Buat Duit Dengan TLA
Buat Duit 8 Comments »Salah satu kaedah buat duit melalui blog adalah dengan menyertai program yang disediakan oleh Text-Links-Ads.com . Dimana, apabila anda menyertai program ini, anda bersetuju untuk menjualkan sebahagian ruang di website/blog anda sebagai ruang iklan yang berbentuk “text-link” kepada sesiapa yang berminat.
Untuk tujuan itu, Text Links Ads akan bertindak seperti broker/agen, yang akan cuba memasarkan ruang iklan di website/blog anda.
Dan seperti biasa… broker pastinya akan mengambil sedikit komisyen jika mereka berjaya menjual ruang iklan di website anda. Cuma disini, ia tidak mengambil sedikit, tetapi 50% daripada harga jualan tersebut. Bagi saya.. “ok lah”, memandangkan mereka akan menguruskan segala proses pengurusan seperti scheduling, billing, customer service, dan juga jualan.
Jadi, Berapa banyak duit yang boleh dibuat?
Bergantung! Setiap link yang dijual diwebsite anda adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti, bilangan trafik yang terdapat di blog anda, tema/topik blog anda serta kepopularan link di blog anda. Semakin banyak trafik ke blog anda, semakin tinggilah harga iklan “text-link” di blog anda. Setiap satu link, boleh dijual dengan hargaUSD10 dan kadangkala oleh mencecah sehingga USD500.. semuanya bergantung kepada faktor yang telah saya sebutkan tadi.
Selain buat duit dengan menjual ruang iklan berbentuk text-link di blog anda menerusi Text-Links-Ads.com , anda juga boleh buat duit dengan menyertai program affiliate mereka. Dimana, jika anda berjaya mencari orang untuk menggunakan perkhidmatan mereka, sama ada sebagai advertiser ataupun publisher, anda akan diberi komisyen sebanyak USD25. Agak lumayan juga…
Semua bayaran, akan dibuat melalui Paypal dan check pada setiap 1hb.
Jadi.. usah berlengah lagi.. daftarkan segera blog anda di Text-Link-Ads









