Login ke dalam control panel akaun blogger anda dan klik pada bahagian “template @ layout> edit html”

Blogger Control Panel

3. Cari template yang anda telah save di dalam komputer ana tadi, dan kemudiannya tekan butang “upload”

Upload

atau.. anda boleh “select all & copy” semua aturcara XML yang terdapat di dalam fail xml tadi dan “paste” kan aturcaa tersebut ke dalam ruangan “EditTemplate”.. dan kemudiannya, tekan butang “Save Template”.

4. Tadaaaaaa!!! Siap! Kini jika anda buka blog anda.. ia sudah pun berwajah baru!..

Selamat mencuba!

5 Sebab Mengapa Perniagaan Anda Perlukan Blog..

Uncategorized 3 Comments »

Blog kini bukan lagi hanya digunakan oleh anak-anak muda untuk menceritakan tentang kucing peliharaan mereka yang beranak 6 atau mencatatkan kekecewaan seorang gadis kerana jejaka idaman hatinya gagal membalas sms yang dihantar olehnya. Blog kini sudah digunakan untuk pelbagai tujuan, politik, dakwah, hiburan alternatif, dan tidak ketinggalan juga untuk tujuan perniagaan.

Jika anda mempunyai perniagaan dan anda tidak mempunyai blog.. anda sememangnya tidak kooool. Sebagaiseorang usahawan Gen-Y yang kool, perniagaan anda mestilah mempunyai blog.. musti!

Berikut adalah beberapa sebab mengapa perniagaan anda perlu mempunyai blog.

1) Menarik Trafik Ke website

Pada mulanya, ia memang agak sukar. Ini kerana, selain anda perlu mempromosikan website perniagan anda, anda juga perlu mempromosikan blog perniagan anda. Kini anda mempunyai 2 kerja/bebanan/website yang perlu dipromosikan. Namun begitu, apabila enjin carian sudah menjumpai blog anda dan sudah berjaya mengenalpasti topik/bidang yang anda bicarakan di dalam blog anda.  Insyallah.. kedudukan/ranking blog & website anda akan naik secara mendadak.  Enjin carian sememangnya gemarkan isi kandungan yang baru, segar dan selalu di update. Di tambah dengan katakunci-katakunci serta link yang berkaitan,  maka seharusnya tiada masalah untuk blog anda membantu menaikkan ranking website perniagaan anda.

2) Maklumbalas Yang Pantas

Ciri-ciri blog yang mengandungi ruangan komen pada setiap pos membolehkan pelangan-pelanggan / bakal-bakal pelanggan anda memberikan maklumbalas tentang produk/perniagaan anda dengan lebih pantas & murah. Seperti yang anda sedia maklum.. di dalam perniagaan.. maklumbalas pelanggan adalah amat-amat berharga untuk sesebuah perniagaan memperbaiki & memajukan lagi perniagaan mereka. Berbanding jika perniagaan yang tidak mempunyai blog.. untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan, mereka perlu menjalankan survey sama ada menerusi booth-booth pameran yang disewa di pesta-pesta pameran atau menyediakan borang maklumbalas yang dilampirkan bersama produk mereka. Kaedah seperti itu memerlukan kos yang agak tinggi (sewa booth, kos print kertas, kos pos dan sebagainya) dan lambat…

3) Meningkatkan Kredibiliti + Kepercayaan = Jualan

Apa yang menarik, blog akan mewujudkan perasaan “dekat” diantara anda dengan pelangan-pelanggan anda. Melalui blog mereka dapat berinteraksi secara terus dengan anda.. dengan itu, ia akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan-pelanggan anda kepada anda. Lebih-lebih lagi jika perniagaan anda adalah perniagaan yang berasaskan “perkhidmatan” atau pun “khidmat nasihat”.  Pembangunan jenama & kredibiliti adalah amat kritikal dan penting…. dan blog! mampu membantu meningkatkan kedua-kedua ciri tersebut untuk perniagaan anda.

4) Pemasaran yang mudah

Anda ada produk baru yang ingin dilancarkan? Umumkannya sahaja di blog anda!. Jika anda sudah mempunyai pembaca-pembaca setia di blog perniagaan anda, sememangnya tidak sukar untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru bagi produk anda.

Jadi.. usah berlengah lagi..  bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang..

Rahsia Blogger @ TV1

Uncategorized 14 Comments »

Dibawah adalah sedikit sedutan temuramah dengan penulis buku “Rahsia Bolgger” yang telah disiarkan di TV1 pada pukul 8.40 pada 21/0/2007

Buku Rahsia Blogger @ TV1

Akan Terbit..

Uncategorized 7 Comments »

Dalam masa beberapa hari lagi.. sebuah buku yang akan membongkarkan rahsia bagaimana seorang penulis blog menghasilkan wang akan diterbitkan. Buku tersebut telah ditulis oleh saudara Mohd Suhaimy a.k.a shuth bersama saudara Mohammed Farid Sulaiman dan akan diterbitkan oleh pihak Truewealth Publishing.

Kepada mereka yang berminat ingin mengetahui bagaimana hendak menghasilkan wang menerusi blog, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini dipasaran kelak.

Buku ini juga boleh didapati secara online menerusiblog ini dengan harga istimewa. Untuk menjadi orang yang terawal mengetahui bilakah buku ini akan berada di pasaran serta mendapatkan diskaun istimewa. Anda boleh klik gambar dibawah.

Buku Rahsia Blogger


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in