Dapatkan Sekarang!

Rahsia Carian Tag Dengan Lebih Mudah

Tips Blog 7 Comments »

Adakah anda pernah menggunakan technorati, blinklist, del.icio.us dan macam-macam web social bookmarking yang lain lagi untuk mencari sesuatu? 

“Tak guna. Buat apa guna benda tu? Guna Google sudey..”

Oh ho, saya setuju tapi ada beberapa limitation terhadap carian di google. Post-post terbaru dari mana-mana blog pun tidak akan disenaraikan secara pantas di google sebaliknya di technorati, ianya akan selalu update paling kurang setiap 1 jam.

“Alah, takde efek pun benda tu kat aku..”

Sekarang saya beritahu sedikit rahsia kepada anda. Psst….jangan beritahu orang lain!

Jika anda mencari ebook percuma, lebih baik mencari menggunakan enjin carian social bookmarking sebegini. Sebabnya adalah post dari blog merupakan post peribadi sesuatu pemilik blog. Jika mereka mahu meletakkan ebook percuma kepada pelawat mereka, maka mereka akan letakkan di blog! 

Untuk mencari tag/keyword dengan lebih mudah, saya cadangkan anda menggunakan tools dari  www.keotag.com.

Keotag.com memudahkan anda untuk membuat carian dari 14 carian seperti technorati, blinklist, del.icio.us, furl dan macam-macam lagi. 

Lihatlah snapshot carian dari perkataan ebook. Anda boleh klik pada mana-mana ikon carian dan secara automatik hasil carian akan dipaparkan. Mudah dan tak perlu ke 14 enjin carian berlainan! Selamat Mencuba :D

keotag.gif

Pelawat Blog

Blog Trafik, Tips Blog 4 Comments »

Tentu anda semua inginkan pelawat yang tinggi untuk ke blog anda kan? :) Bukan main lagi anda buat post yang “hebat-hebat” namun sedih kerana tiada orang yang ingin membacanya :( SUDAH! JANGAN BERSEDIH LAGI! Saya akan dedahkan bagaimana hendak menarik visitor ke blog anda? (erk.. terpengaruh dengan teknik penulisan sales letter )

1) Teknik Buka Mulut - Ini merupakan teknik paling simple. Bagi tahu kepada semua rakan anda tentang blog anda dan sentiasa cakap tentang blog anda bila perlu. Teknik ini berkesan tidak kira online ataupun offline.

2) Exchange Link - Bertukarlah link sesama blogger kerana perkara ini akan menaikkan trafik ke blog anda. Semakin banyak link anda tersenarai di blog lain semakin banyak visitor yang anda akan dapat. Percayalah!

3) Guna Teknik SEO - Ya gunalah teknik SEO! Praktikkan teknik ini walaupun anda hanya tahu sedikit sahaja tentang teknik SEO kerana teknik ini memang berkesan. Mungkin bro Shuth leh jelaskan lagi tentang teknik ini.

Cuba renungkan kata pakar SEO ” Search engines love content that is valuable to other people. ”

4) Forum Signature - Wah inilah teknik yang sering saya gunakan. Jika anda adalah member di mana-mana forum jangan lupa hendak letakkan link blog anda di tanda signature. Setiap post yang anda buat pasti akan ada link blog anda.

5) Content Berkualiti - Inilah perkara paling penting. “Content is King”. Jadi perbaiki mutu content blog anda. Jika content blog anda bagus macam blog bro Shuth pasti saya akan hari-hari lawat blog anda. :D

Jadi anda sudah tahu bukan bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda? :D Jadi tunggu apa lagi praktikkan dengan segera. Jangan berlengah lagi!

Selamat Mencuba~!

Cross Marketing Blog Anda

Blog Trafik, Tips Blog No Comments »

Jika anda mempunyai lebih dari satu blog, maka bolehlah anda menggunakan teknik ini untuk saling mempromosikan blog anda. Dengan teknik cross marketing ini, anda boleh menarik trafik dari blog A anda ke blog B anda, dan begitu lah juga sebaliknya.

Ada beberapa cara untuk anda melakukan cross marketing ini, cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan link/banner blog B anda, di blog A. Saya kira sudah biasa anda lakukan, jadi tidak lah perlu saya celoteh panjang lebar mengenainya.

Cara kedua ialah dengan membuat beberapa posting khas di blog A anda yang menceritakan tentang blog B milik anda. Mungkin anda boleh menulis tentang beberapa keistimewaan dan kehebatan blog B anda, atau pun, hanya sekadar pengumuman ringkas tentang kewujudan blog B anda untuk makluman kepada pelawat-pelawat blog A anda.  Seperti yang pernah saya lakukan disini.

Cara ketiga, cara yang advanced sedikit, ialah dengan memaparkan tajuk dan sedikit ringkasan entry-entry terbaru blog B anda di dalam blog A. Contohnya, seperti apa yang saya lakukan di blog mohdsuhaimy.com, dimana, saya meletakkan sedikit ringkasan beserta tajuk-tajuk post terbaru yang terdapat di blog rahsiablogger.com ini.

sisi.gif

Anda boleh melakukan kaedah ini dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh feedburner.com. Untuk membolehkan anda memaparkan kandungan blog B di blog A anda, anda boleh pergi ke bahagian “Publicize >> BuzzBoost” . Hanya perlu copy code yang disediakan, dan pastekan ia di bahagian blog anda yang sesuai.

publicize feedburner
(klik untuk melihat imej yg lebih jelas)

Ok! Itu sahaja untuk tips kali ini.. Selamat Mencuba!!


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in