Dapatkan Sekarang!

Pindah Blog..

Tips Blog 10 Comments »

Seringkali.. mereka yang baru ingin memiliki blog akan menggunakan perkhidmatan blog-blog yang percuma seperti blogger.com & wordpress.com. Perkara ini bagi saya memang tidak ada salahnya. Selain ia dapat membantu newbie membiasakan diri dengan penggunaan blog, ia juga dapat menjimatkan kos.

Namun begitu, apabila lama-kelamaan menuils blog, mereka selalunya akan mula menyedari beberapa kekurangan menggunakan perkhidmatan blog yang percuma seperti tidak boleh meletakkan iklan google adsense (contohnya wordpress.com) , tidak boleh menambah plug-in yang best & cool disamping menangung risiko blog mereka akan di terminate secara tiba-tiba.

Pada waktu itu, mereka akan mula sedar & merasakan mereka perlu berpindah kepada blog yang di”host”kan  sendiri dengan nama domain dot com sendiri yang sememangnya lebih “cooooool”.

Namun begitu.. satu persoalan yang timbul! Perlukah mereka memulakan semula blog mereka from zero?… Adusss…  sayangnya… dah banyak entri yang dihasilkan, takkan nak tinggalkan macam tu je?

Oh! Jangan risau… sebenarnya, anda boleh memindahkan entry-entry di blog lama anda ke dalam blog yang baru.

Caranya? Mudah sahaja…  sebelum itu, kaedah ini hanya boleh digunakan jika blog baru anda menggunakan perisian dari wordpress.org sahaja.

Untuk memindahkan entry-entry dari blog lama anda, anda hanya perlu login ke dalam blog yang baru.. kemudian klik pada menu “Manage >> Import“.  Dan anda, sudah boleh mula mengimport entry-entry lama anda..

Import Entry ke Blog Wordpress

Anda hanya perlu pilih sahaja platform blog yang anda gunakan untuk blog lama anda dan ikuti langkah seterusnya..  Setelah selesai, dalam sekelip mata. Blog  baru anda akan dipenuhi dengan entry-entry dari blog yang lama..

Sudah tentunya, tarikh2nya juga akan mengikuti tarikh2 daripada blog yang lama..

Sekian untuk tips kali ini.. selamat berpindah!

Tips Meningkatkan Komen Di Blog!

Tips Blog 15 Comments »

Shrinking Self Esteem

Satu perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh penulis-penulis blog untuk mengembirakan serta memotivasikan diri mereka agar terus bersemangat untuk menulis blog ialah melihat & membaca komen yang ditinggalkan oleh pelawat-pelawat di blog mereka.

Tanpa komen.. penulis akan berasa sedih.
Tanpa komen.. penuils akan lemah sangat untuk menulis.
Tanpa komen juga.. kadang-kala boleh membuatkan penulis berasa murung selama beberapa hari.

Untuk menggembirakan hati, kadangkala, ada juga penulis blog yang menghantar komen di blog mereka sendiri dengan menyamar sebagai orang lain.. (sehingga hari ini, saya tak pernah lagi buat perkara ini.. mungkin boleh gunakan trick ini suatu hari nanti… ho! ho! ho!)

Ok!… hari ini saya akan bagi anda 2 tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda.

Satu cara yang paling mudah.. “Minta sahaja mereka meninggalkan komen!”….

Kadang-kala, anda perlu bersikap jujur dan berterus-terang. Sama seperti jika anda menyukai & meminati seseorang gadis/jejaka. Anda perlu berterus terang dan katakan padanya yang anda amat menyukainya… memang kadangkala ia agak sedikit janggal & memalukan.. tetapi, apa salahnya?.. Kadangkala.. ia amat berbaloi untuk dilakukan.

Begitu juga dengan pembaca-pembaca blog anda, sesetengah daripada mereka, kadangkala perlu di “beritahu” untuk melakukan sesuatu. jadi, tidak ada  salahnya anda beritahu sahaja mereka  agar meninggalkan komen di blog anda, dan percaya tau tidak… mereka akan buat.

Ayat-ayat seperti berikut mungkin sesuai untuk mengarahkan pembaca anda meninggalkan komen di blog anda ..

” Apa pandangan anda untuk topik kali ini?”
“Saya ingin mendengar pendapat anda pula berkenaan hal ini, sila nyatakan di ruangan komen”
” Harap anda dapat kongsikan pengelaman anda pula..”

dan sebagainya…

Tips kedua untuk “Meningkatkan Komen Di Blog! ” ialah.. Tinggalkan komen anda terlebih dahulu di blog orang lain.

Ini adalah sama seperti prinsip menderma… jika anda inginkan wang.. anda kena derma wang anda terlebih dahulu kepada orang lain. Jika anda inginkan senyuman pula, anda perlulah terlebih dahulu memberi senyuman anda kepada orang lain.

Begitu juga dengan komen di blog. Jika anda inginkan komen di blog anda, anda perlulah terlebih dahulu meninggalkan komen di blog orang lain terlebih dahulu!

