Dapatkan Sekarang!

Blog Bola Sepak

Blog Niche 8 Comments »

Bola!!!

GOAL!!! Itulah yang dilaungkan bila pasukan anda menjaringkan goal. Namun sekarang kegembiraan bukan sahaja meniti di bibir tetapi ia sudah di aplikasikan atau dipindahkan ke dalam blog. Jadi setiap pasukkan bola sepak akan ada fan-fan yang mewujudkan blog bola sepak bagi kelab kesayanganya.

Ini menunjukkan blog sudah menjadi perkara wajib dan penting dalam meluahkan perasaan kegembiraan atau cacian kepada pasukan bola sepak bagi penyokong-penyokong fanatik. ;)

Di bawah terdapat beberapa contoh blog bagi pasukan bola sepak:

Read the rest of this entry »

Mari ber”Trackback”..

Blog Trafik, Lawak Rileks, Tips Blog 2 Comments »

Heart Shaped Blog

Selalunya, apabila anda membaca sesuatu post yang menarik di dalam blog seseorang, anda lebih gemar untuk meninggalkan sedikit komen ringkas terhadap isu yang diutarakan di dalam blog tersebut. Tetapi, jika anda mempunyai komen yang agak panjang untuk isu tersebut, dan merasakan, adalah lebih elok jika anda dapat kongsikan komen itu bersama pembaca blog anda, maka, bolehlah anda tuliskan satu post khas di blog anda mengulas tentang isu yang sama.

Kemudian, anda bolehlah meninggalkan komen yang berbentuk “notification” di dalam blog seseorang tadi, mengatakan, anda ada menulis isu yang sama di blog anda. Dengan itu, bolehlah pembaca-pembaca blog seseorang itu tadi, membaca pula pendapat anda tentang isu tersebut, di blog anda.

Secara asasnya, itulah yang dilakukan oleh trackback. Dengan trackback, proses melakukan “notification” itu akan dilakukan secara automatik.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya buat link di blog anda, kepada post yang menarik di blog seseorang tadi. Dan secara automatik.. satu komen akan dihasilkan di dalam post blog seseorang tadi.

Nota : Anda perlu membuat link kepada post di dalam blog tersebut, BUKANnya link kepada blog tersebut. Maksudnya, URL link itu perlulah tepat kepada post tersebut. Jika tidak, teknik trackback ini tidak akan menjadi.

Kelebihannya? Selain dapat menarik trafik ke blog anda, ia juga dapat mewujudkan satu hubungan yang mesra diantara anda dengan penulis blog yang anda “trackback” kan.

Selamat mencuba!

P/s:- Trackback adalah merupakan “reciprocal link”, jadi, saya melihatnya sebagai win-win situation..

Upgrade ke Wordpress 2.1

Tutorial Blog 4 Comments »

Pada 22 Januari 2007, wordpress telah mengeluarkan versi terbarunya, iaitu wordpress 2.1, yang juga dikenali sebagai nama Ella (bukan Ella ratu rock malaysia tu, tapi, Ella Fitzgerald, seorang penyanyi Jazz yang terkenal di US suatu masa dahulu. Sekarang dah arwah… )

Terdapat beberapa ciri yang menarik di dalam wordpress versi Ella ini. Antara ciri utama yang menarik ialah, fungsi autosave yang terdapat pada panel “posts” nya. Jadi, tidak ada lagi masalah post “terhilang” akibat masalah-masalah teknikal yang remeh setelah penat-penat menulis entry yang panjang.

Satu lagi yang paling saya suka pada wordpress 2.1 ini ialah tentang perubahan struktur kod aturcara nya yang semakin baik, sekaligus, meningkatkan lagi kepantasannya aplikasinya.

Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik yang terdapat didalam versi wordpress yang baru ini, menyebabkan saya berasa teruja untuk mengupgrade blog saya kepada versi wordpress 2.1 ini. Namun begitu, seperti biasa, jika tidak dilakukan dengan betul.. proses upgrade ini boleh menjadi satu malapetaka yang menyedihkan kepada kehidupan blog anda.

Baiklah, bagi sesiapa yang berminat untuk mengupgrade wordpres mereka, berikut adalah beberapa langkah ringkas yang perlu anda ikuti.

1 ) Backup database anda
2 ) Backup semua fail wordpress anda. Jangan lupa backup sekali fail .htaccess anda
3 ) Pastikan backup anda berfungsi dan boleh digunakan
4 ) Deaktifkan semua plugin yang sedia ada, ini bagi mengelakkan konflik, kerana ada sesetengah plugin, tidak dapat berfungsi pada versi wordpress yg baru
5 ) Download dan ekstrak pakej WordPress dari http://wordpress.org/download/.
6 ) Delete fail-fail wordpress yang lama di server hosting anda, KECUALI :-

  • fail wp-config.php
  • folder wp-content ; namun begitu, folder wp-content/cache perlu di delete”
  • wp-images folder
  • folder wp-includes/languages/
  • fail .htaccess
  • fail robots.txt

7 ) Upload semua fail wordpress versi baru yang terdapat di dalam komputer anda tadi ke server webhosting anda.
8 ) Setelah selesai, jalankan skrip upgrade Wordpress yang terdapat di http://websiteanda.com/wp-admin/upgrade.php , dan ikuti arahan yang dipaparkan.
9 ) Kemaskini “Permalinks” dan fail “.htaccess.” jika perlu
10 ) Install Plugins dan Themes yang terkini
11) Aktifkan semula plugin anda
12) Semak semua perubahan yang berlaku pada wordpress anda.

Itulah antara langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menaiktaraf versi wordpress bagi blog anda. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai proses menaiktaraf versi wordpress ini, anda boleh baca disini.

Selamat mencuba!

Apa Itu Blog?

Asas Blog 1 Comment »

Tentu masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu blog. Blog adalah satu medium seperti web yang berbentuk seperti “journal style” dan di paparkan secara kronologikal. Kronologikal pula bermaksud di susun mengikut masa terdahulu hingga ke masa terkini.

Kebanyakkan blog terdiri daripada beberapa subjek-subjek yang khusus seperti makanan, politik, fesyen, hiburan, tip-tip,  berita hangat dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang gemar menggunakan blog untuk menulis diari secara online.

Di antara ciri-ciri blog ialah: 

  1. Mempunyai teks
  2. Mempunyai gambar
  3. Mempunyai link ke blog-blog lain, web page, dan sebagainya.

Kelebihan atau tarikan blog berbanding web page biasa ialah pelawat/pembaca boleh meninggalkan komen atau pendapat mereka bagi setiap post. Secara tidak langsung ini menjadi tarikan bagi seseorang pelawat untuk kembali melawat blog itu. ( Test la kalau tak percaya anda boleh tinggalakan komen bagi post ini ;) klik jer comment)

p/s: Nama “Blog” adalah singkatan bagi “Web log”.

Taraf Blog Anda!

Lawak Rileks, Tips Blog 5 Comments »

Modern Day Bully

Tidak mustahil.. satu hari nanti.. blog juga akan menjadi sebuah ukuran “standard” kepada seseorang.. sepertimana kereta, rumah, pekerjaan, gaji, dan pangkat dijadikan ukuran tahap kehebatan seseorang di dalam masyarakat hari ini. (Walaupun semua itu bukanlah ukuran yang tepat untuk menilai seseorang individu.. tetapi apakan daya, budaya pemikiran masyarakat, mengiktirafnya.)

Kepada graduan-graduan yang baru tamat belajar, mungkin kini, anda sudah boleh meletakkan alamat “blog” anda di dalam “resume”.. :)


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in