Dapatkan Sekarang!

Tajuk Power

Blog Trafik, Tips Blog 6 Comments »

Satu perkara yang ramai penulis blog seringkali abaikan ialah mengenai meletakkan tajuk yang “POWER” bagi post mereka. Teknik menggunakan tajuk yang power sebenarnya mampu menarik lebih banyak pembaca blog untuk membaca blog anda.

Penggunaan tajuk yang power bagi setiap post anda ini amat kritikal sekiranya anda menggunakan..
1) Fungsi “Headline Animator” dari feedburner sebagai signature anda di forum-forum
2) Menyenaraikan blog anda di bloglah.org atau mana-mana digg website

Selain itu, tajuk power juga serba sedikit akan mempengaruhi dan menarik subcriber RSS anda untuk membaca post anda. Jangan ingat, jika orang sudah subscribe blog anda, maka mereka akan baca kesemua post tulisan anda. Saya sendiri sudah subscribe hampir 30 blog di internet… dan terus-terang.. kadangkala.. saya tak terlarat untuk membaca semuanya. Jadi, untuk itu, saya akan melihat terlebih dahulu tajuk-tajuk yang terdapat di dalam list RSS reader saya.. jika dirasakan menarik.. barulah saya akan klik dan baca.

Dan.. satu perkara lagi… saya sememangnya lebih suka jika saya dapat membaca keseluruhan post tersebut di RSS reader saya. Jika hanya separuh ataupun hanya sekadar ringkasan.. kena tunggu saya betul-betul lapang baru saya akan lawat website blogger tadi untuk membaca post yang penuh. Itupun kalau saya ingat la.. kalau terlupa? Mintak maaf banyak-banyak….

Jadi.. jangan kedekut-kedekut untuk memberikan full posting pada subscriber RSS anda. :) . Tidak perlu risau mengenai orang tidak melawat blog anda. Perlu diingat, anda menulis blog adalah untuk dibaca oleh orang ramai.. bukannya untuk dilawat.. :) dengan memberikan full post di dalam feeder RSS anda, ia sebenarnya akan dapat menarik lebih ramai pembaca setia dan juga sekaligus dapat menjimatkan bandwith website anda.

Apa-apa pun.. tajuk mesti POWER! Yosh!

Blog yang cantik, menarik , tertarik dan KEBABOOM!

Tips Blog 3 Comments »

Sering kali ramai yang bertanyakan saya macam mana nak dapatkan blog yang cantik dan menarik? Mudah sahaja! Berikut antara beberapa tips untuk men”da bomb”kan blog anda:

1. Template yang sesuai dengan content. Kalau niche blog anda adalah mengenai kucing, pastikan template anda ada unsur-unsur ke”kucing”an. Mungkin anda boleh letakkan 1-2 ekor gambar kucing yang gebu-gebu sebagai header di blog anda.

2. Font serta saiz yang sesuai dan mudah untuk dibaca mengikut kesesuaian content anda. Jangan terlalu kecil atau besar, biarlah sedap mata membaca. Kebiasaannya, saiz 10-12. Juga, jangan selalu mengubah saiz font, ini akan membosankan pelawat anda.

4. Jangan letakkan terlalu banyak link dalam content. Nanti pelawat anda akan feedup untuk buka link yang terlalu banyak. Seeloknya letakkan aje 1 atau maksimum pun 2.

5. Jika ada modal sikit bolehlah upah designer untuk buat blog yang customize.

So…jika rakan-rakan lain ada idea lain untuk memastikan blog kita cantik dan menarik bolehlah kongsi bersama.

Video, Digg, Ping & …

Blog Trafik, Tips Blog 1 Comment »

Menulis blog menjadi kegemaran ramai. Setiap hari, ada sahaja blog baru dicipta. Terdapat juga beberapa orang yang mempunyai lebih dari satu blog. Tetapi persoalan sekarang ialah samaada blog anda mendapat pengunjung ataupun tidak. Jika blog anda tiada pengunjung, maka usaha anda adalah sia-sia.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pengunjung ke blog anda. Kebiasannya, kita disarankan untuk menggunakan signature di forum dan emel, berkunjung ke blog-blog kawan dan sebagainya. Di sini saya akan berkongsi beberapa cara lain yang tidak berapa digunakan oleh blogger Malaysia, tetapi agak berkesan untuk menarik pelawat ke blog anda.