Perkara ini sama seperti aktiviti “menderma” , jadi ia memang sukar sedikit dijelaskan secara saintifik.. jika anda tidak percaya…. silalah cuba… insyallah mujarab!

Untuk itu, apa kata anda mulakan amalan “memberi komen terlebih dahulu ini” di blog ini?.. ho! ho! :)

Selamt ber”komen”…

Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah?

Uncategorized 16 Comments »

Seringkali ramai yang mempersoalkan.. apakah tujuan anda menulis blog? Adakah kerana minat? Atau semata-mata inginkan duit?

Selalunya.. orang akan menjawap.. saya menulis blog kerana minat! .. walaupun di dalam hati mereka sebenarnya menidak-nidakkan perkara tersebut.

Kalau cakap kerana “duit” nanti.. orang kata materialistik pula!.. Hmm.. nak tak nak.. kenalah cakap kerana  minat!… Oh!

Mengapa harus malu mengakui tujuan sebenar anda menulis blog? Salahkah dan hina sangatkah jika tujuan kita menulis blog adalah semata-mata ingin menghasilkan duit?

“Oh! Tak salah.. tetapi.. jika anda menulis blog semata-mata kerana ingin mendapat duit.. kelak anda akan mudah kecewa & blog anda akan dipenuhi dengan info-info yang tidak berkualiti.” .. jelas penulis blog yang menulis blog kerana minat semata-mata..

Oh!.. adakah ini bermaksud.. semua orang yang menulis blog kerana minat semata-mata akan mempunyai motivasi yang tinggi, dan akan selalu mengupdate blog mereka dengan info-info yang berkualiti?…

Maybe yes and maybe not…

Sebenarnya…  setiap orang mempunyai latar belakang & motivasi yang berbeza-beza..

Sesetengah orang.. memang boleh menulis blog kerana  mereka memang minat menulis. (Tak tahu lah sejak bila dia minat menulis? Dulu masa sekolah, bila cikgu bagi kerja sekolah suruh buat karangan asyik tak siap je memanjang).

Tapi.. sesetengah orang pula.. menulis blog kerana mereka memang inginkan duit! Lebih-lebih lagi jika orang yang hidupnya terdesak akibat kesempitan wang..  motivasi mereka kadangkala sebenarnya lebih tinggi daripada orang yang menulis kerana minat.

Mengapa?..kerana mereka mempunyai “tekad” dan “matlamat” untuk menulis blog. Orang yang menulis blog kerana minat biasanya tiada matlamat, mereka menulis hanya untuk suka-suka dan memuaskan nafsu sendiri. Jika rasa nak tulis.. mereka akan tulis, jika rasa tak nak, mereka takkan tulis.. ikut suka hati mereka la..  blog mereka ada pembaca ke takde pembaca ke? Mereka tak kisah… mereka menulis bukan kerana nama, bukan kerana harta(duit), mereka menulis kerana minat!. Jadi, nak peduli apa dengan pembaca2 & orang lain? mereka menulis bukan kerana orang lain, tetapi mereka menulis kerana minat & kepuasan mereka sendiri..

Tetapi, bagi orang yang menulis untuk duit pula, biasanya mereka mempunyai “matlamat”. Mereka bertekad akan menghasilkan duit dengan blog mereka… untuk tujuan itu, mereka perlu update blog mereka hari-hari, mereka perlu berikan info yang berguna, mereka perlu mempromosikan blog mereka dan mereka juag perlu me”monitize”kan blog mereka sebaik mungkin….

Semua perkara tersebut perlu mereka lakukan…. jika tidak.. harapan dan matlamat mereka untuk membuat duit melalui blog tidak akan tercapai!.. Mereka tidak boleh sambil lewa melakukannya, tetapi mereka mesti lakukannya dengan serius dan penuh komitmen.

Jadi..! Apa yang salah dan hinanya menulis blog untuk menghasilkan duit?

Salahnya.. ialah.. orang yang membuat blog semata-mata kerana inginkan duit ini selalunya akan menghasilkan blog-blog sampah (splog)yang banyak! Copy & paste artikel orang lain! Letak iklan sepenuh-penuhnya di dalam blog.. dan tidak lupa.. mengklik iklan adsense mereka sendiri!

Oh!… itu adalah golongan orang yang ingin buat duit dengan blog tetapi “pemalas”… sebenarnya, niat mereka untuk menghasilkan duit dengan blog tidak salahyang salah adalah “CARA” bagaimana mereka melakukannya!..

Namun begitu, apa yang hampir pasti… orang yang melakukan perkara sebegitu sebenarnya tidak akan berjaya menghasilkan duit pun! Jika berjaya pun, hanyalah untuk jangkamasa pendek sahaja.

Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah… niat menulis blog kerana ingin menghasilkan duit itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang salah & berdosa! Apa yang lebih penting adalah “CARA” bagaimana anda melakukannya…

Tidak kisahlah apa pun niat anda untuk menuils blog, sama ada untuk duit? untuk minat? untuk kepuasan nafsu? untuk menegakkan keadilan? untuk meneroka alam baru? untuk mengikuti trend? untuk mencari jodoh? untuk glamour? untuk membina kredibiliti?  dan sebagainya…. yang penting, pastikan anda melakukannya dengan betul!