Anda boleh menggunakan laman-laman video seperti YouTube atau Metacafe untuk mendapatkan pengunjung. Terdapat beberapa laman yang menawarkan muat turun video klip secara percuma. Anda boleh muat turun video berkenaan dan edit dengan meletakkan URL blog anda di atas video klip berkenaan. Sebagai contoh, anda boleh melihatnya disini. Para penonton yang terhibur dengan video anda, akan mengambil inisiatif untuk membuka URL yang terdapat pada video berkenaan.

Selain itu, anda juga boleh menyertai dua laman Malaysia yang sedang meningkat popularitinya, iaitu Digg Malaysia dan Fakapster. Untuk menggunakan servis Digg Malaysia, anda perlu melawat laman berkenaan dan menulis mengenai artikel terbaru di blog anda. Perkara ini perlu dilakukan setiap kali anda menulis artikel baru di blog anda. Tetapi, Fakapster merupakan servis ping, dimana laman itu akan diberitahu secara automatik setiap kali anda menulis artikel di blog anda. Anda cuma perlu menambah sedikit kod di blog anda.

Selamat mencuba!

Cerita Menarik Tentang Blog

Asas Blog, Uncategorized 1 Comment »

Ada berita menarik lagi tentang blog :D nak tahu? Ini dia:

1. Istilah blog telah dipilih sebagai istilah yang paling popular bagi tahun 2004 di US. Penerbit kamus terkemuka iaitu Merriam-Webmaster melaporkan bahawa istilah ini merupakan istilah yang paling banyak dicari dan diberi penerangan tentangnya sepanjang tahun 2004. Istilah blog dikatakan terdapat dalam kamus keluaran penerbit berkenaan untuk versi 2005. Satu lagi penerbit kamus terkenal iaitu Oxford English Dictionary telahpun memasukkan istilah blog dalam kebanyakkan versi terbitanya semenjak tahun 2003. Istilah yang dimasukkan ialah seperti weblog, weblogging dan weblogger.

2. Menurut satu syarikat penganalisis blog iaitu Techonarati, bilangan blog dan blogsphere adalah meningkat dua kali ganda untuk tempoh 5 bulan. Syarikat berkenaan turut menjangkakan bahawa jumlah blog di Internet telah melebihi 4.8juta.

3. Sementara itu, kajian Pew Internet & American Life, sebuah syarikat penyelidikan yang berpengkalan di US pula mendapati pada setiap 5..8 saat pasti ada blog baru yang dibangunkan.

4. Sebelum blog dikatakan popular seperti sekarang, komuniti internet dikatakan menggunakan saluran seperti Usenet, papan bulletin, dan mailing list untuk menyuarakan pandangan atau komen.

5. Disebabkan blog semakin popular dikalangan pengguna Internet, baru-baru ini, Microsoft menerusi bahagian MSN Internet telah melancarkan perkhidmatan blog terkini yang dikenali dengan nama MSN Spaces. Selain daripada MSN Spaces, perkhidmatan blog yang terlebih dahulu mendapat tempat dalam kalangan pengguna Internet ialah seperti LiveJournal, AOL Journals, TypePad dan Blogger.

sekian :D

Blog di hack? Backup! Backup!

Asas Blog, Lawak Rileks, Tips Blog, Tutorial Blog 4 Comments »

A Deal's a Deal

Uh!.. memang geram rasanya jika blog kita di hack! Lebih perit lagi, jika kita tidak mempunyai sebarang backup untuknya. Oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, kita perlulah sentiasa membuat backup bagi blog kita. Tetapi malangnya.. hampir 98% pemilik website tidak membuat apa-apa backup untuk website mereka.

Bagaimana membuat backup?

Anda boleh baca artikel dari shuth (ehem.. ehem…) di ruangan artikel wangcyber.com. Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Mungkin cara backup tersebut agak panjang dan leceh untuk dilakukan… tapi jangan risau, bagi pemilik blog yang menggunakan perisian wordpress. Ada cara lebih mudah untuk membuat backup blog anda. Gunakanlah plugin “WP-DB-Backup” , dengan plugin ini, database blog anda akan dibackup dengan hanya satu klik sahaja!

Bagaimana nak install plugin?

Mudah jer! Berikut adalah kaedah “standard install plugin” bagi aplikasi wordpress
1 - Download fail plugin tersebut. biasanya dalam format zip
2 - Extract fail plugin tersebut ke dalam komputer anda guna winzip
3 - Upload fail plugin tersebut ke dalam folder “/wp-content/plugins/” guna FTP
4 - Login ke dalam control panel wordpress anda > Klik Plugins > Klik Activate pada plugins yang ingin diaktifkan.

Plugin anda siap dipasang! Selamat mencuba!

P/s:- Ke anda tidak tahu.. apa itu plugin?


WordPress Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in