Hakikatnya! Terdapat banyak lagi tujuan-tujuan lain mengapa seseorang itu menulis blog… ia tidaklah tertakluk kepada dua tujuan sahaja (minat atau duit) !..  tetapi! Ada banyak lagi tujuan-tujuan lain…

Saya sendiri, menulis blog adalah kerana ingin mengikut trend , belajar & meningkatkan ilmu…  minat & duit pun ada juga.. tetapi itu adalah perkara no 3 & 4.  Dengan itu, tidak kisahlah jika blog saya tidak menghasilkan duit pun .. apa yang lebih penting bagi saya ialah, saya dapat belajar dan meningkatkan lagi ilmu saya di dalam bidang/topik yang saya ketengahkan di dalam blog saya.

P/s:- Saya bukanlah seorang jutawan, tetapi blog MohdSuhaimy.com  banyak menceritakan topik2 tentang menjadi jutawan! Mengapa?.. Sebab tujuan saya membuat blog tersebut adalah untuk saya belajar dan menambahkan ilmu saya tentang  “ilmu-ilmu kekayaan”…  dan ini, serba sedikit  menjawap misteri.. mengapa newbie2 yang baru nak menghasilkan duit di internet sekarang ini, sibuk membuat blog pasal “internet marketing/cara-cara membuat duit di internet”..  :)

Dapatkan Nama Domain Sendiri Untuk Blog Anda!

Tips Blog, Tutorial Blog 6 Comments »

Memiliki nama domain sendiri untuk blog memang sesuatu yang “coooool”. Contohnya, mohdsuhaimy.com pastinya lebih menarik dari mohdsuhaimy.blogspot.com.

Selain mudah di ingat dan ditaip (sebab lebih pendek), ia juga akan menaikkan kredibiliti blog anda sebagai sebuah blog yang profesional (walaupun hakikatnya anda bukanlah seorang blogger professional).

Tetapi, masih ramai yang salah anggap, bahawa, untuk memiliki nama domain sendiri bagi blog, mereka pelu mempunyai webhosting dan memasang blog tersebut di server webhosting mereka sendiri. Bagi mereka yang masih newbie dalam perihal blog ini, sudah pastinya perkara tersebut merupakan sesuatu yang melecehkan dan boleh melemahkan semangat.

Tetapi!.. Tahukah anda? Blogger.com kini , membenarkan anda menggunakan nama domain anda sendiri bagi blog-blog percuma yang dihostkan di blogger.com

Kini anda boleh menggantikan URL blog anda yang panjang di blogspot (http://rahsia-blogger.blogspot.com) kepada nama domain dot com anda sendiri seperti www.rahsiablogger.com sahaja.

Ya! Saya tahu ramai yang sudah tahu perkara ini.. tetapi… hakikatnya, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk melakukannya! Maksud saya.. “Macam mana nak setup nama domain tersebut supaya “mahsyuuk” dengan blog di blogspot?”

Usah risau, pada kali ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana men”setup” nama domain anda sendiri di blogger.com.

Langkah Pertama : Dapatkan nama domain pilihan anda sendiri. Promo skit: anda boleh mendapatkan nama domain anda dengan harga serendah RM35 setahun di sempoihosting.com

Langkah Kedua : Setelah mendapat nama domain anda, anda perlu setting CNAME rekod bagi nama domain anda kepada ghs.google.com

Setiap pihak pendaftar mempunyai cara yang berbeza-beza untuk men”setting” CNAME Records ini. Jadi, sya tidak dapat nak ceritakan detail tentang step ini. Apa yang penting, login ke dalam control panel nama domain anda dan cari setting yang bernama”CNAME”.
Promo lagi : Jika di sempoihosting.com , anda tidak perlu risau, mereka akan bantu anda setkan cname rekod tersebut. Just beritahu mereka yang anda nak gunakan domain tersebut untuk blog anda di blogger.com dan mereka akan setiing cname tersebut untuk anda.

Langkah Ketiga : Setting nama domain tersebut di blogspot anda pula.

Caranya.. login kedalam akaun blogger anda, klik pada Setting >> Publishing

Cari perkataan seperti gambarajah dibawah dan klik pada perkataan “Custom Domain”

Kemudian paparan seperti dibawah akan dipaparkan.

Apalagi? Masukkan nama domain yang anda baru beli tadi dan tekan butang save. Tadaaa!! Siap!.. kini anda boleh mula mempromosikan nama domain berbayar bagi blog anda. Mudah bukan?

Jadi.. bagi yang masih menggunakan URL blogspot yang panjang itu, cepat-cepatlah dapatkan nama domain dot com anda sendiri. Barulah nampak “coool” dan profesional.

Oklah! Sekian sahaja tutorial & tips untuk kali ini… insyallah kita akan bertemu lagi di posting yang lain.

Wassalam.


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in